Thursday, July 22, 2010

My Shampoo Experience~

Saya memang suka tukar2 pakai syampu..sebab? a) terpengaruh dengan iklan kat tv e.g. kelapa & orkid bagus untuk rambut..bla bla bla..saya nak balik duit saya.. b) packaging & bau yang menarik e.g. zaman dulu2 ada herbal essences rose tapi skang dah xde..u know i love rose! c) word of mouth dari kengkawan e.g. klu rambut ada kelumumur pakai Head & Shoulders, klu nk rambut lembut pakai Rejoice Rich etc.



ok lets start with :





the most expensive shampoo bought ever~ RM51.90 for 250ml ok!

kekdahnye aritu teringin nak masuk saloon nak cuci rambut..sekali ramai orang da..sudahnye cite la kat amoi tu rambut akak ni jenis camne pastu dia syorkan yang ni..memang terbaekkkkk ok! lembuttttt aje..xyah conditioner pon xpe sebab alaminya dah lembut..memang highly recommended for those yang ada masalah rambut kering a.k.a kejung & berminyak kalu xcuci lebih 2 hari..ee, bucuk! kalo dah pakai syampu ni, mmg xyah sikat pon xpe..rambut yang kembang macam singa bleh kuncup macam bulu hamster ok! haha..please go & buy ye..oppss, kat hypermarket ke guardian ke memang xde..harus pegi beli kat saloon aje k!



yang ni xmahal sangat ~ RM18.90 lebih kurang..
(ni packaging lama ~ yang baru refer kat website HIMALAYA)

ok cite pasal Himalaya ni plak, terbeli masa beli supplements kat kedai dia..assuming that herbs & organics is good for life, saya pon terbeli lah syampu ni..bila pakai rambut mmg terasa bersih tapi xberapa nak lembut la..so gigih gak la pakai syampu ni sampai abis..hihi..utk rambut kering cam akak ni, i am not recommending u this~ no no no!


yang ni pon xde la mahal sangat ~ RM18.90 for 400ml..(lebih kurang la..i bukan tokey watson's ok!)

yang ni pulak ceritenya beli sebab tergoda dengan model iklan H&S kat tv..argh tau je lah model syampu sume amek stok2 ala2 rambut palsu kan..tapi still nak cuba gak..walaupun i xde masalah dandruff, beli syampu ni sebab harum ya amat bau dia..rambut pon lembut je..(tapi x selembut Schwarzkopf la ye! tengok beza prize la beb!)


yang akak pakai kaler pink ni..400ml xsampai RM10.00 pon! (ini packaging lama ye~)

Jodoh dengan Sunsilk ni xlama..2tahun je kot..tu pon pakai time study..zaman jadi student mana la ada duit nak beli syampu memahal kan..asalkan rambut bersih, wangi sket-sebat je lah..beli pon kat mydin..nak murah punye pasal! hihi..rasa2nya sunsilk zaman akak pakai ni boleh la..mesti sekarang ni performance syampu ni dah mantop sebab dapat advice profesional styler..yang ni x berani nak recommend sebab dah lama xpakai..

ok ok sudah..nampak sangat suka tukar2 syampu kan? pasni nak pegi saloon yang khas untuk perempuan bertudung..bye~ 

Wednesday, July 14, 2010

Ok Saya Faham Maksud Hikmah..

betul-betul saya dah faham maksud hikmah di sebalik sesuatu..kalau uols baca entry yang ni mesti korang faham maksud disebalik 'hikmah' tu..apa yang saya alami sekarang memang betul2 magic lah~

dear diary, I wanna confess now ~ my husband & I finally bought our own house! Alhamdulillah..one step ahead in marriage even don't have our own child..takpe takpe..Allah Maha Besar kan? Allah tau apa yang terbaik untuk kita..I mean, mungkin Allah nak kami stabil dulu serba serbi~financial, career, mentally & physically..

& now I know why..=)

Tuesday, July 13, 2010

Set Pinggan RM1299!

lumrah dunia, yang berduit nak pakai barang yang mahal aje.. kualiti katanya.. sampaikan nak makan atas set pinggan yang berharga RM1299 korang rasa melampau x? cuba buh nasi, lauk2.. koman2 kat hotel pon cecah la RM50 sepinggan.. tapi still tak boleh bandingkan dengan harga set pinggan tersebut.. tak caya ek? meh tengok meh..




pic taken from Malaysia Corelle Store

ape agaknya perasaan diorg bila pinggan ni pecah ek?

