Friday, December 30, 2011

Den Banggo MyKad Den Totongah Ee Kosong Limo

Den banggo MyKad den totongah ee kosong limo sobab ado Tunku Bosa hensem macam nih,


kredit to Nagarinansembilan
Ampun Tuanku, patik letak gambar Tunku kat sini ye.

macam papa sket kot ek. haha sesuke hati menyamakan Tunku Bosa dengan laki sendiri. ni sebab malam tadi tengok History Channel pasal Royal Negeri Sembilan Installation - Tunku Muhriz. teruja okeh dengan Adat Perpatih ni. even saya lahir je kat Seremban, ibu abah bukan asal N9, tapi saya bangga membesar dengan persekitaran Adat Perpatih.

sesapo nak stadi pasal N9, baco blog nih - Nagarinansembilan. tetibo feeling nak gi muzium. =P

Thursday, October 13, 2011

Mementang Ko Dah Grad PhD!

hey, memang saje bikin wa panasssss je petang-petang ni kan. kisahnye masih melibatkan Mr. R yang sama dalam entry sebelum ni. kan saya dah mention, dia tengah buat phd kan? dia ni spesis manusia nak up aje. walaupun dari segi fizikalnye, orangnye ketot je. saya lagi tinggi ok. masa saya masuk, dia jadik programme manager, pastu baru-baru ni dapat naik jadik deputy dean pulak. hoih, kejenye memang pantas. very the energetic. tapi itulah orang Melayu, makin 'somebody' kau, makin 'ek' la jadinya. plus master dia ada dua tau! tu sebab 'ek' semacam.

ok citenye gini. dia datang ofis nak jumpa boss saya. harini ada function kat luar KL, so all the bosses turun padang on the launching ceremony harini. pastu saya cakap la boss takde, pegi launching tu takkan tak tau. pastu dia boleh jawab, alah, boss kau tu selama ni tak pernah nak join pon function-function macam tu. apsal kali ni dia pegi pulak? dalam hati saya jawab, eh, sape PA sebenarnye nih? aku tau la movement boss aku pegi sana sini. ko sebok apasal? tapi macam biasalah, tak puas hati dalam hati je.

pastu bila dah tau boss takde, nak jugak menempek kat sini kan. pastu saya bukak la topik, phd Mr. R bila habis? dia jawab, dah habis dah. tapi konvo tahun depan. dean aku tu bongok lambat hantar report. tapi takpe lah, sementara ni aku nak buat phd lagi satu lah. laju je semua tu keluar dari mulut dia. pastu dia tanya saya pulak, eh, ko tak nak sambung study ke? aku boleh tunjuk kau satu tempat collaboration dengan universiti oversea. murah je RM20k. nanti ko ada degree baru orang pandang kau. pastu saya pon jawab lah, eee mahalnye, saya buat master dengan UUM aritu tak sampai RM20k pon. belas-belas ribu je. tapi master halfway je lah. kelas weekend penat la. lagipon tak mampu nak bayar fee sendiri. pastu dia buat muka terkejut. eh, ko dah ada degree ke? ingatkan diploma je. ayat kurang ajar la tu kan!! eh helo Mr. R, mementang saya ni PA, tapi saya ada degree ok. BBA UUM. bukan degree kolej cikai-cikai nih. pastu dia buat muka tak bersalah sambil gelak-gelak. dia cakap, mana la aku tau. dalam hati saya cakap, takkan aku nak heboh satu kolej aku ada degree weh! kejadah sungguh la jantan nih!

pastu dia tukar topik lagi macam biasa la tak sedar diri orang tak suka dia tapi still nak menempek kat sini. lantakkan. dia tukar topik pasal bila saya nak bersalin pulak. saya kata la minggu depan insyaAllah. rasa macam nak cuti la minggu depan. dia tanya buat apa nak cuti, kerja je la. saya jawab lah, saya nak rehat-rehat kat rumah sebelum bersalin. dia tambah lagi, ko datang ofis la bagus. lagi banyak ko berjalan, lagi senang anak ko keluar. fine, part tu saya setuju. tapi, tak bermakna saya duk rumah saya tak berjalan kan? bukan nak baring 24hours lah! pastu dia siap berlagak lagi, ni anak first ko ek? bini aku tu dah 5 kali beranak rilek je aku tengok. haaa, tang ni saya dah bengang dah. saya kata la, eh helo, Mr. R, yang beranak tu bini Mr. R, bukan Mr. R yang tanggung sakit masa beranak tu pon. macam biasa, reaksi dia memang tak rasa bersalah. boleh sengih-sengih lagi. pastu dia tukar topik lagi. entah apa tak ingat. lantak!

masa awal-awal saya keje sini, dia selalu kondem boss saya bila boss saya mintak tolong dia. pastu sedap-sedap je kata boss saya sengal la apa la. saya diamkan aje. ikutkan hati kalau jahat la kan, nak je saya report kat boss yang dia cakap macam tu belakang boss. boss saya tu saintis, pangkatnye berganda-ganda. dato' prof dr lagi. kalau orang yang tinggi pendidikan macam boss saya pon dia boleh perlekehkan, inikan pulak saya yang PA ni.

ada satu hari tu, dia nampak sticker Harvard University dalam bilik boss saya. oh fyi, anak boss study kat situ. pastu dia tanya ngan saya, eh, Dato' tu dulu belajar kat Harvard ke? bukan kat Birmingham ke? (nampak tak jantan kepoh ni ada unsur-unsur jeles kat situ & pada masa yang sama macam mempertikaikan education level boss saya). pastu saya jawab lah, Dato' memang study kat Birmingham, Harvard tu anak dia la. pas saya jawab camtu, memang muka dia kerek gila. perlu ke ko nak jeles dengan achievement orang lain? jeles in positive way, ok lah kan. ni tak, dari expression muka tu macam dengki je rengok orang lain lagi pandai dari dia. aduhaiiiii la Mr. R Mr.R. nape la aku jumpa manusia cam ko kat sini?? buat semak jeee.

oh fyi, Mr. R berbini dua ye! cemane la bini dia boleh tersangkut kat dia ni. kesian bini-bini dia ada laki macam ni. huhuhu.

Tuesday, October 11, 2011

Mee Goreng, Air Sirap & Rokok

saya kan keje kat nursing & health science college. so all the lecturers haruslah high knowledge in health kan? saya ada la kenal sorang lecturer ni, master in health management tau. sekarang tengah buat phd dalam bidang yang sama. satu hari nak jadi cerita, saya makan mee goreng & air sirap. pastu lecturer ni jenis manusia yang terlampau la peramah, even dia lelaki, tapi tak malu tak segan sapa semua orang. ye la, which is good to be good to others tapi rasanya agak-agaklah kan? tetibe time saya tengah makan tu, lecturer ni datang duk sebelah saya. nak borak-borak la kononnya. saya pon ok je lah. ko nak cakap ape, cakap. aku nak makan. jangan mintak. haha.

pastu sampai satu tahap dia tegur apa yang saya makan - mee goreng & air sirap.

Mr. R : eh, ko kan mengandung. jangan banyak sangat makan mee kuning ni. ada kapur lebih. tak elok. lagi-lagi kan ko mengandung.

saya : alah, baru kali ni nak makan. teringin la. bukan hari-hari saya makan mee goreng ni pon. time saya nak makan la En. R nak datang kan? sebok je.

haha. kena sedas. tapi dah spesis manusia ni tak tau malu kan. dia stay lagi. pastu dia sambung lagi.

Mr.R : kenapa ko minum air sirap? tak elok la. kan tu pewarna je. ko minum sirap kaler merah tapi air kencing ko kaler merah tak? yang merah tu pegi mana?

saya : nape En.R sibuk sangat saya nak minum apa? sukati saya la nak minum apa pon. saya dah bayar dah.

Mr. R : (masih mahu beramah tamah) aku cakap je. (sambil sengih. pastu tukar topik lain)

anyway terima kasih la Mr. R sebab tegur apa yang saya makan. tapi, selera ibu mengandung ni takleh ditahan-tahan ye. sekali nak makan tu, memang saya akan carik sampai dapat. pernah sekali saya teringin nak makan nasi impit, saya dok la ulang kat telinga hasben tapi dia buat dekkk je cakap nanti la nanti la. pastu apa lagi, drama air mata la jadiknya. hihi. ha, ni perangai ibu mengandung pulak. hehe.

ok sambung cite pasal Mr. R tu. tadi saya nampak dia smoking. baek punye lepas makan pekena rokok sebatang kan. tetibe rasa cam nak sound kat dia,

antara mee goreng, air sirap & rokok, mana lagi membahayakan kesihatan ek, wahai pemegang master in health management?

blah la weiiiiiiiiiiiiiii.



Friday, September 30, 2011

Jaga-jaga CIk Senah!

kalau dulu femes sangat orang jahat tipu kasik emel nak corruptkan servis Maybank2U kan? selalu gak saya dapat emel tu. tapi emel tu masuk kat SPAM box. sape nak caye weh! pastu akaun Maybank tu saya bukak lamaaaaaaaaa dulu. konon nak asing duit gaji masuk kat situ lah konon, sekali berkubur begitu saje sampai la akaun tu kena freeze sebab langsung takde transaction for a year kot. alah, ada RM60 je kot dalam tu. eh, tapi sesak-sesak pon boleh korek ape? haha.

pastu harini pulak dapat emel merapu macam Maybank2U tu jugak tapi yang ni dari Public Bank. nampak sangat nipunye sebab saya tak pernah ada akaun kat Public Bank okeh! gotcha! kata akaun aku kena flagged konon! puiiiiii.


pastu siap kasik link suruh CLICK HERE pulak. hah, ni lagi satu point orang jahat nak direct kita ke page lain yang kita tak tau. boleh jadik dia boleh trace IP kita ke pastu dah tau kita kat mana, dia korek lagi semua details kita. haaaa, jaga jaga ye cik senah kalau dapat emel cenggini. delete aje!

