Tuesday, December 28, 2010

Siapa Kata Surirumah Rilek Kat Rumah?

I'm in the cleaning process of my email account..pastu korek la balik emel 7 tahun lepas..tup tup ada banyak gile email kelakar yang dulu dah forwarded to my group..

so email ni satu kisah pasal pengorbanan isteri di rumah..hasben complaint penat pegi keje & nak rilek2 kat rumah saje..so sila baca..hihi

~MAT SI ISTERI~

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. Satu malam ~~~~ Mat berdoa,

"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.

Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,

"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,

"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh..Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya..

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai

Friday, December 17, 2010

All In Plate

cuaca KL sekarang sejukkkk bangat! hujan hujan begini memang takleh tahan diri dari bukak peti ais, cari makananlah! hehe..(girls, nanti dah kawen jangan buat perangai gini kat umah mak mertua ye! ai behave tau..kat umah sendiri boleh lah~ =P)

oh nampaknya di dalam peti ais mempunyai kombinasi dessert yang paling lazat seantero planet : CHEESE CAKE, STRAWBERRIES & VANILLA ICE CREAM! so terai main letak-letak atas piring jadiklah gini :


jangan jelessssssssssssssssssssssssssss!!

Answering Survey To Get Giveaway

wah a very interesting & simple survey created by mahamahu, suggested by my husband anyway..my husband loves reading blogs & love to give me the interesting links..(but I don't even know he reads my blog or not! =P

ok now I wanna giving my answers..please mahamahu give me the prize ya! hehe..

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?

a) Nokia
b) iPhone
c) Sony Ericsson
d) Samsung
e) LG
f) HTC
g) Blackberry
h) Motorola
i) CSL






2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?

a) Acer
b) Hp
c) Dell
d) Lenovo
e) Sony
f) Apple
g) Compaq
h) Fujitsu
i) Toshiba
j) MSI





3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?

a) Nikon
b) Sony
c) Casio
d) Canon
e) Kodak
f) Samsung
g) BenQ
h) Panasonic
i) Olympus
j) Fujifilm

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?

a) Streamyx
b) P1
c) Maxis
d) Celcom
e) Digi
f) Yes
g) Time
h) Jaring
i) U Mobile
j) Tune Talk

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekarang?

a) Zara
b) Padini/PDI
c) CK
d) AX
e) Guess
f) Adidas
g) Levi's
h) Prada
i) D&G
j) Romp
k) Soda
l) LV

m) GAP

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?

a) Starbuck
b) Old Town White Cafe
c) Mcdonald
d) KFC
e) Pizza hut
f) Chiken Rice Shop
g) Nando's
h) Dunkin Donut
i) Teppanyaki
j) Sushi King
k) Big Apple
l) Secret Recipe



7) Di manakah gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?

a) Tesco
b) Jaya Jusco
c) Giant
d) Carrefour
e) Parkson
f) Cold Storage
g) Mydin
h) Metrojaya
i) SOGO
j) ISetan

k) Ikea




8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?

a) HotFM
b) EraFM
c) SuriaFM
d) SinarFM
e) HitzFM
f) RedFM
g) ThrFM
h) FlyFM
i) MuzikFM
j) KlasikNasionalFM
k) XFM
l) IKIMFM
m) MIXFM



9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?

a) TV1
b) TV2
c) TV3
d) Ntv7
e) 8TV
f) TV9

g) Astro Ria
h) Astro Prima
i) Astro Oasis
j) Astro Citra
k) Astro Warna
l) Astro Ceria
m) AFC

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?


a) Dunhill
b) Burberrys
c) Gucci
d) Bvlgari
e) Channel
f) Calvin Klein
g) Christian Dior
h) Hugo
i) Davidoff
j) DKNY
k) D&G
l) Escada
m) Estee Lauder
n) Giorgio Armani
o) Lacoste
p) Lancome
q) Tommy Hilfiger
r) Versace
s) Ralph Lauren

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?

a) Remaja
b) Media Hiburan
c) Mangga

d) Intrend
e) Wanita
f) Pesona Pengantin
g) Hai
h) Pa & Ma
i) Maskulin
j) Majalah PC
k) Impiana
l) Arena Bola Sepak
m) Nona
n) URTV
o) Majalah Saji
p) Mastika
q) Novel

Haha korang jang sentap tengok gambar ai jadi cover majalah NONA ok! special edition tuh..bayar RM25 tau nak dapat gambar camtu time KL International Book Fair last March 2010..

ok I'm done after almost 2 hours google-ing these pictures..hihi..jangan lupe kasi hadiah k~

Thursday, December 16, 2010

Aunty Promoter JJ

arini ada JCard Sale kat Midveli..walaupun duit ai tak berkepuk2 macam dulu, tapi dek kerana sale, ai tatap mau soping groceries kt JCard Day..muahaha..biasalah list groceries nak tak nak kena ada bawang besar, buah2, sayur2, daging2, tepong cekodok, susu, dynamo, soflan bla bla bla..

dan tak lupa juga tiap kali beli groceries tak lepas nak singgah personal care nye dept..kurang2 beli colgate ke kan buat stok sambil jamu mata tengok brand syampu baru, eyeliner baru etc.

alih2 tetibe datang ilham stok facial wash dah abis..so pegi la saya ke rak pencuci muka..sekali ada promoter da..ai pantang sket ada promoter ni sebab suka nak lakukan barang dia kan..pastu congok je tengok kita pilih apa..haha..kentut kang baru ko nak blah kan? wakaka..

pastu tengah syok2 pilih, aunty promoter ni datang..

"amoi lu mau cari cuci muka ka?"

(pencuci muka la aunty!)

"lu mau try tak ini bland? manyak bagut ada loyal jelly boleh kasi kulit cantek"

(terkedu sebab kat tangan ada cap lain tapi dia sebuk cakap pasal yang ada royal jelly nih)

"lagipun aa you punya muka ada manyak kulit mati wo..nanti angkat sekali dengan scrub la boleh kasi hilang itu kulit mati" - sambil tunjuk kulit muka ai yang 'mati' tu!

