Wednesday, June 30, 2010

Misi Kek Batik~

wahahaha..semalam a friend of mine kasi makan kek batik..ala, yang ada biskut merie kat dalam tu..ya hampun mak sodap ee lak ai! terus google resepi kek batik & nak terai la buat sendirik..sodap xsodap lain cite..nak tengok ado ghoman ko x..hehe..klu jadi bleh bisnes nih kan kan kan? (mimpi lah weh!) ok kita tengok nnt jadi ke x ek..

Wednesday, June 23, 2010

Itu Namanya Jodoh!

malam ni terrrajin sangat la pulak nak update blog..ok this time nak cakap pasal jodoh pulak..

tak tak saya bukan pakar cinta tapi saya cerita berdasarkan pengalaman hidup selama 27 tahun yang lepas..
ok saya kasi situation ek. penah tak korang pegi shopping mall ke restaurant ke yang banyak sangat couple dating2? penah tak korang mengata couple tu physically? i mean, ngata diorang tak padan lah, awek hot tapi boyfren tak hensem lalu menyimpulkan bahawa si awek mempunyai taste yang gagal..haha..ataupon boyfren hensem gilak macam fahrin (eh fahrin hensem ke? hehe) tapi bila tengok awek, ya ampon! penah tak penah tak?

eleh, jangan tipu ye..mesti penah punye! kita manusia biasa lah~

saya selalu bumped dengan situation sebegitu yang membuatkan saya berfikir-fikir bahawa Allah itu Maha Adil & Maha Bijaksana..sebab ape? sebab kalau dua2 hensem & jelita bergaya, yang stok muka ala kadar tu cane? dalam Quran pon Allah dah janjikan kejadian manusia adalah berpasang-pasangan..so tak perlu beriya2 cari pasangan yang hensem2 @ jelita bergaya ye sebab belum tentu kebahagiaan mengiringi kehenseman@kejelitaan tersebut..

kenyataannya memang manusia suka akan keindahan, tapi bila tak fikir panjang, itulah punca berlakunya penceraian..bila bini dah sedia jelita, mata lelaki lain pon terbulat sama bila tengok si isteri..masa ni sang syaitan memainkan peranan & akhirnya keluarlah ayat sebegini, "saya rasa dah tak bahagia bersama abang. lepaskanlah saya"..(ayat dalam tv ye!)

saya pernah dengar pengakuan seorang rakan lelaki yang nakal (suka kacau perempuan & gemar memainkan perasaan perempuan), "ko tengok je aku camni (nakal) tapi bila aku nak kawen nanti, confirm aku cari yang bertudung & ada ciri2 seorang isteri & ibu yang baik". saya tergamam sekejap. kalau macam ni lah gayanya, lelaki memang tau bezakan fungsi GIRLFRIEND & ISTERI!

ok dari satu segi status pulak, kalau yang keje profesional tu memang akan kawen dengan orang profesional jugak..contohnye engineer kawen ngan doctor, takpon lawyer kawen dengan accountant..contoh lain plak cleaner dengan jaga, kerani dengan p.a.r dll..nampak dengan jelas maksud perkataan SEKUFU di situ..maknanya tiada jurang status kehidupan antara suami & isteri..gaji lebih kurang je & boleh kata saling faham memahami kedudukan kewangan satu sama lain..

tapi Allah kan Maha Adil..hanya manusia terpilih sahaja yang akan Dia uji dengan cara, anak Dato' kawen dengan anak petani..lalu jadilah konflik status peribadi masing..bila si anak petani nak balik kampung, kalau anak Dato' tak nak, maybe keluarga petani akan dipinggirkan & berlarutlah kisah derhaka Si Tanggang hingga ke hujung generasi..hmm..nauzubillah..

kita perlu ingat, Allah akan pastikan apa yang ada kita, hanya yang TERBAIK sahaja..apa jua jenis kekurangan yang berlaku, percayalah, Allah hanya mahu menduga kita supaya kita lebih dekat denganNya..lumrah manusia akan meminta-minta bila berada di dalam kesusahan iaitu dengan cara berdoa apabila kita mahukan sesuatu..ketika itulah solat 5 waktu dikerjakan dengan penuh semangat & berharap agar doanya dimakbulkan..

apa yang terbaik itu datangnya daripada Allah di atas sana & yang buruk itu datang dari kelemahan saya selaku hambaNya..


Ariani @ Pasar Malam?