Thursday, September 29, 2011

Amalan Suami Isteri Untuk Hamil

hari ni saya nak share amalan saya & suami sebagai salah satu usaha untuk dapatkan anak. dapat amalan ni bila consult dengan salah sorang ustaz kat Seremban.

sebelum tu ustaz tu 'scan' saya & suami kot-kot la ada 'benda' menempel kat badan kitorang yang membuatkan saya tak dapat hamil. rupa-rupanya dalam keluarga saya ada history saka, so kat saya ada la bertapa 'benda-benda' ni tapi takde lah sampai bermaharajalela. ala-ala menumpang gitu. so bila ustaz dah clearkan, 'scan' husband pulak, alhamdulillah dia takde apa-apa. so tiba masanya untuk ustaz tu turunkan ilmu untuk dapatkan zuriat.

firstly, benda basic. solat 5 waktu jangan tinggal. cuba untuk solat di awal waktu.

secondly, lakukan solat sunat dhuha. saya percaya ramai antara kita tau solat dhuha untuk dimurahkan rezeki. so time ni la kita nak mintak rezeki kita, dalam bentuk 'zuriat'. ada banyakkkkk sangat kelebihan solat dhuha ni, tak tertaip pulak rasanya. further info boleh check SINI. rajin-rajin la google ye pasal solat dhuha ni. nak best, gi MPH, beli buku pasal solat sunat dhuha. ada banyakkkkkkk. nak seribu daya kan?

tapi ustaz ni kata, buat 2 rakaat pun dah memadai. so dalam rakaat pertama, baca SURAH DHUHA. dalam rakaat kedua, baca SURAH AL-IKHLAS. pastu dalam sujud akhir, baca doa berikut dalam hati (sila hafal ye!) :

YA ALLAH YA TUHANKU, LINDUNGILAH AKU DARI KAUM-KAUM YANG ZALIM DAN LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

YA ALLAH YA TUHANKU, KURNIAKANLAH AKU KESIHATAN YANG SEMPURNA. BERSIHKANLAH DAN BUANGKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DALAM TUBUH BADANKU.

BUKAKANLAH PINTU REZEKIKU YA ALLAH DAN MURAHKANLAH REZEKIKU. AKU JUGA BENAR-BENAR BERMOHON PADAMU YA ALLAH, KAU KURNIAKANLAH AKU ZURIAT YANG SEMPURNA DAN JADIKANLAH MEREKA SUATU HARI NANTI INSAN YANG TAAT DENGAN PERINTAHMU.

(BOLEH TAMBAH DENGAN PERMINTAAN YANG LAIN)

YA ALLAH YA TUHANKU, MAKBULKANLAH SEGALA PERMINTAAN-PERMINTAAN DAN HAJAT-HAJATKU INI. HANYA KEPADA ENGKAULAH AKU BERMOHON DAN KEPADA ENGKAU JUALAH AKU BERSERAH.

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

* doa yang sama dibaca ketika akhir sujud akhir solat dhuha, selepas solat dhuha, sujud akhir solat hajat & selepas solat hajat.

thirdly, lakukan solat hajat selepas pukul 12 malam. baca doa yang sama seperti di atas.

fourthly, selepas solat Asar, baca ayat seribu dinar 70kali non-stop. maksud non-stop, kalau confuse dah baca berapa, ulang balik sampai tepat & yakin bacaan 70 kali. bagi saya, beli counter tasbih yang tekan-tekan ada nombor tu senang sikit. sekali baca, tekan. kat mydin ada jual kat bahagian pakaian & peralatan solat. dalam kotak warna hijau. harga dalam RM8.90 kot. rupanya macam ni.
tak pun, kalau takde masa nak gi beli, amek notepad, tulis kat situ je, senang!

oh ini ayat seribu dinar ye.


ok, semua amalan-amalan ni perlu dilakukan berturutan selama 41 hari termasuk hari period. tapi waktu period, perlu sentiasa zikir,

sekurang-kurangnya 300kali sehari. dinasihatkan juga untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

pesan saya, kalau dah habis 41 hari, tak rugi kalau kita teruskan amalan ni. dapat pahala lagi. lagipun ini hanyalah sebagai salah satu usaha. kita perlu yakin Allah akan bantu kita. rezeki Allah luas, tak semestinya kita takde zuriat, Allah tak sayang kita. Allah bagi kita rezeki dalam bentuk yang lain. apapun, tak salah meminta rezeki daripada Allah. kan itu salah satu cara kita dekatkan diri dengan Allah, betul tak? semoga segala usaha kita, diberkati oleh-Nya. Amiinnnn.

Wednesday, September 21, 2011

Congrats Hikari!!

Alhamdulillah. hanya perkataan tu yang keluar dari mulut ni bila dapat tau sorang lagi blogger TTC pregnant.

She's the one yang ada masalah sama macam saya sebelum pregnant ni dulu, Reverted Uterus (RU). bayangkan bila rahim kita yang berbentuk V tu terbalik. cemane nak carry baby kan? saya dapat tau rahim saya terbalik time check kesuburan kat Pusrawi dengan Dr. Marsita. dia scan memacam. end up, saya ada cyst kat both ovaries pastu RU. Dr. Marsita siap tunjuk gambar. time tu kitorang hasben-wife tak aware langsung pasal infertility nih. so once dah dapat tau saya ada masalah tu, baru la nak google sana sini carik info.

Dr. Marsita explain pada saya pasal RU ni - patient susah untuk mengandung. kalau mengandung pon, ada possibility untuk miscarriage. sentap memang tak boleh nak kata lah, tapi cover depan hasben & Dr. pastu Dr. Marsita ada cakap lagi, RU ni boleh back to normal tapi naturally lah. melainkan kalau patient insist sangat nak mengandung, baru dia sajes untuk operate. dah la time tu first visit, dah memacam masalah dapat tau. sampaikan Dr. Marsita bagi last solution, ready RM15k, buat IVF. huiiiiii, rasa macam useless pon ada sebab harap badan je besar, tapi tak boleh mengandung. serius down time tuh!

tapi Allah kan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk saya & papa. Allah juga Maha Mendengar. balik je dari Pusrawi, masing-masing cuba carik jalan penyelesaian. doa dalam solat pon tak pernah putus.

saya & papa pernah pegi berurut. konon untuk servis badan lah. betulkan urat mana yang bersimpul. sekali makcik yang urut tu offer anak angkat - anak couple student IPT. takde la saya terdesak sampai macam tu sekali nak anak. kalau ye pon saya ditakdirkan takde anak, saya redha. sebab saya dah ada ramai anak buah yang saya boleh share kasih sayang saya sebagai seorang ibu. (hah mula lah nak merembes ni!)

dan syukur Alhamdulillah, Allah tak gerakkan hati saya untuk ambil sebarang tindakan drastik untuk dapatkan anak. maksud saya, thru IUI ke, IVF ke, anak angkat ke. sebab saya betul-betul yakin dengan takdir & kuasa Allah, saya akan mengandung bila tiba masanya. bukan saya nak merendah-rendahkan usaha mereka yang TTC untuk dapatkan anak, tapi saya rasa usia perkahwinan yang baru setahun jagung tak boleh nak dibandingkan dengan usia perkahwinan orang lain yang dah lebih 5 tahun tapi belum dikurniakan cahayamata. selama ni dah banyak dosa saya buat, mungkin itu salah satu kifarah dosa saya. saya redhooo. (ok confirmed dah merembes T___T)

so to Hikari, jaga kandungan baik-baik ye. kita ni tak macam orang lain yang normal, senang nak dapat anak. so once confirmed pregnant, hati-hati ye. kalau orang normal, hati-hati for first trimester, tapi kita ni kena hati-hati sampai la bersalin. mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan kandungan awak sampai awak selamat melahirkan, insyaAllah.

Tuesday, September 20, 2011

Tak Boring Ke?

itu soalan klise ok bila orang datang ofis ni. cube la tanya dah makan belum ke, pastu datang bawak buah tangan ke best jugak. ni balik-balik tanya,

tak bosan ke kak duk sesorang?

meja kosong ni ada orang ke tak? mesti akak boring kan?

heh, harus panggil akak ye bila tengok perut yang buncit ni. hehe. harini akak duk sesorang lagi melayan perasaan. almaklumlah dalam ofis sekangkang kera ni tinggal akak berdua je dengan bos. tapi bos duk dalam bilik kocik. akak jadik jaga topi pintu nengok dia keluar masuk. haha.

cubo nengok layout ni ha. (weh, sompek melukih lagi tu. haha)






segala aktiviti dalam opis ni dipantau oleh cctv yo. jangan risau, akak behave, dato pon behave. takdo sesi mengumpat macam cik peah jiran rumah mintak garam. tapi bila bosan, kurang-kurang pon memasing tido ontok yo kek kusi memasing sampai teleng-teleng palo. nasib badan~ hehe.