(manyak cinabeng wo ini aunty kata wa punya kulit muka sudah mati)

"beli la ini boleh tahan 3 tahun wo"

gile lama 3 tahun tak abes! bersih tak muka kalu pakai secelet taik idung je? haha..and at last korang tau ape jadik? ai beli jugak pencuci muka cap GERVENNE, ROYAL JELLY & PEARL POWDER dengan harga RM10.49 sahaja..


ngeh ngeh termakan jugak aku marketing trick aunty tu! tak pernah pernah pakai cap GERVENNE ok! selama ni dok pakai HIMALAYA la, LOREAL la, CLEAN&CLEAR la, ST IVES la bla bla bla tetibe jadi penyokong Belilah Barangan Buatan Malaysia..ok ok don't underestimate Malaysian Brand..tunggu lagi 3 tahun ai kasi testimonial facial foam ni ek? kikiki

New Environment

alhamdulillah is the 1st word anyway..I have something to do in routine at last! the new environment will be away from the KL city but nearer to my dearest family at Seremban..I will report duty on next Monday and will be separate with my husband dearest..hmm..he is giving a try for this as we have only 1 car..there is another alternative by the way but he still want me to drive & stay at Seremban while he is staying with his family at Putrajaya..love u papa!

I'm hoping that the new environment is better than I have ever had before..even the salary is lower than before, but I believe this is what Allah want to give me all this while..at least I have something la kan~

Tuesday, December 14, 2010

Have To

sapa yang tak pernah berkorban angkat tangan!
tipu la kalau korang tak pernah berkorban..

sebab,
untuk dapat sesuatu, kita perlu berkorban..
sebab,
tanda hormatkan sesorang, kita perlu berkorban..
sebab,
bila orang berbudi, kita perlu berbahasa semula dengan cara berkorban..

dan
sebab saya perlu berkorban, maka berkorbanlah saya~

Friday, December 10, 2010

The New Lady Coach



adoiyai, penat designer KTM design poster cun-cun tapi si kaum adam tetap tak paham bahasa nak jugak menempek kat koc wanita ni kan! sepatutnya pihak berkuasa perlu pantau every stop so that takde sorang lelaki even abang lembut pon buleh masuk dalam koc ni..huhu..

Thursday, December 9, 2010

The Worst Interview Ever!!

huhu memang buat sakit hati je tau! semalam saya dipanggil untuk 2nd stage interview kat salah satu kolej kat Mantin, NS..(korang cariklah kolej ape ada kat Mantin yek!)

1st stage haritu last week, dapat tau ada 2nd stage bila abis je interview tu, orang HR tu kata tunggu jap ye..rasa pelik tak? selalu pas interview kan kita pepandai la balik sendiri kan? tapi ni siap kena tunggu la pulak..ok pastu orang HR tu keluar & bagitau saya dah sukses 1st interview & kena tunggu 2nd interview haritu jugak! OMG, ibu abah adik anak buah ada kat luar kolej tunggu saya abis interview okeh! (diorang amek saya kat KTM Seremban and drive me there sebab pas inteview abah nak daftarkan anak buah saya sekolah darjah 1) plus, orang HR tu kata interview will be after 5pm (time tu baru kul4pm ok!) sebab the management will be free on that time but, she said," you need to wait longer until 6.30 pm or 7.00pm because I have to check whether they free or not"..

I'm shocked anyway sebab dia boleh tahan saya macam tu sedangkan dia sendiri pon tak sure management free ke tak..buatnye tak free, tak ke sia-sia aku jadi tunggul kat situ kan? so, I decided to came over again when the management are free to the interview & I also asked her (the HR girl) to call me to confirm the date & time for the new 2nd interview..

finally last Friday the HR girl called me & asked me to come again on Wednesday, 8/12/2010 at 5.00pm..fine saya kena balik Seremban & my hasben suruh tido je kat sana sebab tak nak rush penat-penat turun naik komuter..

when the day has come, which is yesterday, saya arrived Seremban around 4.15pm tapi balik rumah dulu sebab nak perform Asar plus nak rehat-rehat dulu..then at 4.45pm, saya & ibu off to Mantin..only two of us sebab; abah-meeting, adik-ada kelas, anak buah-balik rumah nenek sana..then we arrived Mantin by 5.15 sebab hujan, jalan basah so takleh drift lah..hehe..kalau tak 15mins dah sampai ok!

sampai je kt reception kolej tu, receptionist dah takde! oh lupe pulak office hour diorang sampai 4.30pm je..so, saya mingle around kat situ dengan harapan the HR girl akan muncul dengan tetibe..haha..& harapan tu dimakbulkan oleh-Nya bila the HR girl keluar dari office & sebut nama saya..hehe..selamat!! memang hari tu hari interview sebab saya nampak ada lebih kurang 4-5 orang dalam office tu..but I am not allowed to be in sebab "seat dalam dah penuh lah..you tunggu luar ye!"

saya dah bagitau siap-siap pada ibu saya that this time will be longer..maximum to 7.00pm..ibu kata takpe, kita cuba untuk dapat kerja tu..(baik kan ibu saya? hehe..lebiu ibu!) tapi tunggu punye tunggu, pukul 6.15 dah genap sejam saya tunggu tapi tak dipanggil-panggil lagi..pastu 7.15 pon sama tak dipanggil untuk masuk lagi..dah maghrib dah, ibu nak perform maghrib tapi tak tau surau kat mana..so ibu tanya pak guard kat situ kat mana surau & ibu leaves me alone at 7.30pm..