Monday, July 12, 2010

Pink Oh Pink!

memang kaler pink jadi kegilaan saya dari zaman belajar sampai sekarang..satu isu yang tak berapa nak besar ialah, harus tak kalau sape yang suka kaler pink, semestinya mempunyai keperibadian yang lemah lembut & sopan santun bagai? bukan nak kata diri sendiri berlagak jantan, tapi memandangkan saya anak sulung dalam family, saya sedikit 'kental' dari perempuan biasa..I mean 'kental' dalaman ok! haha..tapi kekadang terzahir jugak kekentalan ni e.g. ekspresi muka garang tanpa disedari & tidak begitu lembut dalam berkata2 a.k.a outspoken..tapi kekadang, saya jugak boleh jadi sangat 'kememeh' (tapi xde la nak tukar nama jadik memey ok! =D)..'kememeh' dalam loghat orang johor/melaka = cembeng/lembik/kuat nangis/ngada2 dan sewaktu dengannya..hehe..dah tua2 ni pon, kalau kena tegur dengan bos sikit, i jadi sebak you! pastu nangis lah ape lagi..haha..sampai bos ingat saya anak bongsu..potong betul mood nak kena marah~ hehe..

kalau dulu ibu abah nak belikan apa2, sikit2 nak kaler pink..xkisah la pink camne pon, asalkan pink! & bila dah keje ni ya ampun, lagilah senang nak memilih...sikit2 pink, sikit2 pink..sampai well-known pinky lah~ hihi..(psst, hadiah kawen dapat 5sets of bedsheet & all in PINK!) whoaaaa, harus dibalas dengan pink jugeklah bila diorang kawen nanti okeh!

hmm..sekarang sudah boleh berangan untuk mendeko-deko rumah sendiri dengan warna pink! (harus dari sekarang dah gedik2 dengan husband nak itu ini pink..hehe) okeh mari cuci mata dengan pink kegemaran saya!!















 




woossshhhh...agak2 boleh direalisasikan tak nanti? ok wait & see..
(tapi umah siap 2012!)

poof! asap berangan dah pecah~ back to work!

pictures courtesy from Deko Bersama Eric dan Vantage.

Sunday, July 4, 2010

Can We Have Bank Of Hollywood Malaysia Version?

aiyoh! I just watched Bank Of Hollywood on E! channel..oh my goodness! can we have this reality show in Malaysia too? if yes, I will be the one who ask for RM20K for my IVF..(so that no need to eat those pills ok!)


ok fine mesti korang tercangak-cangak apekebenda Bank Of Hollywood nih kan? rancangan ni ada 4 panels whom called BANKERS (ni orang kaya yang pemurah)..so sesape yang nak ape2, just merayu & mintak je depan bankers tu semua..xkiralah ko nak jadi penyanyi ke, nak bukak kedai ke ape ke..asalkan ko dapat 3 YES daripada 4 bankers, maknanya ko akan dapat apa yang ko mintak..

best gile kan? oh haruslah ada audition sebelum nak mintak2 ni kan..

hmmm...no comment but still wondering how rich they are to give others? hohoho..

any malaysian wanna give away your money? I just need some to clean up my ovaries so that I can pregnant~

Thursday, July 1, 2010

World Cup 2010~

as u know, World Cup will be ended soon..

oh sayalah orang pertama di dunia yang akan bersyukur sangat-sangat sebab tak perlu la berebut remote dengan suami nak tengok tv..since kami baru hidup berdua, xmampu lagi lah nak beli tv lagi satu sebab nanti masing-masing dengan dunia masing-masing..cukup-cukuplah sorang dengan laptop sorang dengan pc ngadap facebook sebelum tido..hihi..

so far, saya xde lah kecik hati bila suami ngadap bola..pandai-pandai lah saya buat keje lain ~ kemas apa yang patot atau tido dulu..huhu..& kalau saya nak tengok tv sangat-sangat pon saya buat trick~letak baju selambak depan tv dengan niat akan lipat baju depan tv sambil tengok tv..hihi..it works ok! tapi bila dengar sorakan dari rumah orang lain cepat-cepat dia capai remote untuk tukar channel bola kejap..adeh!

apa yang saya tau sekarang diorang xde game sebab dah abis game dalam group ek? lega la jugak 2 malam ni..haha..

soalan bonus : kenapa orang lelaki suka sangat tengok bola ek?
jawapan bonus : sebab pompuan suka tengok reality show!

ok fine, seri 1-1..

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

Hikmah Doa Antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita rasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita..

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...