Wednesday, September 14, 2011

Sakit Hati Dengan SPNB


tajuk nak propa aje kan? tadi gi check statistik blog, rerupenye blog ni jadi referal bila orang taip keyword tu. tak caye? cuba taip 'sakit hati dengan spnb', kompom naik blog ni. hehe. cerita sakit hati dengan spnb ni memang sampai bila saya takkan lupa, selagi spnb tak setelkan hal penangguhan pembangunan projek perumahan yang saya & husband beli.

2011 pon dah nak habes, suppose sekarang ni rumah dah 50% siap sebab SPNB janji nak serah kunci by March 2012. tapi realitinya, projek tu tak sampai 10% siap pon!

haritu kebetulan saya & suami cuti, nak gi register bersalin kat PPUM, lantas ke office SPNB lah kita. selama ni dok sms & kol person in charge memang takdenye di layan la. nak tak nak, kena terjah jugak diorang ni. terjah punye terjah, dengan perut memboyotnye lagi, tak setel jugak. jawapan yang saya nak dengar tak jugak dapat dengar. alasannya, semua staf dari jabatan tu takde la puan, sorang pegi mesyuarat, sorang outstation, sorang takde kat ofis. puiiii! ikut logik, kalau sales dept. kosong sekali pun, bawak la keluar sorang wakil corporate comm ke explain kat saya. saya just nak tau status projek tu ongoing ke, postponed ke, dibatalkan ke, itu aje. kalau tengok kat website SPNB memang dah takde lamaaa dah projek tu. maknanya??

saya ada la google orang yang senasib kena tipu dengan saya dalam projek ni. well done bro, siap buat blog taman tu lagi okeh. nah, gi baca kat sini. bro ni la rajin sesangat dok push SPNB pasal projek ni. rasakan! setiap kali ada berita terbaru pasal projek tu, memang dia update kat situ je. segala conversation dia dengan SPNB pon dia revealed kat situ.

sebelum saya & husband beli rumah ni, actually kitorang dah booking satu rumah under PKNS. rumah siap lagi. tapi entah apahal, bila tengok projek SPNB ni macam kena sedut dengan vakum plak dia punya melekat. hoi, punya berangan ada rumah sendiri time tu toksah nak cakap la weh. berangan tak sudah! tapi tu lah, Allah Maha Mengetahui kan. tak semua yang kita nak, Dia akan bagi. dulu, dengan hidup kesedihan tak sudah sebab tak boleh pregnant dapat la cover konon bila dapat beli rumah sendiri. tapi sekarang, bila saya dah boleh pregnant, projek ni dah dibatalkan pulak. takpelah, at least, saya & husband boleh hidup gembira dengan kehadiran orang baru nanti.

oh FYI, projek tu dah pon dibatalkan & SPNB akan jumpa semua pembeli Disember nanti. kenapa Disember? apsal tak Oktober? November? lantaklah, janji kitorang dapat balik deposit yang kitorang bayar. kalau dapat duit pampasan sekali pon best gak kan? rezeki baby agaknya mana tau?

so moral of the story, tak semestinya bila kita deal dengan developer gov based, projek rumah tu terjamin 100% siap & tak semestinya bila kita beli rumah dari developer yang tak established, projek tu terbengkalai. it's all about luck! sebab kan Allah dah kata, KUN FAYAKUN dalam Quran. sekali Dia kata JADI, MAKA JADILAH.

Monday, August 15, 2011

Congrats Lady Mira!!

kalau korang baca entry saya yang dolu-dolu mesti korang tau betapa 'seksanya' jiwa raga saya dan suami berusaha untuk mengandung. yelah, lepas dapat tau saya ada cyst kat both ovaries & rahim saya terbalik, life macam gelap kejap. plus suami pon ada problem dengan sperm count, kitorang pasrah.


pastu puas la berubat sana sini. moden, tradisional, makan pil berkoyan-koyan, minum susu kambing dua kali sehari, pegi berurut macam-macam lagi. doc suruh makan itu, kitorang makan. suruh makan ini, kitorang makan. pastu orang cakap minum air rebusan buah zuriat, puas la mencari buah tu. siap kirim-kirim dengan sesape nak gi Mekah. pastu dah dapat nak mendapatkan isi dalam masyaAllah, kena pakai lesung batu. pastu bila minum rasanya Allah je yang tahu.


pastu orang kata buat tauge guna kacang hijau. saya buat. orang suruh rebus kacang hijau & minum air rebusan. saya minum. semua saya buat sebab nak anak. sebab dah tak tahan sangat dengan soalan-soalan orang sengal yang sebok je.


merancang ke?

eh, badan nampak dah naik la. ada isi ke?

bila lagi nak ada isi ni?


soalan-soalan macam ni adalah sangat annoying tahu!!!


doc tak cadangkan buat iui/ivf sebab kitorang baru kawen setahun jagung. so usaha la mana yang boleh.


usaha dengan jumpa orang alim pon kitorang try jugak. kitorang dinasihatkan buat sunat taubat, sunat Dhuha & ada a few zikir yang kena amalkan untuk tempoh-tempoh tertentu & ada spesifik doa lepas solat. (tetibe tak ingat letak kat mana. nanti kalau jumpa saya tepek kat sini k!)


pastu jumpa orang yang ada experience yang sama & dapat mengandung, banyak nasihatkan saya supaya tak stress, jangan fikirkan sangat masalah. tapi nak buat macamana, saya ada 9 akal. kalau tak fikir yang ini, fikir yang itu. end up, sendiri yang stress kan? lagipun salah satu faktor kerja saya yang sangat stress, sampai weekend pon kena kerja. last-last saya resign. lepas resign memang legaaaaaaa. tapi stress jugak sebab takdak duit. huhu.


tapi Allah kan Maha Berkuasa. saya dapat kerja kat Seremban. so terpaksa la tinggal berjauhan dengan suami for 3 months. dia kat Putrajaya, saya kat Seremban. memadu kasih weekend je la. dugaan terhebat sepanjang perkahwinan saya rasa. tapi melalui dugaan tu lah, saya akhirnya mengandung.


-------


sekarang, saya dah mengandung 31 minggu. Alhamdulillah. nikmat yang tak terhingga.




saya tahu awak lagi 'menderita' dari saya sebelum ni. saya selalu update awak punya cycle. baca je lah walaupun tak paham apa dpui sume tu. tapi saya tahu awak sangat cekal. awak sangat tabah. dan akhirnya, segala pengorbanan & ketabahan hati awak tu berbaloi-baloi dengan berita gembira ni kan? (jap jap nak amek tisu lap air mata T_T)


semoga dengan berita gembira ini, buat awak semakin tabah untuk mengendong kandungan untuk 9bulan akan datang. saya doakan awak diberi kekuatan untuk menghadapi segala jenis alahan setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari selama 9bulan nanti.


jaga diri ye! apapon, TAHNIAH~

Pecal






Last week saya & hasben gi berbuka kat Putrajaya. oh bazar ramadhan kat sana masyaAllah, besar ya amat. jenuh nak berjalan, pastu dah habis seround tengok tangan kosong lagi. berjalan lagi. huhu.



kisahnye bila ke situ hasben kol mak dia tanya nak kirim apa-apa tak? ok, mak kirim pecal. pecal tu ala-ala rojak kot, sebab dia macam sayur-sayur pastu makan dengan kuah kacang. tak pernah ku makan, so kalau nak cari memang payah sebab tak kenal rupa. tapi hasben kata tu makanan jawa, so cariklah kat tempat orang jual lauk pauk.



memula kitorang jalan sesama. tapi bazar tu kan besarrr gile, so kitorang split. memana gerai yang ada jual lauk pauk sume kitorang redah. ada tu terang-terang tulis pecal kat banner, tapi sekali tanya, harini tak buat pecal la dik. ok menangis kau di situuuuuu! T_T



tiba satu gerai ni saya tanya lagi,



kak, pecal ada?



pastu muka dia macam blur. pastu dia rapatkan muka dia dengan muka saya sambil kata,



aaaaaaaaa?



fine, saya repeat lagi,



pecal ada tak kak?



sekali dia jawab,



pecal? takde. 'dia' balik kampung.



saya pon macam, pejadah pecal boleh balik kampung? naik bas ape kak? lalu blah dari gerai tu dengan muka kompius.



kekdahnye, pada semua peniaga, korang gunalah konsep kedai mamak, bila kita duduk dia cakap semua ada. tapi bila rekues nak itu ini, jawab dia 'dah habis' instead of 'takde'. kan senang jawab gitu kan. sudahnye bila ko jawab balik kampung nampak sangat la jawatan ko kat gerai tu tukang bungkus lauk. aduhaiiii.

Thursday, August 4, 2011

Kisah Serunding

tak tau la sejak bila suka makan serunding ni. tapi sebelum puasa lagi dah meraba-raba calling orang sana sini nak tanya ada yang balik kelantan tak sebelum puasa. hoh, dulu kan i penah stadi kat kelantan 2 tahun. memang serunding buat stok je la kalau nak jimat. ape tidaknye, beli nasi kosong baru seamah (lima posen) pastu kau gaul dengan serunding pon dah hampir-hampir terbayang pintu syurga dah dia punya nikmat. oh, serunding pilihan wajibul serunding daging ye.



even serunding ni made in kelate, tapi dia punya pedas berdesing gak la. nak nak kalau tengok rupa serunding tu ada cebis-cebis cili merah kan, kompom podeh!





alhamdulillah rezeki makan orang mengandung ni tak terbatas setakat ni. wish je pe nak, tetibe TING! dah ada depan mata. hehe. tengkiu kepada BFF cik Zura Zaki atas kesudian beliau mengorder SEKILO serunding daging dari sedara maranya di kelate. ailebiu forever!


so far, serunding tetap di hati waktu berbuka@bersahur . i ni kan jenis melantak orangnye, so baham serunding dengan nasi impit tetiap hari pon TAKPE. abaikan si hasben tak cuit serunding pon, lagi i suka. takde la luak serunding tersebut. hehe. dasar kedekut kan?