however, I have been called to be in the office at 7.40pm..akhirnye! tapi, tu baru masuk dalam office ok belum masuk bilik interview! huhu..sabar je lah..dah la mengorbankan waktu maghrib..(ya Allah, ampunkan aku!) kat dalam office, saya disuruh tunggu di luar bilik panel interview..sangkaan meleset bila yang menginterview hanyalah seorang sahaja, di meja kerjanya, yang merupakan seorang Pengarah Eksekutif, seorang wanita, berbangsa sepet..

sementara menunggu, P.A Pengarah Eksekutif ajak saya berborak..dah kawen? dah ada anak? sorry we have to keep you longer..(sib baik ko ada budi bahasa-kalau tak memang nak kena maki lah jawabnye! pekejadah interview malam2 kan?) pastu si P.A ni bukak cerita pasal kerja kat situ..dia kata, dia tak happy kat situ..sebab? tak ada elaun, tak ada bonus, tak ada increment, tak ada company trip, tak ada OT & the most important, tiap-tiap hari kerja sampai malam! OMG, & that is not claimable ok! plus esok dia kena datang kerja macam biasa! adoi kakak, then why you still here? dia kata memang dia nak cari kerja lainni..tak tahan! ye lah, saya yang mendengar ni pon dah rasa seram dah nak kerja kat situ..

(oh lupe pulak nak bagitau candidate sebelum saya tu gadis bermata sepet juga) pastu datang sorang lagi staff (a guy) & kenalkan diri dia sebagai driver pada panel interview saya on the day..both P.A & driver tu sama bangsa dengan saya..si driver ni kata, "pernah datang interview malam-malam macam ni?" haha..saya gelak dulu sebelum geleng kepala..dia kata,"saya bukan nak cakap yang bukan-bukan lah, tapi saya rasa, kalau awak dapat kerja kat sini, awak rasa environment kat sini, kalau tak okey, awak MIA aje lah..diorang tak akan cari awak punye!"

statement pakcik tu buat saya telan air liur ok! rasa macam ada something wrong kat situ..hmm..again, pakcik tu cerita benda yang sama macam yang kakak P.A tu cerita..

finally saya faham yang environment kat situ memang tak bagus..in fact, tengok la gaya panggil interview macam mana kan? interview malam2 ape kes? so unprofessional!

jam dah pukul 8.15pm..henpon kakak P.A dah berdering-dering & saya tau yang called tu her husband..sian kan? pastu pakcik driver tu tanya, yang kat dalam tu candidate ke sedara dia? mesra semacam je..ye lah, boleh gelak-gelak besar bagai..nampak dari luar sebab pintunye berkaca..kalau orang dia memang lama sangat kat dalam tu tapi bila orang kita, kejap macam kelip mata je dah sudah! (agaknya turn saya pon kelip mata kot pakcik?)

at last, tepat 8.40 pm candidate bermata sepet keluar dari bilik Pengarah Eksekutif & perkataan pertama yang keluar dari mulut dia pada saya, "sorry (for being 1hour inside!)" sambil sengih-sengih kerang busuk! pastu saya pon buat dek je sambil masuk dalam pulak..

pastu the Exec Director said, I am hungry right now & I guess so do you..do you mind I eat this? (biskut IKO) and offer the biscuits to me..oh sorry aku tak nak termakan budi ko by eating that biscuits! (lagipun mana tau kan sebelum tu dia ada makan kerbau pendek ke kan? ee tak nak la!) ok then the interview started & she asked me a few questions while eating & munching the biscuits..oh sangat tidak beradab ok! kalau ko dah tau lapar, yang ko nak jugak interview malam-malam ni apasal? adoiyai, sabar je lah!

ok mulut pakcik driver tadi masin betul bila the lady ended the interview session less than 10 mins! gile betol! bila saya keluar pakcik tu kata, selamat!! saya pon sengih je kata selamat..haha..

so total time menunggu untuk di interview ialah 3 jam 25 minit dan tempoh interview hanyalah kurang dari 10 minit! tak paham-paham lagi tandanya tak dapat la aku post tu kentut! hahaha..jangan harap aku nak jejak kolej tu lagi! & aku ucapkan selamat mengkayakan diri sendiri!!!

Friday, December 3, 2010

Ini Pakwe Saya


hehe..right of this pic is my beloved *pakwe*..no no no, bukan pakwe a.k.a boyfriend ye, tapi itulah atok saya..kat kampung, *pakwe* dipendekkan daripada perkataan *pak tua*..hehe hanya orang-orang melaka sahaja yang memahami..

pakwe saya orang kampung je..seorang penoreh getah, bapa kepada 14 orang anak..ibu saya anak ketiga dari 14 & she is the only daughter yang berjaya ke menara gading..yang lain biasa-biasa sahaja..zaman dulu family pakwe hidup susah..ibu perlu jaga adik-adik yang ramai & struggle dalam kesusahan..& sebab itulah lahirnya pepatah, *bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian* dan sekarang nah, dapat lah kami adik beradik hidup senang tak seperti apa yang ibu alami dulu..

dalam ramai-ramai anak, ibu boleh dikategorikan sebagai feveret pakwe..apa-apa keputusan melibatkan keluarga, pakwe akan minta pendapat ibu..mungkin sebab ibu graduan UM & pakwe sangat sangat sangat berbangga dengan ibu..sampaikan kalau bercerita dengan kami cucu-cucu ni, pakwe suka cerita pasal ibu dapat belajar tinggi-tinggi..bukan setakat UM sahaja, ibu juga dapat tawaran belajar di luar negara..tapi memandangkan hidup susah, adik beradik ramai, makwe tak izinkan ibu terbang ke luar negara..so harapan pada cucu-cucunye lah..huhu..

tahun 1996/1997, ibu sekali lagi dapat tawaran ke Illinois, US..kali ni makwe & pakwe menyokong penuh tindakan ibu untuk melanjutkan pelajaran..tapi apakan daya, pada ketika itu ekonomi dunia jatuh..PM tak benarkan rakyat Malaysia ke luar negara sebab beri kesan pada ekonomi negara..sekali lagi, harapan berkubur di situ sahaja..