AMARAN : ENTRI KALI NI MUNGKIN ADA UNSUR MENUNJUK2 TAPI PLEASE BEAR IN MIND, SAYA NAK TUNJUKKAN PERBEZAAN ANTARA KUALITI @ KUANTITI..NO HEART FEELING OK!

"apasal tudung kak mira cantik je ek? takde kemot2 pon..beli kat mana?"

arini saya pakai tudung cap ARIANI original bought from ARIANI outlet@PWTC..pujian ini tidak berlaku bila saya pakai tudung cap PASAR MALAM ok!harga tudung ARIANI sah2 la buat kita pikir lebih 10kali nak beli @ tak kan? tipulah kalu tak teringin nak pakai tudung cantik & mahal cam model ARIANI, Ekin & Wardina kan? so saya pon belilah selai..kaler feveret, PINK sebab saya sure pakai selalu sebab banyak baju kaler pink..hihi..

it cost me almost RM100 just for one piece of ARIANI's..hmmm..

saya beli sebab ape? nak rasa beza antara tudung cap pasar malam, pasar tani @ what so called pasar lah! to be frank, saya memang banyak tudung cap pasar2 ni..sebab ape? MURAH, AFFORDABLE & OK lah nak buat basahan pegi keje tetiap hari..

I will summarize those PRO's & CON's ya..

1) Yakin - u'll feel it with ARIANI's not PASAR's because u wore a branded one..(tapi jangan la kasitau orang plak yang u all tengah pakai ARIANI haritu! berdosa ok..xbaik xbaik..haha)

2) Awning - ARIANI's awning won't 'kepet' even been hang with another 30 tudungs..(anggaran jek!) kalau yang PASAR plak xleh la nak berhimpit sket dengan tudung lain sebab kompom kepet..puas la kena tenyeh dengan iron plak bila nak pakai..hmm

3) Harga - cap PASAR sah2 lah sangat sangat sangat murah ok! kalau takat selai RM15, dengan RM100 dah boleh dapat 6 kaler kan? mau tak gile dik non! sebut je hijau, ada hijau pucuk pisang lah, hijau gelap lah, hijau lumut lah, hijau cair lah..jam2 tu lah kaler ni takde kaler tu takde kan? haha (akak pon terbabit sama dik!) cuba duk kat kedai ARIANI, memang lah lama kat situ sebab rambang mata tengok tudung cantik2..tapi bila tengok price tag selai, huhu...rasa cam susah plak nak pilih pink cair ke pink kepam? hmmm..

4) Kualiti Jahitan - ARIANI punye kualiti jahitan memang tak boleh dinafikan, PERFECTO! tapi bila nak beli cap PASAR, kena hati2 ye kawan2 sebab bila sarung kadang2 rasa xsedap kat muka, kat awning tu ada something wrong, maybe tersilap ukur..so with ARIANI u won't regret! =P

ok kesimpulannya begini, tak salah kalau kita nak merasa sesuatu yang berjenama, tak kisah la perfume ke, kasut ke, kereta ke hatta biskut sekali pun sebab kita takkan tau sesuatu itu berkualiti tanpa kita rasa/cuba/pakai/makan dulu sesuatu produk tersebut..ingat, YANG MURAH TAK SEMESTINYA TAK BERKUALITI & YANG MAHAL TAK SEMESTINYA BAGUS..

Wednesday, June 9, 2010

Tabiat Lelaki..

Semalam cuaca kat office ni dah macam kat Alaska..cuma tak bertukar jadi beruang kutub je lagi..hehe..bila dah sejuk-sejuk ni, organ pundi kencing pulak rajin benar memproses bahan kumuhan..pastu nak jadi cerita yang relate dengan tajuk kat atas tu, saya bergegas pegi toilet..tu tanda dah tak tahan sangat sebab malas jalan gi toilet..huhu..pastu bleh pulak ada brader sorang ni tegur dari belakang..

"mira jalan macam anak dara lah.."

dalam hati rasa macam ape masalah ko aku jalan terkepit-kepit macam anak dara plak? sedangkan aku dah tak tahan nak kencing!

so lagi sekali nak relate dengan tajuk kat atas tu, memang dah tabiat lelaki ek suka tengok pompuan jalan? by tengok pompuan jalan je ko dah tau ada dara ke x? wah, ilmu yang sangat hebat nih! no wonder ramai lelaki suka tengok pompuan jalan kan..