Tuesday, July 19, 2011

Kerana Lalat Seekor

pagi tadi jenguk fridge kat cafe nampak ada air tropicana laici. baru ek? cam best jek nak try. lantas ku ambik sebotol & rekues sebungkus ais untuk diminum together-gether. menarek kan? (jangan laki den baca ni sudah. kantoi minum ais!) hehe. pastu dah sampai ofis, nikmatnye lah buat keje sambil menyedut air laici berais. tapi sekali sedut punye sedut, dah sampai hujung plastik ku sedut. sedap punye pasal la kan. pastu tengok la plastik tu, kot-kot la ada lagi baki air yang belom disedut kan. tapi lain pulak yang ku nampak. korang nampak tak?






ngaaaaaaa. ada lalat di situuuuuuuuuu!! tapi air laici dah abes disedut. cemane nih? harapnye babyku tak pening lalat la dalam perut ni. huhuhu.

Monday, July 18, 2011

Mati Itu Pasti

baru terima berita kematian nenek saudara sebelah hasben yang sempat kami ziarahi semalam. ekceli dari semalam lagi hati jadi serba salah & tak sedap sebab berada dalam suasana yang 'tak sihat'. maksud saya, nenek tu dah terlantar 3 minggu atas katil saje. & semalam dia ada cakap,


pak imam dah ada kat luar. nanti dia masuk.


maksudnya sendiri paham-paham la kan? pastu malam tadi saya bermimpi berada di kalangan jenazah-jenazah yang saya tahu salah seorang daripada jenazah itu orang yang saya kenal. siap tagging no.18 lagi. Al-Fathihah saya tak putus-putus dalam mimpi tu.


bangun pagi rasa macam nak cakap pada hasben tapi macam tak sampai hati pulak. tup-tup, sign yang saya terima daripada mimpi malam tadi ternyata benar-benar berlaku. tadi hasben kol bagitau dia OTW balik dengan my FIL. selalu bab berjalan ni saya mesti nak mengekor sekali tapi this time saya rasa dengan keadaan mengandung ni rasanya tak sesuai untuk saya berada dalam situasi tu.


apa pun, Al-Fatihah untuk puan.


sesungguhnya mati itu pasti. dah ready?

Friday, July 15, 2011

Tak Malu

kejadian berlaku lunch time tadik. turun agak lambat sikit mengenangkan cik saintis sibuk menggodek tikus di makmal beliau. kitorang tiba cafe lebih kurang 1.30 tengahari. work station saya betul-betul sebelah tingkap, so dengar la dah azan 2 kali. harini kan jumaat. ok ingat dalam kepala, dah azan 2 kali. saje nak tengok kat cafe 'lelaki-lelaki berbaju melayu' yang sibuk makan time lelaki-lelaki lain jalan laju-laju ke masjid untuk solat jumaat.


hokey, dah sampai cafe mata saya dah nampak ada sekumpulan lelaki-lelaki yang dimaksudkan tadi. hadoi la cik abang, azan dah dua kali dah. takkan nak tunggu imam dah angkat takbir baru nak lepaskan sudu garfu? serius spesis takleh buat calon suami tau!


bila dah pilih-pilih makanan, cik saintis tanya nak duk mana. saya saje spot kat meja sebaris dengan lelaki-lelaki itu. pastu dah letak pinggan, saje buat-buat tengok jam. dah 1.40 ye! pastu pas 5 minit camtu, perasan ada yang bangun. tapi boleh pulak tinggal lagi 2 orang lelaki ini masih berselera menghadap kuetiaw goreng. hai la cik abang, camni ke nak pimpin keluarga?


saya takde la cakap lelebih, takut nanti berbalik pada ahli keluarga sendiri. nauzubillah! tapi, kot iye pon ko tanak gi solat jumaat, gi la menyorok dalam tandas boleh? ini tak, sendiri bikin malu la bang!

Sunday, July 10, 2011

Cantiknya Seorang Isteri

semalam kan saya me'lepak' dengan BFF kat gerai dia. jiran sebelah gerai dia jual kain pasang. memang cantek-cantek lah. tapi since memboyot ni, takde la sior nak pikir baju kurung ke kebaya ke sebab tau tak muat kan. plus, stok kain pasang ada lagi yang tak terbuat. so, saya just tengok gitu-gitu je kainnya.


satu masa datang sorang lelaki ni. macam biasa la mulut peniaga harus manis kan. akak ni kata lah,


ha Mr.X, meh la beli kain pasang untuk isteri buat baju raya nanti. cantik-cantik kain ni. kalau isteri Mr.X pakai mesti cantik.


gitu la lebih kurang ayatnya. pastu boleh pulak Mr.X ni jawab gini,


alah, bini aku bukan cantik sangat pon nak pakai baju-baju macam ni.


kitorang yang dengar ni tergamam kejap. perlu ke seorang suami berkata begitu tentang isteri yang telah melahirkan zuriatnya sendiri? walaupun isteri ko tak berapa 'cantik' pon, tak perlu rasanya berkata begitu di depan orang ramai.


apa maksud sebenar cantiknya seorang isteri di mata suami sebenarnya? cantik di wajah? cantik bentuk badan? cantik budi bahasa? bab ni kita sebagai seorang isteri kena tanya pihak suami la kot. tapi sebelum tu kena tengok cermin dulu la ye, tengok diri sendiri cantik ke tidak? hihi.


sebab apa? kang kalau tetibe ko tanya kat hasben,


yang yang, you rasa I ni cantik tak?


kalau ko bebetul cantik takpe. tapi kalau stok cantik bila mekap je cam akak ni (heh?), ada yang dapat jawapan perli -perli gitu. sebab kita harapkan dia puji kita cantik, tapi japgi kang dia tak jawab apa yang kita harapkan, ko jugek yang makan hati. cemno tuh?


alah, I kawen dengan you bukan sebab cantik ke tidak, I suka you manja-manja gitu.


tapi ko boleh pulak jawab,


you tak jawab soalan I pon kan? I cantik ke tak?


tak ke laki ko terpaksa jawab,


cantik.


terus ko senyum kan? haha.


so, soal cantik ke tidak ni tak sepatutnya jadi persoalan dalam berpacaran. sebab, itu kan kerja Allah? Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, so tak perlu kita bersungguh-sungguh cari pasangan yang hensem giler @ jelita amat. kan?



tetibe teringat cerita a friend of mine yang hasbennya suka tengok perempuan cantik@cute & ntah cemana satu hari dia terjumpa collection gambar perempuan-perempuan cantik@cute tu. kawan saya ni punya la kecik hati, sampai dia kol saya menangis-nangis tanya saya dia tak cukup cantik ke?



time tu saya tak kawen lagi, tetiba jadik takut nak kawen. dia memang cantik, putih gebu kalah saya putihnya. (alahai kawan, aku tau kau tak baca blog aku sebab busy tapi aku buat pengajaran cerita ko ni ek? hehe) puas saya pujuk dia, saya kata la tak tanya ke kenapa dia simpan gambar-gambar tu? manatau tu ex-gf ke, bestfren ke? (tapi dalam hati saya pon membara gak ape kes ko dah kawen tapi ko still simpan gambar perempuan lain? sian bini kau tau!) dia kata dia takut nak tanya, sebab nanti dia takut gaduh. oh my, memandangkan time tu saya pon tak kawen lagi, so bagi nasihat gitu-gitu je lah. taknak la masuk campur sangat hal rumahtangga orang ni, takut nanti giliran saya kawen nanti terkena benda yang sama. nauzubillah!



sekarang saya dah lost contact dengan kawan tu, tak tau apa cerita rumahtangga dia. nak tanya kang, kepoh pulak kan. hmm. so doa je lah benda-benda macam ni tak jadi dalam rumahtangga saya. amiinn.



moral of the story, cantik ke tidak seseorang isteri, suami ada maksudnya yang tersendiri. sebab dia sendiri dah setuju untuk sehidup semati dengan kita kan. tapi mampu ke ko nak tanya hasben ko, bang bang, saya cantik tang mana? hehe..

Saturday, July 9, 2011

Rindu Dia


semalam Dia bagitau kita, Dia kena pegi kursus 3 hari.
start Jumaat sampai Ahad, kat Kajang.
ye, Kajang sahaja. tak jauh.
tapi Dia kena tido sana since aktiviti malam pon ada.
plus nak berulang KL pon jalan dah kena block bagai.
kita pasrah.

kita kan tak biasa kena tinggal sorang-sorang ni.
lagipun dalam perut ni dah 6 bulan.
kita jadi sensitif, kita jadi ngada-ngada.
(ni pon menaip sambil meleleh air mata)

sekarang dah pukul 2.45 pagi, tapi kita tak boleh tido pon.
sebab selalu Dia ada peluk kita.
tapi malam ni Dia takde. kita tido bukak lampu bagai.
saje penuhkan katil dengan bantal 5 biji.

hari ni dah masuk Sabtu, tapi belum siang lagi.
esok pagi nak jumpa BFF, tapi tak tau la all day long ke hapa.
sebab KL kan ada BERSIH tu.
so tengok je la kalau boleh menempek dengan diorang.

nak pegi rumah PIL kat Putrajaya, jalan kena block.
tak sanggup nak redah la.
nak balik Seremban naik tren, keadaan perut tak mengizinkan.
jadiknya duduk di rumah sajalah.

kalau ada Dia kan best.
boleh duduk rumah lama-lama, bergolek depan tv sama-sama.
tapi Dia takde, kita sedih.
kita tak tau kenapa sedih sampai boleh menangis tersedu-sedu macam ni.
sebab kita, rindu Dia.
(kesat air mata sikit)

kalau Dia baca ni, kita nak Dia tau,
Mama & Baby waiting for you.
(cepat sikit Ahad please!!)