walaupun ibu tak ke luar negara, ibu tetap kesayangan pakwe & makwe..kalau tak balik kampung lebih 2 minggu tu mesti ada yang menelefon bagi pihak pakwe & makwe..tandanya apa kalau bukan kesayangan kan? hehe..sebab sekarang pakwe & makwe dah tak sihat sangat..tak perlu bekerja pon duit simpanan ada..(kagum dengan cara hidup pakwe)..ye lah, orang dulu-dulu suka kerja kuat..Jawa Bugis la katakan..hehe..(kantoi i keturunan Jawa!)

bila saya melarang pakwe ke kebun, katanya, "aku gi menoreh tu sebab nak berpeluh.. duk umah ni lesu-lesu badan" haa, beza tak dengan kita ni..asal cuti je, memerap kat umah..sudahnye gemok macam saya! haha..sebab tu selalu kena marah jangan makan banyak bila balik kampung..hihi..sape suruh masak asam pedas sedap2 kan? nak pulak ada ikan goreng..pehhhh, tak payah sayur pon takpe sebab saya tak makan sayur..wakaka..

ok by the way, nak mintak tolong ni..tolong doakan pakwe & makwe saya sihat walafiat ye, supaya panjang la umur diorang hendaknya..amiiinnnn...

(rindu nak balik kampung!!!!)

Tanda Tak Beri Perhatian Dalam Kelas BM!


kesalahan seperti yang telah digariskan.. salah cikgu ke tak pandai ajar anak murid? hmm..

Finally He Is A Year Older!

ok 2 December ialah semalam..(matilah kena ketuk dengan cikgu BM sebab tatabahasa tunggang langgang).. konon semalam mau kasi surprise bagai pada birthday boy tapi beliau tak kerja la pulak! so cemane nak prepare all those surprises kan? haha..so ikut aje lah flow of the day..

as usual, when it turns to a special day to both of us, memang tak leh expect ape yang dia nak buat..macam our last (baru 1st actually! haha) anniversary, I was looked & almost booked dinner for two at a hotel nearby, tapi dia sudah ada plan di minda untuk makan-makan di tempat yang ada nice view..yesza, Taman Tasik Titiwangsa! but somehow, the food is also nice plus the view is very the cantek lip lap lip lap with the breezy air from the tasik itself~

so semalam dapat buat cupcake yang tak berapa nak surprise lah kan sebab dia ada kat rumah..but before that he took me to amek angin di luar rumah (tau tak betapa heaven-nye keluar dari rumah setelah berhari-hari duduk saja di rumah menghantar suami ke kerja di pintu rumah dan menunggu hingga pukul 6 & makan bersama-sama), tengok wayang cerita *AKU TAK BODOH*..not bad, nanti lah saya review pasal movie tu yek!


wah siap ada stoberi kan? tapi cup kocik la plak ha..bantai je lah..tp tu stok semalam dik non! harini birthday boy request nak makan *sedap2* so i think cam best je nk implement idea romantik datuk k - kasi celup itu stoberi sama coklat..wihuuuuu..


tengok tu muka tak bersalah dia makan cupcake dalam kereta kan? semalam ada kenduri kat putrajaya, so that's why we can't have makan-makan sedap semalam..tapi takpe, since harini hari jumaat & esok hari bercanda-candi, saya mahu sepah-sepahkan dapur untuk main masak-masak! resepi apakah? tungguuuuuuu...

Wednesday, December 1, 2010

I Am Not Welcomed December To Come!

just because of I am still not working & doesn't generate any income at all! and now i feel like i am burdening my husband because he is always thinking how to settle all my commitments..hmm..i am not ask him to settle it by using his money, because that is my commitments!

seriously i felt useless right now just because i have nothing to do to improve myself..all my interviews are failed and i am almost give up!

plus tomorrow is my husband's birthday and i don't know what to do..

Thursday, November 25, 2010

Life Must Go On People!

yezza..life must go on peeps! walaupon sikalang asyek memetik anggur saja, tak bermaksud akan memetik sampai bila-bila..musti kasi expand itu anggur lah! haha..tu dia dah melalut..ok by the way, saya dah ada plan untuk move on instead of membesarkan badan aje di rumah..

hoyeh..saya berazam (walaupun belum tahun baru lagi), kalau saya tak dapat kerja bulan 12 ni, saya plan nak masuk kursus usahawan yang PUNB handle untuk siswazah..see, I'm going to be an entrepreneur ok! hoho..both my parents is government servant actually..so we know how the servant work hard and been paid slightly lower than business people making money! hmm..so they told us try to make money in different ways..

then we've been involved in those MLMs what so ever but we're still in the same conditions like we do before..when the situation goes to my younger sister Wada, she's not the same like most graduates do after holding their own degree..she loves being home-typed like never been home ever..haha..previously she have been more than 3 years far away from Seremban to North Malaysia, Kedah..so I thought she want to 'redeemed' her precious moments at home right after graduated..

my ibu was not happy with her then send her for tailoring courses (betul ke ni kursus menjahit? hehe) nearby..after few months she already qualified to be a tailor ok! (kalau tau dari kecik pandai menjahit tak payah susah2 hantar belajar kat UUM sana..hehe) so then my father took her to SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) to register her own business - Wada's Collection you all! haha..(lawak je..ntah ape nama tak ingat la pulak..) and now she is so busy making clothes for everyone and making money from that! oh wow I am so jealous that she don't have to wear office attire everyday & always go for meeting with the managements & also she gain more money than I have ok!

so now I am so into 'entrepreneur' mood..I pray to Allah that He will show me the way to what I am to be after this..whether MAKAN GAJI like most graduates do or MAKING OWN MONEY..ok tetibe nak layan lagu Maher Zain - Insya Allah..hehe..