ok ada cerita lain pulak..zaman study dulu merupakan zaman peralihan saya dari bertudung labuh ke bertudung bawal..(don't ask me why i'm changed!) saya akan berbaju kurung/berjubah bila ke kuliah & time ko-k je pakai seluar..(plus kalau pegi mydin nak beli stok makan & toilettries!) time tu saya couple dengan classmate who is my lovely husband now, dia kata dulu budak laki suka cakap pasal punggung saya yang besar bila saya pakai seluar..nah, terang-terangan lelaki skodeng cikibambam i kan? padahal seluar yang saya pakai tak pernah la ketat sebab tak selesa..haih lelaki lelaki..

tetiba risau husband i ada tabiat macam tu ke tak ek? oh nauzubillah..tanak tanak tanak..tak baik tak baik~

ok ada lagi satu cerita pasal lelaki suka tengok kaki pompuan..nak jadi cerita, ada student datang office untuk hantar assignment..seksi meksi orangnye..pakai skirt paras lutut..yang peliknye, officemate lelaki ni boleh pulak kata, "cantik kaki dia kurus je"..padahal bini kat rumah kurus jugak! teringin nak tanya pernah puji kaki bini ko ke tak? so kesimpulannye best sangat ke kaki kurus di mata lelaki? tolong jawab sikit..

Saturday, June 5, 2010

Weh, Arini Cutilah!

kalau dah sign kontrak jadi koordinator, maknanya kalendar hidup akan ditanda setiap hari sebagai hari bekerja..

sekali lagi, HARI BEKERJA..

walaupun harini agong kasi cuti untuk rakyat Malaysia, tapi nampaknya nama saya tak termasuk dalam senarai rakyat Malaysia yang bercuti..

lecturer kasitau dia marah student kol dia pagi2..tapi nak je saya jawab, saya yang koordinator ni keje 7days a week & 24hours a day ok!
ok sekarang saya rasa nak tutup telefon & duduk rumah sahaja..since arini anniversary saya & suami, ini masa untuk kami kunci pintu, cabut wayar telefon & off handphone masing2..oh kejam sangat rasanya, silent ajelah..

*silent mode*

Thursday, June 3, 2010

How To Celebrate My 1st Anniversary?

adeh, dari pagi tadi dok pikir ape camane nak celebrate our 1st anniversary this coming 5th June 2010..rasa macam baru 3-4 bulan kawen jek! seriously cepat betul masa berlalu..

ok tanak cite lagi cemane life had been going throughout the year..nanti k!

sekarang mau buah fikiran tuan-tuan puan-puan sekalian cemana saya nak celebrate my 1st anniversary sabtu ni?

ada kasi cadangan gi dinner kt Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur..tapi bila saya google, comment sangat teruk la! so cancel~

second, cadangan gi Sunset Dinner Cruise kat Mines..yang ni memang romantik gile tapi bila tengok menu ada red wine as complement drink! gilos ok..so cancel lagi sekali~

third, another vacation to Pulau Perhentian..yang ni memang superb habis tapi since saya baru balik family trip @ Kuching & company retreat @ JB/Singapore, so badan agak kepenatan setelah berjalan-jalan melihat tempat orang..plus penat mendobi baju pon satu hal ok!

so I need another idea now..padan muka dah last minute kan?!

toloongggggggggggggg...

Angkara World Cup 2010..

musim World Cup nak sampai dah beberapa hari lagi..iklan kat tv pon sume nak kaitkan dengan bola..

BOLA BOLA BOLA..

bagi sesiapa yang punya suami yang 'GILA BOLA' seperti saya =P, sila prepare diri anda mentally & physically untuk mendengar cerita bola mereka..(plus bersedia untuk tido depan tv juga! =P)

saya tak minat langsung dengan sukan bola sepak sume nih, kecuali bila team HOBEN JANG HOBEN masuk final piala FA ke hape ntah (xtau ok!) lawan dengan KEDAH aritu, semangat HOBEN JANG HOBEN meresap dalam saraf ni..haha..ni sume angkara suami yang asyik kata 'power ke?' bila saya nyanyi lagu HOBEN JANG HOBEN.. (eh helo, mama membesar dengan lagu tu ok! dulu slalu dengar kat Radio 3 Seremban..)

ok sekarang ni sumpah satu player yang main untuk WORLD CUP pon saya xkenal..TAK BEST! (matilah kalo ada fanatik bola kat sini..wek!)

nah amek gambar tembikai yang jadi mangsa GILA BOLA..jumpa kat Carrefour Alamanda semalam..agak2 ada tak yang nak makan tembikai ni? kecuali kalo ada yang benci dengan team tu lah kan..


ntah team mana yang jadi mangsa tembikai ni..sian..=P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...