Friday, July 1, 2011

Keyboard Berat ke Tuan yang Berat?



sambil menaip kaki dok melilau-lilau bawah meja. kejap bersilang, kejap terangkat, kejap berlipat, kejap saje je main tampung-tampung keyboard. sekali nah kau! bedebab roboh cium kaki akak! haha. oleh itu dapat disimpulkan apakah yang berat di sini? hehehe.

Wednesday, June 29, 2011

Banyaknye Payung




in my collection ada la lebih kurang 7-8 payung kot. ada yang beli, ada yang dapat free. tapi kalau yang beli, haruslah fancy-fancy gitu. hehe. collection ni sebelum kawen. so bila dah moved to rumah family husband, dah siap-siap ada payung kat rumah. so tak heboh la nak keluarkan koleksi payung tu dari dalam bonet kereta.


tapi sekarang kan musim hujan kejap-kejap. kalau tak pagi, petang. kalau tak petang, pagi. so memang dah standby payung kat ofis seketul. tapi kisahnya bila balik rumah tak ingat pulak nak bawak balik payung tu. so jadiklah collection tu merebak kat ofis pulak. sampai harini kena tegur dengan bos,


eh, banyaknye payung. (sambil tunggu respon saya. wah, nak borak plak bos i nih!)


pastu saya pon tersiput-siput la menjelaskan keadaan sebenar. (padahal dia tak tau dalam bonet kereta ada lagi selambak payung!) tapi pikir-pikir balik, dalam kereta muat 5 orang jek. 2 depan, 3 belakang. busuk-busuk pon bersempit la 4 orang kat belakang. so calculation boleh jadik cenggini;


1 payung = boleh share 2 orang


3 payung = max 6 orang (1 kereta)


6 payung = sorang satu


tapi dalam bonet kan saya dah kata ada lebih kurang 7-8 payung. so yang balance tu lempar kat mana? hmm.. sesungguhnya pembaziran telah pun berlaku.


(eh tapi payung tu tak reput pon kan? kira tak membazir la kot. tapi kalau agak-agak nak buat hadiah besday ke hadiah kawen ke kira ok ke? sah-sah dekut! hihi)

Tuesday, June 28, 2011

BE : Proton Exora

Since dah ber'baby bump' nih, dalam kepala dok fikir la macamana nak expand family. yelah, dari berdua nak jadi bertiga pulak. ok i know, I'm just the mama, tapi tak salah kan nak fikir benda yang melibatkan family sendiri? kan kan?


Sekarang ni saya pakai kereta sedan, 1.3 aje. standard la lepas graduate memasing nak ada kereta sendiri, kecik besar tolak tepi, janji tak payah bebankan kepala ibu abah nak menanggung installment kereta & duit minyak. kalau dulu bujang leh hangkut kawan-kawan sampai sendat 4-5 orang kat belakang. tapi sekarang bila dah kawen, seat belakang sunyi tak berpenghuni. tapi kau, bila balik kampung masyaAllah, barang-barang kalah nak pegi bercuti 2 bulan! dengan toto, bantal, beg baju dah ada 2, bakul toilettries, beg laptop kalau feeling nak jengok FB. time pegi memang OK lagi, tapi cuba nak balik KL balik memang mengadoi la jawabnye. ntah cemane barang-barang tu boleh beranak entah! haha. tapi bila dah sampai rumah, ha kau! ada 4 tangan pon dah penuh nak mengangkat.


tu pesen belum ada anak lagi. cuba tunggu bulan 10 ni nak keluar sorang ni agak-agak banyak mana barang-barang nak sumbat dalam kereta tu? selama ni dok tengok kakak ipar usung beg baju anak, bakul susu & pampers je dah penuh tangan. cemano tuh? tetibe rasa nak pinjam troli tesco boleh? hehe.


so kekdahnye TERberangan la pulak nak memiliki (ceh, perkataan!) sebuah kenderaan yang lebih besar. tapi ongkosnya harus besar jugak ya pak! yo lah, nak kasik minum minyak tetiap hari dah bape kali ganda dari kereta sekarang, nak membela enjin bagai nak pakai duit gak. kang sekali swipe card je dah cecah limit plak kan? so takleh jadi ni, kena simpan duit syiling tiap2 hari. eh, bape puluh ratus tabung pulak nak cukupkan duit beli Exora ni ek?

ok ok, kasi layan sikit angan-angan ni kejap. ce bukak All About Exora ni ha.


















tengok tengok tak ke ko berkenan tu bila dia state Moving Families tu ha. saje je nak kasik feeling lebih tau! tetibe rasa macam dah tua pulak nak pakai MPV gabak-bagak ni. ye lah, i kan sweet 25 lagi. hahaha. so korang, gi la feeling Exora kejap kat sini - All About Exora.

Tuesday, June 21, 2011

Terlajak Kata, Lain Maksudnya



Adakah angin ingin mencari pengasuh?


maksud dia sebenanye,


Adakah anda ingin mencari pengasuh?


inilah akibat bila dalam banyak benda ada dalam kepala. semua pon nak keluar masa yang sama. hehe.

Friday, June 17, 2011

Ketika Ini

Saya rindu
Saya sunyi

Kembalikan pada saya saat itu.

Thursday, June 16, 2011

Bahasa

Masuk kandang kambing mengembek,


masuk kandang hariamu mengaum.



itu pepatah Melayu yang biasa kita dengar. maksudnya, kalau kita berada di persekitaran baru, kita kena ikut rentak tempat tu. kalau tak, jadik kera sumbang la kita.



eh, perasan tak perumpamaan sume kena mengena dengan binatang kan? sian binatang. hehe.




ok nak jadi cerita, most of cleaners kat Malaysia sekarang ni mat-mat Bangla & minah-minah Indon kan. so gitu jugaklah keadaannya kat tempat keje akak ni. everyday akan ada makcik Indon yang amek sampah dalam ofis ni. & every Friday pulak, mat Bangla akan datang bawak mesin hampagas untuk menyedut segala sampah cinonet kat ofis ni.




pada suatu hari, akak dah lambat gi keje. so tapau ajelah roti canai mamak ke india ntah. wah boleh ke gitu? hehe. pastu makan dalam ofis, satu ofis bau kari ane weh!!! tapi dato' tak bising apa pon, siap leh borak sebelah akak lagi. tapi tak tau la dia punye hidung memang dok menahan bau kari kan. hihi.




pastu belah petang pon bau lagi kari tu. ceh boleh pulak bilik ni takde air freshner kan. around 3 gitu, masuk la mat Bangla ni. pastu dia diam je. akak dok leka menunduk buat keje cam wonder pehal dia ni senyap je. selalu dia terus pasang plug mesin hampagas berkenaan. tapi sekali akak angkat muka tengok muka dia pelik ngan hidung bercantum dengan mulut. (ala2 nak mengesan bau sesuatu la tu). sekali dia cakap,




kakak, ini tempat tada itu yang.... itu yang...ala dua tiga minit psssttt psstttt..




puas la akak nak memahamkan ape la budak ni cakap. rerupanya air freshner yang macam dalam toilet tu! hehe. dia tak tau nak nyebut nama benda tu. tapi takpe bro, wa paham apa maksud lu. hehe.




di hari yang lain, time nak balik dari keje. terserempak dengan dia lagi. dia ni rajin nau menegur,




balik kakak.




ok even ayat ko tu nampak macam menghalau tapi bila dengan nada lembut dia tu akak faham, dia nak kata,




nak balik dah kakak.




gitu peramahnye kan? so akak pon ok kan je la. time tu hari jumaat, so akak tanya dia balik pukul berapa. dia kata,




pukul 7 kakak. sabtu pon kerja.




so akak macam, eh siannye ko sabtu pon keje. dengan gaji gitu kan. tapi pastu akak pikir, since ko non-Malaysian, ada aku kisah? haha. pastu akak tanya lagi, ahad kerja ke?




tada kakak. ahad cuti la. satu minggu satu hari cuti saja.




o ok la tu. baik la ko keje dari bersidai kat KLCC tu ha. hihi.




.................................




the main point is, BAHASA itu mudah dipelajari. tak kira kau tercampak benua mana pun, kau still boleh survive. at least, nak pegi beli sayur kat kedai pon boleh speaking ye dak?




korang agak-agak, kat Bangladesh sana ada matapelajaran Bahasa Melayu ke kat sekolah dia? cemana diorang boleh survive keje kat sini, boleh berbahasa Melayu pulak tuh! dapat cleaner yang keje hotel 5star ke kan dah boleh interact in English. so kita orang Malaysia yang belaja English dari darjah 1 sampai tingkatan 5 ni mustahil tak boleh speaking kan? malu sikit la weh dengan mat Bangla ni!!