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3

ok abang Maher dah cukup inspired I sekarang..so nak tengok prestasi resume di Jobstreet pastu isi borang Siswazah Perantis PUNB..tata~

Tuesday, November 23, 2010

Kekasih Gelap @ Kekasih Lama @ Cinta Pandang Pertama..

oh mintak mahap ye ter emo sikit sebab baru lepas layan drama TV1 pasal orang dah kawen tapi hasben buat hal bila jumpa kekasih lama..ini memang mendatangkan marah! haha..tak pasal-pasal dapat dosa mengutuk pelakon tu..kikiki..

perlu ke kembali ke kehidupan lama? tak bukan dari jalan gelap kembali ke jalan yang lurus..bukan bukan itu..maksud saya dulu sebelum kawen bercinta dengan orang lain tapi tup tup kawen dengan orang lain..oh ini tak kira situasi yang pompuan cun melecun atau lelaki ganteng macho etc. ye..sebabnye? kan pepatah ada kata, cinta itu buta..buta sebab bila dapat si gadis yang tak cun & hot pun dikatakan jelita bak bidadari kan? apala nasib orang tak cun..ingat, Allah jadikan manusia berpasang-pasangan..ada lelaki ada perempuan..so tak kisah la bercinta bagai nak rak 10 tahun dari bangku sekolah sekalipon, tapi kalau Allah kata itu bukan jodoh kau, so that's it! terima hakikat ko akan kawen dengan orang lain..

kekasih lama saya? oh rasanya tak perlu nak confess kat sini sebab saya ada suami yang begitu menyayangi diri ini meskipun saya mandi lambat bila dah jadi surirumah..wakaka..meskipun tempoh perkenalan yang tak lama macam orang lain, tapi tempoh 4 tahun sebelum bernikah dah cukup bagi orientasi & taklimat awal mengenai diri masing-masing..sebab? bila dah jadi suami isteri & duduk sebumbung baru kita tau behaviour pasangan kita yang sebenar..

well time bercinta tipu la kalau dah cite sume kat pasangan kita kan sebab kalau nak cerita sume kena indah-indah belaka..sume nak wangi-wangi..busuk sikit pon takleh..kena cover beb, lagi-lagi pompuan kan? musti mau jaga hati boyfren kalau tak nanti boyfren tanak kawen dengan kita..hahahaha..

bila dah jadi isteri, cite lama musti mau kasi lupa..jangan bukak cerita langsung even baru lepas terserempak dengan boyfren lama kat pasar malam ke dia add kita kat FB ke..jangan sesekali jangan! sebab? cuba kita bayangkan kalau hasben kita cite kat kita yang dia jumpa girlfren lama dia kat cafe ofis cane? ape kau rasa? rasa mau telan clorox? kau jugak yang rugi sebab nanti hasben kau kawen sama girlfren lama dia? kan?

so, sebelum kawen, atau dengan kata yang lebih tepat sebelum nikah, fikir masak-masak dengan siapa yang bakal anda hidup bersama selama-lamanya..jangan memilih ye adek-adek! sebab ko bagus sangat ke nak hensem guy gaji lebih RM5k padahal ko typist je? oh sorry contoh memang agak kasar ye adek-adek tapi Allah dah pesan, seelok-elok pasangan ialah yang sekufu dengan kita..maksud sekufu = sama taraf dari segala aspek..contoh, kalau adek-adek ada degree, make sure pasangan ada degree, kalau family pasangan orang bandar, make sure family kau pon dari bandar @ tak kampung sangat..bukan apa, kan banyak contoh kat drama TV1 & TV3 dek non! bila si isteri anak orang ada-ada, parents si isteri mahukan apa yang mereka beri kepada anak mereka, si menantu (suami) juga perlu beri perkara yang sama pada si isteri..kalau tak, tu yang jadinye ungkit mengungkit ye adek-adek! zaman bercinta memang sedap mulut berbicara saya janji akan hidup dengan awak tak kira susah atau senang..tapi bila dah kawen kau, apa yang jadik bukan seperti yang diikrarkan..

lagi satu nak kasi tips, jangan sesekali simpan gambar kekasih lama a.k.a sesiapa yang pernah bertakhta di hati anda..nah, kalau pasangan check it out macam mana? ko nak bergaduh laki bini? pastu yang si isteri dah terfikir-fikir nak mintak cerai sebab tak nak tengok lagi muka lelaki yang keparat bila malam nak nak tapi kat hati duk simpan lagi gambar-gambar lama yang boleh memanggil-manggil memori lama & bermain-main dengan emosi itu..so kalau ada simpan sila buang sekarang ye adek-adek!

eh ada lagi satu, zaman dulu-dulu kan kita suka main angkat-angkat dengan budak cute-cute..yang pompuan, nak buat jadi boyfren muda sangat..yang laki, nak buat girlfren dah sedia ada girlfren tak pon budak cute tu dah ada boyfren..nak tambah girlfren tak berani sebab takut kena marah so jalan selamat angkatlah mereka menjadi adik angkat..zaman sekolah saya dulu pakai istilah 'kedek'..so bila nampak budak baru form 1 baru masuk, berlumba-lumba nak cop si adek menjadi adek angkat..at last terangkat betul adek ko tu bila boyfren ko kebas adik kedek ko sebab adek kedek ko lagi cute kan? wahaha..

so lagi sekali diingatkan, bila dah kawen, buang semua angkat-angkat tu..nak buat hape? kalau betul la takde feel yang beriya sangat dok ingat kat adek tu tanya dah makan ke belom?, harini belajar ape? ko rasa buang masa tak nak jaga benda2 tu sume sedangkan masing-masing dah ada life sendiri..yang pompuan dah ada suami, yang lelaki dah ada isteri..hoho bila dah kawen adek-adek akan rasa cemburu dengan tu semua..kalau tak caya, kawen lah cepat..hehe..

oh saya begitu emosi dengan jalan cerita drama tu..sampai marahkan hujan sebab drama tergendala sebentar la katakan..wahaha..

p/s : nasihat-nasihat di atas diberikan berdasarkan pembacaan, pengamatan drama swasta dan sedikit pengalaman peribadi rakan-rakan, makcik-pakcik, jiran tetangga, orang kampung..hehe..