Friday, June 10, 2011

Adab

since namanya keje kat IPT, manjang je la student bersepah. stok-stok yang nak ngendeng lecturer pon banyak. tapi bila saya tengok & perati perangai diorang ni, macam tak penah pegi sekolah pon ada. mana taknya, kalau bercakap sambil berjalan tu rasa diri memasing gah la sangat. macam orang keliling takde telinga yang boleh dengar apa yang dia cakap.


dah tu bila bercakap nak kena ada gaya tangan terbang lagi. assume that dia tengah cakap benda yang melibatkan negara bakal dilanggar todak minggu depan. hmmm. saya pon penah rasa jadi student tapi takde la sampai camtu sekali bersembang in public.


contoh terbaru, baru 15 minit lepas.


building yang saya duduk ni leh kata academic building la. sume bilik lecturer ada kat sini. but to access from one side to another, only staff yang ada access card je leh masuk. means, students @ visitor @ salesman memang takleh masuk la. so, nak jadi cerita, office saya ni termasuk dalam kawasan yang takde access card sebab near to labs & library. so boleh imagine tak betapa ramainya student lalu lalang dengan bising berborak, mengumpat, gelak-gelak bagai.


FINE. kalau saya sentap sekalipun, saya akan buat muka garang & pandang je student-student tu thru the window. kalau ada yang perasan tu, dan-dan 'sshhhhhh'. tapi kalau spesis tak makan saman tu, memang dia buat koridor ni macam dapur rumah dia-gaya bising cari makanan bila lapar.


so, tadi saya ada fail nak kasi kat another staff kat centre court (ceh macam midveli plak!). makna kata, harus la kena lalu pintu yang kena pakai access card tu kan? oh lupa nak kasitau, sebelah ofis saya ni lecturer's room. so kalau student nak jumpa lecturer diorang, student2 ni dok menempek kat pintu tu so that bila staff lalu diorang pon boleh mengekor sekali.


at the time saya sampai kat pintu tu, baru je tertutup. pastu ada la 4orang students berlari kejar pintu tu tapi tak berjaya membukanya. selalu saya baik hati nak cuit access card so that diorang boleh masuk. pastu rupa-rupanya ada lecturer diorang kat sebelah dalam tu. lecturer ni jalan laju sangat ke hape sampai tercicir students kat belakang. sudahnye lecturer tu tet access card dia & bukakkan pintu.


tapi time tu saya & the students dah ada kat sebelah luar pintu ni. so bila lecturer tu bukakkan pintu, berdesup 2orang students tadi masuk. eh, ini boleh mendatangkan amarah ok!!! ko tak nampak ke aku yang mengendeng dua fail, dengan perut boyot ni lagi nak masuk jugak. dia boleh lepas diri dia je. memang kurang ajar!!


saya pon buat la muka berkerut sambil pandang lagi 2orang yang ready nak masuk tu. pastu, lecturer yang tahan pintu tu kata;


eh awak ni bagi la lecturer ni masuk dulu. takkan itu pon nak kena ajar.


time kasih for the statement ye puan. but correction,


I am not a lecturer! but I am PA to Deputy Vice Chancellor ok!!


so bila lecturer tu dah marah, saya pon buat muka serius lantas masuk terus tanpa berterima kasih kepada lecturer tersebut kerana terlampau marah dengan student sengal tadi!


saya time jadik students dulu cukup takut dengan staff IPT. ye lah kan, mana nak kenal dia ni lecturer ke staff biasa ke apa. so tak rugi pon respek diorang kan. lagipon hormat orang tua kan dapat pahala. even kalau bersidai kat koridor tunggu nak masuk kelas pon mesti duk bersandar kat dinding so that tak halang orang lain lalu. bila nampak staf ke lecturer lalu, bagi la salam. bukan susah sangat pon. ibu saya tak penah ajar hormat orang directly, tapi sendiri mau ingat la. logically sense ok!


maybe sebab saya anak sulung, so matangnye cepat. maybe jugak sebab saya sekolah agama 5 tahun, so perasaan malu & hormat pada orang tua especially tenaga pengajar memang dah sebati. dulu time sekolah agama, budak-budak perempuan dipanggil muslimat, yang lelaki dipanggil muslimin. kitorang diajar supaya bila berselisih dengan lelaki, automatically kitorang PERLU either stop berjalan & bagi laluan kat muslimin or bersempit-sempit tepi jalan & pasang gear 1 so that muslimin boleh jalan depan muslimat. benda ni terbawak-bawak sampai lepas sekolah, bila sambung diploma & degree.


time degree dulu saya digelar ustazah sebab tudung saya bidang 60" and selalu pakai jubah. (pakai kasut bertutup & sebab tak pakai stokin). oh sangat alim rasanya time tu. hihi. (sekarang alim jugak tapi stokin & tudung bidang 60" dah terbang mana ntah. rasa berdosa pulak. huhu. ok tutup cerita.)


istilah couple time degree memang takde la for the first 3 semesters sebab saya dengar cerita ada orang kata saya ni garang. cakap dengan laki nak perli-perli taknak lembut-lembut. pekehei pulak aku nak sopan-sopan dengan korang. kang aku feeling gedik pulak. hehe.


Allah Maha Kaya kan. sekali entah cemane tercouple pulak dengan Si Tembam, time tu sem4 kot. lebih kurang tahun 2005. dia la punye pasal ni main salah-salah sms pulak. cakap je la nak tekel kan. hehe. pastu ada la dia cite kengkawan dia tanya,


cemane ko boleh couple dengan mira tu ek? dia kan garang.


haha. nak tergolak den! dengan korang yo den garang, tapi cube dengan kengkawan den, den la heroin penglipur lara tau! nak gi outing memane, den jadik leader bayarkan tiket bas. hihi. rindu pulak zaman tu.


nah. bukti couple tapi imej masih kekal. hehe.





eh, kemain rapat lagi bergambo kan. sebab time ni kitorang ada function gamelan kat UPSI, pastu ex dia lalu depan kitorang. tu yang saje kasi rapat-rapat. hahahahahahaha. I yang garang ni menang ok!


eh lagi sekali, dah termasuk cite lain ni. ok babai.

Wednesday, June 8, 2011

Apa Pon Tak Paham

last week saya & pakwe kesayangan pegi Midvalley nak setel hutang. (kelas tak bayar hutang gi Midvalley? padahal boleh merewang pastu. hihi)


pastu aktiviti wajib masuk Midvalley, haruslah masuk Jusco. sebagai pemegang kad JCard yang tegar, tak semestinya membeli apa yang displayed. sekadar membasuh mata dan eksesais tangan membelek itu ini lantas keluar Jusco tanpa sebarang beg plastik.


jejak je kat entrance Jusco tu, ada la sorang pak arab ni dok usha kitorang pegang-pegang tangan. eh, harus la orang berkasih sayang pegang-pegang tangan kan? plus, weolls ada kad nikah hokey! tak cukup bukti lagi? perut buncit menjadi bukti kukuh yang kitorang pasangan suami isteri yang HALAL lagi suci murni gitu.


pastu tetibe pak arab ni melambai-lambai kat kitorang pastu cakap kuat dalam bahasa dia. time ni kantoi pulak time skolah subjek lughatul arabiah tak dapat A sebab sepatah haram saya tak paham. haha. since time tu kitorang je yang lalu situ, kitorang pon berenti la kat pak Arab ni. dalam hati dah saspen pebenda dia nak ni? mau kena sihir abis henbeg carlo rino I kena kebas tau!! (yelah, carlo rino je pon, bukan bonia ke coach ke salvatore ferragamo ke. tapi tu hadiah besday pakwe i kasik tau. harus i sayang!)


yang buat kitorang lagi saspen tu, pak arab ni boleh tunjuk-tunjuk badan akak dari atas ke bawah pastu tangan dia macam nak pincang-pincang genggaman kasih sayang kitorang. pejadah pulak pak arab ni kan? pegawai agama JAIS pon tak macam ni kot? hehe.


sudahnye kitorang cakap kat dia,


do you speak English? sorry we can't understand Arabic.


(Teacher Hana, you should proud that your student can speak English well with foreigner ok! hehe.)


pastu dia geleng-geleng kepala. tak tau la dia paham ke tidak apa yang kitorang cakap. sebenarnya akak agak je dia ni pak arab, tapi negara arab kan besar? celah gurun mana pon tak tau dia ni. haha. lepas dia geleng-geleng dia heret kitorang ikut dia pegi kedai Sony kat sebelah tu, dok jerit-jerit panggil sedara dia.


rerupanya sedara dia ni boleh speaking English. so dia cakap la,


he said he likes your attire. (sambil cuba nak pegang baju kurung yang akak pakai.)

you know, we as muslim should cover all this. (sambil tangan tunjuk badan akak dari atas sampai bawah.)

where can we find attire like this?


ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo. cakap je la ko suka baju kurung ni!!! hadoiiiiiiiyai. poning palo acik nak memahamkan bahasa ko nih! haha.


kebetulan opposite Sony tu, level bawah tu je ada Kamdar. akak pon bagi la direction kat dia nak gi Kamdar cemane sambil tunjuk kat escalator kena turun pastu pegi sana. tapi pak arab yang memula ni dia macam teruja gile dengan baju kurung yang akak pakai. padahal bukan batek sutera ke hapa. memang baju basahan pegi keje je pon. kelim kat tangan dah terbetas dah pon. sezen tak sezen kan? haha.


dah tu dengan rasa besar hati kitorang pon mengiringi yang berhormat pak arab ni ke Kamdar. dah masuk dalam Kamdar, akak meragau carik Ladies Dept plak yang ada jual baju kurung. (sebenarnye tak konfiden Kamdar ada jual baju kurung siap ke tidak sebab laki akak dok kompius ada ke baju kurung kat dalam tu? kalau ada kenapa selama ni akak tak penah beli baju kurung siap dalam tu?)


sori la pa. mama takde jawapan untuk itu. hehe.


dah jumpa Ladies Dept. akak rasa lega sesangat sebab ada display baju kurung siap. kang kalau takde mampos aku kena pelangkong dengan pak arab ni pulak. huhu. bila dah jumpa baju kurung tu, akak explain la;


you should bring your wife or your daughter here so that they can choose their size.


pak arab ni sah-sah la buta English kan. saje je akak provoke dia. haha.


pastu dia cakap lagi;


!#$%^&*(ztywmqn?


pulak dah. ape dia nak ni? akak biarkan je dia dekat situ dok belek-belek baju kurung tu. sesambil tu akak carik la pekerja bangla kot-kot la pak arab tu boleh cakap bangla ke kan? dah jumpa sorang pekerja bangla, akak tanya;


do you speak Arabic?


sorry ma'am, I don't know.


there is an Arab guy over there at Ladies Dept. He ask me in Arabic but I can't understabd. Could you please entertain him?


terus si bangla ni,


oooooooooooooooooooooooooooooooo. ok ok ma'am. (sambil geleng-geleng ammah macam mamak selalu buat tu)


so akak terus keluar Kamdar dengan perasaan bangga & feeling-feeling tourist guide kejap sebab dari tadi orang dok tengok kitorang jalan dengan pak arab ni.


nak tengok rupa baju kurung akak yang pak arab dok angaukan tu? ni haa.


cantek ke? akak dapat free baju ni orang kasik.


p/s : sape kata pegi Midvalley tak boleh dengan baju kurung? silap-silap pak arab nak amek gambar ko pakai baju kurung lagi tau!! hehe. ekceli reason akak pakai baju kurung sebab time tu baru pas balik keje, malas nak tukar-tukar. pastu kan perut semakin membesar, mane leh pakai kebaya. kalau tak bukan takat pak arab, mat salleh pon stop-stop akak semata-mata nak amek gambar tauuu. *berangan tak kena bayar kan?*

Tuesday, June 7, 2011

Lost Hope

ini kisah BOS saya.

pagi tadi datang office muka ceria. pastu mintak tolong buatkan keje pon dengan muka manis. siap boleh senyum lagi.

tapi, sekali dapat emel pasal kena application rejected, terus muka dia macam lost hope.

kesian dia.

kita yang jadi tukang edit application dia pon dapat rasa fail kena reject.

siap ada orang tu suruh kita pujuk bos kita. cane nak pujuk dik, bukan muhrim hokeyyy. (tetibe wonder oh nak pujuk harus pegang-pegang ke? tapi kena buat sore lelembut kan? huhu)

nanti feeling pujuk terlebih, sentap laki akak kat rumah tu. hihi.

Monday, May 30, 2011

From Someone Who Cares




Dewa Sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga


Kalau ada budi yang baik


Sampai ke mati orang tak lupa



pantun : credit to Dunia Penyair










p/s : being nice to people, if you want people being nice with you..

Friday, May 27, 2011

Allahuakbar!

apa kita nak buat pada orang yang macam ni? mengaku Islam tapi sanggup buat blog semata-mata untuk menjatuhkan Islam. sebelum baca sila kuatkan Iman supaya akidah & fahaman kita tak terpesong ye.




semoga Allah turunkan HIDAYAH pada beliau sebelum beliau menutup mata.


Allahuakbar!

CEO

psst, tadi akak gi toilet. nak gi toilet harus merentasi cafe dulu. pastu akak nampak CEO akak dengan 2 assistant dia. sebelah assistant tu ada fail bertimbun, sorang assistant tu tengah semak document. and surprisingly, akak tengok CEO akak tengah sign surat! wow, punyelah sebuk kan jadi CEO sampai sebelum makan pon kena hadap surat dulu. huhu.


* kalau akak jadi CEO, sign surat lepas lunch ye *

Friday, May 20, 2011

Berpaling Dari JannahMu

semalam kan malam Jumaat. selalu kalau malam Jumaat wajib ada cerita hantu bagai. akak memang tak layan cerita hantu time pregnant ni. sebab takutnye pasal nanti tinggal sorang-sorang ke tetibe berangan hantu datang. hui nauzubillah! so kekdahnye setiap malam prime time harus si tembam dok main game baru dia, akak je lah yang terbaring depan tv main-main dengan remote.






sudahnye tertekan la Astro Prima, ada cite Berpaling Dari JannahMu. ingatkan cite ni pasal Nasir Bilal Khan berpoligami ke hape sebab dalam iklan duk tayang scene dia berborak dengan Abby Abadi. bab-bab poligami ni memang sentap ok! so takde la nak nengok. sampai satu part, si Ogy ni sibuk la sangat mengemas rumah sampai anak-anak Abby ni kena marah. punye lah cerewet tak kasi budak tu main2 kat sofa yang dia beli mahal-mahal sebab dia dah vakum, mop bagai.






rerupenye Abby ni adik ipaunye aje. duk menumpang kat umah dia time hasben si Abby ni outstesen. pastu bila anak-anak Abby yang 3 orang ni dah takde, meragau la si Ogy kata sunyi la rumah takde budak. sebab diorang dah 10tahun kawen takde anak, so bila rumah riuh sekejap pastu sunyi memang la terase sesangat kan. pastu yang akak tak tahan, Nasir Bilal Khan boleh cakap gini lebih kurang;






dah tu nak anak sendiri ke?






haiyaaaaa..ini macam punya olang pun ada ka! sib bek script writer Sharifah Abu Salem. kalau script writer ntah sape-sape memang tak leh blah punye. time akak mengomel pasal dialog Nasir tu, tetibe Si Tembam cakap;






mesti dia ada masalah tu.






haha. laki den ni pon yang serius sangat pe kes? cite drama je pon. hahaha. by the way, dia memang sentap sikit bab-bab infertility ni. maklum la, sendiri dah experienced almost 2 years kan sebelum akak pregnant ni ha. ok back to topic, si Ogy pon doa punya doa, akhirnya doa dia dimakbulkan Allah. dia pregnant Alhamdulillah. pastu part muntah tu tak tahan, tau je la si Ogy kalau berlakon harus nak suara tinggi kan, kontra dengan Nasir ni ha. si Ogy punye uuweek bukan buat akak rasa nak muntah, tapi rasa nak gelak pulak..hehe..ye lah, dia mana ada experience morning sickness kan? so dimaafkan. hehe.






genap 9 bulan 10 hari, maka lahirlah baby girl comel bernama Amirah (ni yang lagi siok akak nengok tau! haha) lakonan Mia Sara yang cute tu! tapi dek sebab emaknye si Ogy ni sangat la pengemas & cerewet orangnye, maka si Amirah ni pon tak boleh nak buat sepah sikit. nak main kaler-kaler pon kena marah. ha time ni Si Tembam dah suh tukar channel sebeb dia tak suke cite sedih ok! tapi akak berkeras nak tengok jugak bila dia leka main game..haha..memang teruk si Amirah ni kena pukul dengan emaknye dek sebab buat sepah. sampai merajuk-merajuk budak tu..






nak jadik cerita, satu part tu si anak kena marah dengan si emak sampai si anak lari keluar rumah pastu kena langgar kereta. darah punye selambak takleh nak kata, pulak tu kereta kaler putih. clever tau director main dengan kaler! haha. pastu dipendekkan cerita si anak mati & si emak meroyan bila si anak mati. di cium-ciumnye baju budak tu. pastu dah tak nak kemas rumah. si Nasir pulak yang kena kemas mop bagai. pastu si nasir givap dengan life dia yang bini macam patung. pastu psiko punye psiko bergaduh la laki bini pastu sampai menangis si Ogy bertekak kata dia bunuh anak dia. pastu si laki peluk sket, pastu THE END! sakit hati tak ending camtu?? wuwuwuwu..






papepon, Si Tembam suka lagu dalam cite ni..cekidaut! nak amek tisu jap..sedih~












Detik waktu terus berjalan



Berhias gelap dan terang



Suka dan duka tangis dan tawa



Tergores bagai lukisan






Seribu mimpi berjuta sepi



Hadir bagai teman sejati



Di antara lelahnya jiwa



Dalam resah dan air mata



Ku persembahkan kepadaMu



Yang terindah dalam hidup






Meski ku rapuh dalam langkah



Kadang tak setia kepadaMu



Namun cinta dalam jiwa



Hanyalah padaMu






Maafkanlah bila hati



Tak sempurna mencintaiMu



Dalam dadaku harap hanya



DiriMu yang bertahta






Detik waktu terus berlalu



Semua berakhir padaMu






Si Tembam : suami akak la..hehe

Wednesday, May 18, 2011

Kenapa Google?



kenapa kalau kita nak tau pasal something, kita sebut;


alah, google kan senang.


fenomena google sekarang dah selari dengan aliran Facebook. kalau dulu kita pakai Yahoo! & Friendster. tapi persoalannya kenapa mesti Google? nak baca sejarah Google, klik SINI.


ok ok saya bukan pakar IT atau lecturer IT tapi hanyalah pemegang diploma IT tahun 2003 sahaja, which is that kind of IT yang saya belajar dulu dah tak relevan dah sekarang. padahal baru 8 years back, tak sampai sedekad pon lagi.