Monday, November 22, 2010

Craving For Something That Can't Be Eaten..

usually the word crave is use for feels like eating but I'm not..

but now I'm craving for Interview frens! and now I feel enough being fulltime housewife because there is no baby to take care of..hmm..

favourite website to view everyday, for jobseekers like me of course!


and there are so many links in there..so for those whore are jobless like me, have a click(s) ya!

but then, mood menunggu bulan jatuh ke riba pon sampai..tetiap hari mengharap ada HR person call & ask for an interview at their place...arghhhhhhhhhhh~

His Birthday Is Coming!

grrr, sekarang baru rasa nak pengsan bila pikir surprise apa nak kasi kat husband sebab RM tak kepuk-kepuk macam dulu..rasakan!

I got a Carlo Rino handbag on my birthday last 19th June from him..and I wore it yesterday..pastu tetibe sadis saya belek-belek handbag tu sambil cakap;

mama tak dapat nak kasi hadiah besday papa nanti..
(sebab dah miskin kan?)

pastu dia jawab;

alah, kasih sayang mama dah cukup dah untuk papa..

weh gile emo bila husband cakap camtu weh! seb baik time tu dalam tren orang tengah ramai..kalau tak mau ada adegan peluk cium di situ..wuwuwuwu..

ok rasa mau masak special-special & buat kek sendiri best tak?

Ah I Tak Kisah Pon!

oh dulu sebelum saya resign ada konflik sket la..so sempat la kena sekolah dengan top management guna coaching skills bagai..whatever! it won't effect me either~ sebab kalau menegakkan benang yang basah memang sampai bila-bila pon lembik benang tu..wawawawa..

ok satu soalan dari coach (orang yang sekolahkan I lah);

how do you release your stress?

ah memang laju je lah saya jawab I have a blog. so I left all my problems there. writing directly or indirectly about anything. I know there are a group of people that read my blog even I don't know who they are. pastu dia jawab;

awak tak rasa macam awak meluahkan perasaan dengan batu?

eh helo, different people different ways of thinking. so do I. why must I have same thinking like yours? kan? kalau pemikiran I sama macam you, maknanya I dah boleh jadi somebody in that organisation kan? in fact, you dah makan garam lebih dari I and plus, you're born 40 years ++ earlier than me..

so saya simpulkan, only bloggers know why they blogs~

Friday, November 19, 2010

Periksa Jantina Dulu Sebelum Naik Komuter Ye!


oh saya emosi gile bile cite pasal KOC WANITA KTM KOMUTER ni..adeh, ada lagi manusia yang tak paham-paham bahasa, sama ada buta warna atau buta jantina, suka-suka hati mengeksploitasi hak wanita yang terang-terangan dicipta khas untuk wanita..

nampak tak sticker ni? kaler ape? M.E.R.A.H J.A.M.B.U aka P.I.N.K. kan? manusia yang berjantina apa yang gemar dengan warna tersebut? jawab-jawab..haa, pandai pon - golongan WANITA @ PEREMPUAN @ GADIS saja yang suka kaler pink ni sebab automatically kaler pink akan melemahlembutkan peribadi anda..hehe..
ok paham tak apa yang ditulis kat situ? KOC WANITA DALAM BAHASA MALAYSIA & LADIES' COACH IN ENGLISH..kalau tak paham, pegi daftar balik diri korang kat sekolah kebangsaan supaya cikgu boleh ajar mengeja ye~

dalam hidup mesti sentiasa ada peraturan..kalau takde peraturan alamatnye huru haralah kehidupan..so sebelum naik tren mesti kena beratur dulu kat tepi supaya orang yang dalam tren boleh keluar dengan selamat..so bila diorang dah keluar segeralah anda masuk ke dalam tren supaya tak sia-sia anda berhimpit-himpit untuk pulang ke destinasi..hehe..


tapi ada jugak manusia yang tak buat tak reti, maybe dengan alasan, "alah, aku nak masuk je, nanti aku gi la koc biasa. janji aku lepas selamat masuk dalam tren ni"..haa, ni spesis pertama yang nak selamatkan diri supaya tak terlepas tren..tapi ada gak spesis yang memang kompom tak paham BM/BI sebab berbangsa nepal/bangla/myanmar..buat sebek tak bersalah je duduk sebelah pompuan..tengok gambar ni..


adoiyai..tolong ye wahai kaum lelaki..sila respek hak wanita yang telah diperuntukkan..kerajaan bukan suka-suka nak kalerkan pink kat koc ni tapi demi memelihara hak asasi wanita dari dicabuli physically & mentally..kalau kasi kerjasama kan senang! xdela blogger pompuan lain blog pasal korang lagi pasni..kannn?

p/s all pics attached is courtesy from uncle google..tengkiu uncle!!

Thursday, November 18, 2010

Bill Rancic & Giuliana DePandi

This is my very first entry about celebrities..Hollywood lagi..hehe jangan marah artis tempatan ye..sejak jadi surirumah ni biasalah ada bestfriend baru, encik TV dan puan Remote..hihi..pas bangun pagi, pas salam husband gi kerja, tidak perlu berlengah lagi untuk dapatkan dua bestfriend ini..lantas puan Remote pon tak kisah saya picit2 dia berkali-kali kalu encik TV tak mampu kasi show yang best..sampailah satu part tertekan 712 E! Channel..Giuliana & Bill reality show..and the show is all about them starting from engagement until life after marriage..


Sape tak kenal dengan couple of E! Channel host, Bill Rancic & Giuliana DePandi..Oh Bill Rancic memang awsome & handsome ya amat sampai saya melabelkan husband sebagai Bill Rancic Malaysia, boleh? haha..tapi tak sanggup la nak jadi Giuliana Malaysia plak sebab I'm not that skinny ok! hehe..

apa yang buat saya melekat dengan reality show ni ialah persamaan yang ada antara kami suami isteri - NOT YET HAVING A BABY! tapi diorang dah kawen lebih dari 3 tahun, kami baru setahun lebih..tapi, bila Giuliana & Bill jumpa specialist, the doctor give the definition of infertility - not having a baby after 1 year marriage! OMG, we're over 1 year marriage now & it means we're both in infertility problems! hmm..dah tau dah sebenarnye bila jumpa pakar PUSRAWI haritu..saje buat-buat macam baru tau..hehe..

Giuliana & Bill finally decided to do IVF (In Vitro Fertilisation) and later on Giuliana get pregnant but miscarriage on her 4th week pregnancy..alahai ciannye kan! this is not the first time I heard about the unsuccessful story of the IVF procedure actually..dah la high cost, tak berjaya pulak..hmm..btw, Giuliana need to gain weight to get pregnant and me, have to loose weight to get pregnant! very the contra between us~ haha..

my husband and I very serious in this baby issue but we've caught into financial problems since we've to pay almost RM1k for every treatment..hoho..kopak weh! so we decided to stop the consultation with specialist from PUSRAWI and continue with the medicine & supplements given while trying to find another alternatives..


and now we're thinking of going to Klinik Infertiliti,LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia)..maybe we have to undergo the same procedure like what we did at PUSRAWI but never mind, anything will do to have the precious gem~ 

do pray for us ya!

Friday, November 12, 2010

SPNB oh SPNB!

oh SPNB stands for Syarikat Perumahan Negara Berhad fyi..saya tak nak review banyak pasal corporate info company ni tapi u all boleh tengok kat sini.

so berdasarkan company profile yang meyakinkan, last June 2010, saya ada beli rumah kat Teluk Gong, Klang..murahnye boleh tahan la..RM160k ++ (after discount for bumiputera) untuk rumah teres dua tingkat..memang murah la kan kalau nak dibandingkan dengan harga-harga rumah baru kat KL & Selangor ni memang tak dapek la price cenggitu..nak nak SPNB memang develop rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia maka mereka pon membantu rakyat membeli rumah dengan harga yang berpatutan..memang kena la dengan konsep mampu milik tu..mau taknye, kalau rumah corner lot RM180k++ aje..tak sakit hati?? memang sold out la weh!
tingkat bawah
tingkat atas

ok dijadikan cerita, loan dah approved & saya dah bayar 1% down payment (itu kelebihan SPNB), & tak lama pastu lawyer SPNB pon dah panggil sign S&P (Sales & Purchase Agreement)..pastu lawyer kata tunggu 2 minggu S&P siap daripada SPNB, baru kitorg boleh dapat copy S&P tu untuk keluarkan EPF..time tu  belum puasa pon..so kira2 pertengahan puasa la kitorg akan dapat S&P tu..tapi sudahnye sampai ke hari ini, 12 NOVEMBER 2010 S&P tak siap2 lagi..adeh, there must be something wrong ni kan? hmmm...

kebetulan banker saya tu a friend of mine (saya dulu penah keje bank 7bulan, so time ni la nak berbakti pada bank balik..kuikui), dia memang selalu update kat saya pasal projek tu..nak harap orang SPNB call mintak mahap la ye..raya tahun depan pon lom tentu dia call! & kebetulan jugak adik ipar banker saya ni beli rumah sama projek dengan saya kt Teluk Gong tu..so dia selalu la tanya saya dah dapat S&P ke belum sebab adik ipar dia dah dapat..kat mana silap ni pon tak tau la..

tup tup harini tergerak hati nak call office SPNB (since sales person SPNB tak boleh harap)..tanya punya tanya, staf tu boleh cakap cenggini;

"Pasal projek kat Teluk Gong tu, kontraktor dah tarik diri. So sekarang ni management belom decide apa-apa pasal projek tu. Sama ada projek tu diteruskan atau tak belum diputuskan lagi."

WTF! ko boleh cakap tak tau diteruskan atau tak? pastu saya tanya lagi ada kemungkinan tak projek tu tak diteruskan?

"Memang ada kemungkinan projek tu tak diteruskan. Kalau betul tak diteruskan, kita akan pulang balik duit yang puan dah bayar la."

ewah ewah sedapnye mulut ko berbicara ye..ini bukan masalah pulang duit, ini masalah aku nak rumah sendiri la sengal!!!! hadoi, tanpa ragu-ragu terus saya call banker & cerita kat dia apa yang dengar dari staff SPNB tu..& dia pon dengan ala2 mulut ternganga (kot!), memang terkejut badak la macamana SPNB yang well-known developer bagus, milik penuh Kementerian Kewangan lagi, boleh jadi macam ni? memang tak masuk akal! patot la dua kali saya pegi site visit, xnampak pon celah mana naik rumahnye..jangan cakap tiang, paku & simen pon tak nampak! ini memang betul-betul mengecewakan!

so sekarang ni pon saya mati kutu tak tau nak buat apa..just mengharapkan MD SPNB boleh fikir dengan waras supaya projek Teluk Gong tu diteruskan sebab rumah ko dah sold out beb! orang nak beli, orang nak kasi duit, takkan ko tak nak buat keje??