ini lah yang dikatakan trend. satu trend atau boleh dikatakan budaya (org DBP jangan marah kalau maksud yang saya berikan salah ye!) ialah satu keadaan di mana kebanyakan orang berbuat perkara yang sama. ok sebagai contoh; sebelum Y2K dulu, sape yang tak pernah chatting di MiRC angkat tangan?? oh lupa pulak, zaman tu remaja yang belasan tahun lahir hujung 70an hingga awal 80an.


sumber internet dulu takde la senang macam sekarang. internet provider yang ada pon TELEKOM je lah. pastu PC & Laptop takde built in modem macam sekarang. kena beli modem asing macam Streamyx sekarang. nak buat connection kena cabut dulu wayar telefon pastu ganti dengan wayar lain cucuk kat modem tu. pastu dial up punye lah lembab, nak tunggu semua LED menyala memang sempat berak dulu lah. haha. punye la nak bayangkan lembab kan?


padahal zaman dulu bukannya penting sangat pon nak online sume nih, saje je gatal nak chatting. haha. sanggup bersengkang mata nak chatting punye pasal time ibu abah dah tido. hihi. kalau dah janji dengan member chatting, sanggup sekat duit belanja sekolah pastu balik umah buat2 nak gi kedai beli kuih ke pastu singgah cyber cafe kejap nak chatting. haha. lawak-lawak.


pastu dah tenggelam MiRC, orang chat kt YM plak. YM provided by Yahoo kalau ada orang tak tau. makanya kena ada akaun Yahoo baru leh YM.


eh, tetibe teringat HOTMAIL. dulu orang tak pakai Yahoo Mail tau! sape ada HOTMAIL angkat tangan!!


tu baru cite pasal internet & email, belum cite pasal blog lagi! hehe. lepas Y2K baru wujud blog, tapi tang blog ni akak dah tak maju sangat dah nak ikut time tu. sebab pas abes diploma, keje kejap 6 bulan, pastu terus sambung degree. time degree pulak dah tak sama macam time diploma, harus assignment melambak2, subjek dah banyak, so masa nak pegi CC hanyalah penting di saat2 akhir nak submit assignment. haha. sebab time tu dah disogok dengan kereta & PC, so kalau boring, main game tak pon berjalan-jalan ngabiskan minyak. hehe.


eh, tajuk dah lari la. babai.

Tuesday, May 17, 2011

Zaman Sekolah



Sekolah Kebangsaan Rahang, Seremban in memories


1990 - 1 Merpati


1991 - 2 Merpati


1992 - 3 Serindit


1993 - 4 Kenari


1994 - 5 Kenari


1995 - 6 Kenari


time darjah 6, ibu dah siap2 isi borang masuk SMKA dah (sebab dia ngaja kt SMKA). yang ada pilihan time tu, SMKA SHAMS n SMKA Pedas je. pastu isi lagi satu borang SBP, nak masuk SMAP Labu. time tu dah pakat-pakat dengan member nak masuk SMKA nih, tapi ape pon tengok result UPSR la kan? zaman UPSR akak bijak ok, kelas first 6 Kenari SK Rahang (nak gak mention si kembar Zaquan & Aidil junior den kek skolah tu tp time tu mano tau dh bosa diorg femes, kalau x kompom-kompom den offer jadik akak angkat..haha)


since duk dalam kelas first, harus kitorang jadi target sekolah untuk dapat 4A lah kan. (UPSR tahun 1995 still 4 subjek lagi) sebagai tanda semangat, guru besar janji pada sape yang dapek 4A, akan ada trip to Langkawi & Sunway Lagoon. wihuu sapo taknak weh! peh tu, sudah berpulun ngan UPSR, kuar la result den dapek 4A seperti yang ditarget2kan oleh cikgu-cikgu..sapo tak girang dapek 4A weh! siap dapek sijil kuning tulih TAHNIAH lagi..kau ado? haha. eventho sijil tu potostat yo, tapi hanya yang dapek 4A yo naik ponteh amek sijil salam ngan guru bosa Hajah Che Som Tamby Chik (adik beradik Rahim Thamby Chik la nih).


sudah ee, poie la Langkawi ngan kengkawan yang dapek 4A. siap abah den boli an kamera pakai buang lagi okeh! bukan leh cayo bebudak bawak kamera canggih-canggih ni kan. ok fokus bukan pado trip to Langkawi, pasal sekolah SMKA yang den apply tu ha. since ibu den yakin boto namo den ado lam SMKA SHAMS (sobab 1: den dapek 4A 2: untuk cecikgu ado kuota untuk family members masuk asalkan memenuhi syarat) so ibu den merayu lah supayo den dapek masuk SMAP Labu. tapi agak ee sobab 4A den bukan kategori A++ gak eh, tak dapek la den masuk SMAP Labu. dalam kelas 6 Kenari tu ado la 2 orang (kot) yang dapek masuk SMAP Labu - Radiyah & Shukri. yang lain dapek SHAMS n Pedas. memandangkan SMKA Pedas time tu baru nak set-up, diorang pon menumpang kek sekolah lain kek Gomeh, makanya menempek la den kek SHAMS tu ha.


SMKA SHAMS, Seremban in memories

1996 - 1 Islah


1997 - 2 Islah


1998 - 3 Ikram


1999 - 4 Ikram


2000 - 5 Ikhlas


masuk yo SHAMS, uhaiii glemer lak rasa. sobab ee, ooo ni anak cikgu Aminah ek, ooo ni Amirah ek. aduhh, takdo privacy langsung! (alah, padahal goma bona ee orang kona kito..hihi) tapi masuk yo sekolah menongah ni, den dah tak berapo fokus nak blaja..apahal ntah..maybe sobab anak cikgu, bajet scorer la kan! kalau den fokus musti den dah masuk kelas sains, dah jadik doktor ko engineer kot sekarang. huhu. tapi den taknak cito zaman sekolah menongah ni, sodih! den menghampokan harapan ibu den. huhu.


Ibu den cikgu Geografi yang paling digilai kek skolah tu. (ado sesapo nak bangkang statement den ni tak? haha) Form 1 & Form 2, ibu tak ngaja den. tapi masuk yo Form 3, haha kono hadap la jawab eh. ibu den garang walaupon dengan den dlm kelas tu. pehtu goma na nyobut, Amirah, apa jawapan bagi blablabla? kek umah takdo lak ibu kasitau dio nak soal den dalam kelas..haha..ni namo ee nyayo anak sendiri nih. kalau den tak dapek jawab, berdiri ateh kusi la jawab eh. jangan memain, takdo diskriminasi do! haha.


pehtu, time PMR paper Geografi, ibu den sajo usha2 lalu topi den time exam. memandangkan namo den mulo ngan S, so takdo la den duk dalam exam hall, kono masuk kelas2 la. tu la padah ee namo hujung2..pehni den nak buh namo anak den sumo pangka A yo. biar dio duk dopan! haha.


nak jadik an cito, bilo bawak balik paper Geog yang den dah tando ABC tu, omak den rait time tu gak. sudah ee den dapek markah 78 yo. huhu. pehtu ibu cakap, tengok la graf Lembaga Peperiksaan time tu naik ko tidak, nasib2 dapek 75 ko ateh buleh A tapi bilo kuar result PMR, Geog den dapek B! kecewo ibu den, yo lah, omak sendiri ngaja tapi anak xdapek A. tu bongap anak namo eh tu. bukti eh, omak den skang Guru Cemerlang DG54. makno kato, memang den tak pakai otak sebijak-bijak ee time sekolah. haha.


naik form4 pulak, sobab result PMR den tak melayakkan den masuk aliran Sains kek situ, mako terpakso la masuk aliran Sastera. (tu ikut standard SHAMS lah yo, kalau sekolah biaso den dah buleh masuk Sains Tulen tau!) memandangkan den nak bokopit yo ngan ibu, den stay la kek skolah tu.


time dah masuk menengah atas ni den ada peristiwo hitam kelabu asap sket lah. kengkawan den tau la ni. tapi jangan korang reveal kek sini plak! nak kono hompuk? haha. tapi walaupun den ado peristiwo hitam kelabu asap tu, ibu den menten yo ngan den. takdo nak marah2 den. tu sobab den buek tak tau yo macam takdo papo jadik. hihi. ibu den totap bagi den duit bolanjo sampai RM5 satu hari, belanjo makan dari pagi sampai potang. nak apo diboli ontah! padahal kalau kek kantin ko koop ko, den selalu cakap kek acik tu,


nanti claim ngan cikgu Aminah ek? time kasih.


haha. bab-bab tu memang den bijak sikit la. so suko ati den nak makan apo, nak boli apo kek koop, sumo ditanggung 100% oleh omak den! kau ado? haha. tu yo yang den goma timo skolah SHAMS, yang lain biaso2 yo. ha ado laie satu, kalau lambek datang skolah den tak kono tahan, sobab eh omak den cikgu, salahkan cikgu tu la yang datang lambat. hihi. tapi kalau time balik memang poning palo, omak den tu goma na balik lambat. so dah abes sumo kengkawan den den babaikan, baru la den balik. namo pon anak cikgu kan. huhu.


apo-apo pun, sempono Hari Ibu & Hari Guru ni, den nak buek ucapan TIMO KASIH BOBANYAK kek ibu den yang tercinto, Pn Aminah binti Rahman. ibu, AILEBIU FOREVER!!




ni la ibu den, gambar beberapa jam sobolum gi mesojid nak nikah 050609 maghin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...