Ye Akhirnya Saya Resign Jua..

oh yeah akhirnya saya resign jua setelah menghadapi stress sekian lama..hmm..bukan mudah nak buat keputusan sebegini..lagi-lagi bila perlu fikirkan hati & perasaan orang sekeliling..nanti kata kita membelakangkan diorang pulak kan..huhu..

harini dah 12 November 2010 sedangkan saya resign 1 November lepas..weh dah 2 minggu rupenye I jadi surirumah ok! hehe..seronok memang seronok..duk pikir keperluan diri sendiri & suami aje..tak payah pikir masalah orang lain..tak payah mengadap kerenah orang lain..tak payah pikir macamana nak buat ini, nak buat itu..

tapi itulah, ada yang kata saya degil..degil asyik ikutkan sangat emosi diri..hmm..selama ni saya dah cuba sabarkan hati & kuatkan semangat..tapi sesungguhnya saya ni insan yang lemah..tak mampu untuk bertahan lebih lama & akhirnya tertulislah jua surat perletakan jawatan itu..huhu..

hmm..bila dipikir2kan, saya pon ada komitmen sendiri yang perlu dilunaskan..kalau nak bergantung harap je kat suami, alamatnya kurus la dia..hehe..so sekarang saya sibuk mengupdate resume, apply sana-sini, tak kisah kerja apa, asalkan tidak kembali ke dunia sebelumnya..

sesungguhnya saya tahu, saya kini sedang diuji oleh-Nya..

Friday, October 29, 2010

tak macho lah!

quick update from my pink nokia@kereta..hehe..ALAMAK CAPITAL LETTER PLAK..OK XPE, NI BARU BALIK DARI LOW YATT PLAZA..NAMPAK 1 COUPLE NI VERY LOVING GITU..CIK ABANG DAH MACHO GANAS SERBA HITAM SIAP RANTAI DI LEHER.TAPI GAGAL BILA BAHU KIRI TERSANGKUT HANDBAG AWEK WEH! ADEH, TERBANG DAH MACHO SI ABANG. SAYA TAK PAHAM NAPE PERLU SANG PAKWE NAK SHOW OFF KE TAKE CARE AN YANG MELAMPAU DGN CARA MENYANDANG HANDBAG SANG AWEK? HMM..SELAMAT 100% KOT? HUHU..LUCKY ME DAPAT HUSBAND YANG TAK NAK TOLONG SANGKUT HANDBAG KT BAHU..SAJE I TANAK KASI MALU K..KANG ADA LAK BLOGGER LAIN BLOG PASAL HUSBAND HENSEM BAWAK HANDBAG BINI..HAHA..TATA!

Sunday, October 17, 2010

This Is Not Good!

Beberapa hari lepas, saya ternampak seorang pemandu perempuan mengeluarkan jari di tepi tingkap menjentik abu rokok..itu pemandangan biasa di KL saya rasa sebab dah banyak kali terserempak dengan perempuan yang breakfast dengan rokok di pagi hari..

ok that's not the issue now sebab yang saya nampak kali ni WANITA ISLAM BERTUDUNG ok! adoiyai, tepuk dahi sendiri bila nampak perempuan tu..speechless terus!

perempuan tu nampak muda, maybe in my age..(ecewah nak claim diri muda ok! hihi) & dia dengan perempuan bertudung di sebelah yang saya xpasti merokok atau tidak..the point is, dia x sedar apa yang dia buat tu boleh merosakkan masa depan dia jika dia mengandung! & sekarang dia telah berjaya merendahkan martabat dan maruah perempuan Islam bertudung bila tanpa segan silu merokok di khalayak ramai!

Alhamdulillah selama saya hidup 27 tahun ni, kawan2 & orang2 sekeliling saya tiada yang merokok..sebabnya suami saya pon tak merokok, so bila saya nampak perempuan merokok ni memang saya tak boleh terima!!!

ok saya bukan pegawai perubatan yang tahu those effects for woman..so sekarang sila klik link ni untuk tau How Does Smoking Effect Pregnant Woman..nasihat saya, udah-udahlah tu, cukup-cukuplah lelaki je yang merokok..hilang terus keayuan & ke'lemah-lembut'an bidadari syurga~

kat sini pon ada artikel pasal keburukan merokok ni..untuk si isteri, sila print & masukkan dalam envelope & letak dalam beg kerja suami ye~



Monday, October 11, 2010

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Thursday, October 7, 2010

Memang Anak Ibu & Abah!

sekarang saya dilanda pelbagai masalah..malu nak disclose pada sesiapa tapi syukur alhamdulillah saya mempunyai seorang IBU dan seorang ABAH yang sentiasa dekat di hati & di sisi saya untuk membantu di kala saya berada di dalam kesusahan..

oh bukan bermaksud saya tak berkongsi masalah ni dengan suami ye~ yang saya nak stresskan kat sini ialah relationship seorang anak perempuan dengan ibu & ayah selepas berkahwin..

kadang-kadang saya sendiri rasa nak jumpa family especially ibu & abah every week like I did time anak dara dulu..sibuk mana pun, mesti sikit2 nak balik seremban..tapi bila dah berkeluarga ni, harus fahamlah yang family in-laws pon dah jadi own family..so feeling nak ke putrajaya pon mesti membuak2 macam nak balik seremban lah ye! especially bila dah ada 3 kids in the family, woh memang rasa geram je nak main-main dengan diorang..main sepit baju pon boleh jadi bahan nyanyi ABC ok! hihi..

 haritu ada bagitau abah, "along & lan dah beli rumah dekat Klang". tapi abah jawab, "kenapa jauh sangat? along nak sewakan ek?" uik, nampak tak betapa takutnya abah saya nak kasi saya duk jauh-jauh! huhu..tapi saya jawab la cover balik, "kt area kl mana ada rumah atas tanah yang murah-murah bah. kurang2 RM300k ke atas. kalau gaji along 5 angka boleh la." selamba je saya jawab tapi gelak-gelak lah..

 abahku tercinta~

ibuku tercinta~

by the way, saya tak nak dekat dengan mana2-neither seremban nor putrajaya-just to be fair! supaya nanti saya tak de lah nak merengek2 kat suami sikit2 nak balik seremban and so do him..fair kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...