Showing posts with label my dream house. Show all posts
Showing posts with label my dream house. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Sakit Hati Dengan SPNB


tajuk nak propa aje kan? tadi gi check statistik blog, rerupenye blog ni jadi referal bila orang taip keyword tu. tak caye? cuba taip 'sakit hati dengan spnb', kompom naik blog ni. hehe. cerita sakit hati dengan spnb ni memang sampai bila saya takkan lupa, selagi spnb tak setelkan hal penangguhan pembangunan projek perumahan yang saya & husband beli.

2011 pon dah nak habes, suppose sekarang ni rumah dah 50% siap sebab SPNB janji nak serah kunci by March 2012. tapi realitinya, projek tu tak sampai 10% siap pon!

haritu kebetulan saya & suami cuti, nak gi register bersalin kat PPUM, lantas ke office SPNB lah kita. selama ni dok sms & kol person in charge memang takdenye di layan la. nak tak nak, kena terjah jugak diorang ni. terjah punye terjah, dengan perut memboyotnye lagi, tak setel jugak. jawapan yang saya nak dengar tak jugak dapat dengar. alasannya, semua staf dari jabatan tu takde la puan, sorang pegi mesyuarat, sorang outstation, sorang takde kat ofis. puiiii! ikut logik, kalau sales dept. kosong sekali pun, bawak la keluar sorang wakil corporate comm ke explain kat saya. saya just nak tau status projek tu ongoing ke, postponed ke, dibatalkan ke, itu aje. kalau tengok kat website SPNB memang dah takde lamaaa dah projek tu. maknanya??

saya ada la google orang yang senasib kena tipu dengan saya dalam projek ni. well done bro, siap buat blog taman tu lagi okeh. nah, gi baca kat sini. bro ni la rajin sesangat dok push SPNB pasal projek ni. rasakan! setiap kali ada berita terbaru pasal projek tu, memang dia update kat situ je. segala conversation dia dengan SPNB pon dia revealed kat situ.

sebelum saya & husband beli rumah ni, actually kitorang dah booking satu rumah under PKNS. rumah siap lagi. tapi entah apahal, bila tengok projek SPNB ni macam kena sedut dengan vakum plak dia punya melekat. hoi, punya berangan ada rumah sendiri time tu toksah nak cakap la weh. berangan tak sudah! tapi tu lah, Allah Maha Mengetahui kan. tak semua yang kita nak, Dia akan bagi. dulu, dengan hidup kesedihan tak sudah sebab tak boleh pregnant dapat la cover konon bila dapat beli rumah sendiri. tapi sekarang, bila saya dah boleh pregnant, projek ni dah dibatalkan pulak. takpelah, at least, saya & husband boleh hidup gembira dengan kehadiran orang baru nanti.

oh FYI, projek tu dah pon dibatalkan & SPNB akan jumpa semua pembeli Disember nanti. kenapa Disember? apsal tak Oktober? November? lantaklah, janji kitorang dapat balik deposit yang kitorang bayar. kalau dapat duit pampasan sekali pon best gak kan? rezeki baby agaknya mana tau?

so moral of the story, tak semestinya bila kita deal dengan developer gov based, projek rumah tu terjamin 100% siap & tak semestinya bila kita beli rumah dari developer yang tak established, projek tu terbengkalai. it's all about luck! sebab kan Allah dah kata, KUN FAYAKUN dalam Quran. sekali Dia kata JADI, MAKA JADILAH.

Friday, November 12, 2010

SPNB oh SPNB!

oh SPNB stands for Syarikat Perumahan Negara Berhad fyi..saya tak nak review banyak pasal corporate info company ni tapi u all boleh tengok kat sini.

so berdasarkan company profile yang meyakinkan, last June 2010, saya ada beli rumah kat Teluk Gong, Klang..murahnye boleh tahan la..RM160k ++ (after discount for bumiputera) untuk rumah teres dua tingkat..memang murah la kan kalau nak dibandingkan dengan harga-harga rumah baru kat KL & Selangor ni memang tak dapek la price cenggitu..nak nak SPNB memang develop rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia maka mereka pon membantu rakyat membeli rumah dengan harga yang berpatutan..memang kena la dengan konsep mampu milik tu..mau taknye, kalau rumah corner lot RM180k++ aje..tak sakit hati?? memang sold out la weh!
tingkat bawah
tingkat atas

ok dijadikan cerita, loan dah approved & saya dah bayar 1% down payment (itu kelebihan SPNB), & tak lama pastu lawyer SPNB pon dah panggil sign S&P (Sales & Purchase Agreement)..pastu lawyer kata tunggu 2 minggu S&P siap daripada SPNB, baru kitorg boleh dapat copy S&P tu untuk keluarkan EPF..time tu  belum puasa pon..so kira2 pertengahan puasa la kitorg akan dapat S&P tu..tapi sudahnye sampai ke hari ini, 12 NOVEMBER 2010 S&P tak siap2 lagi..adeh, there must be something wrong ni kan? hmmm...

kebetulan banker saya tu a friend of mine (saya dulu penah keje bank 7bulan, so time ni la nak berbakti pada bank balik..kuikui), dia memang selalu update kat saya pasal projek tu..nak harap orang SPNB call mintak mahap la ye..raya tahun depan pon lom tentu dia call! & kebetulan jugak adik ipar banker saya ni beli rumah sama projek dengan saya kt Teluk Gong tu..so dia selalu la tanya saya dah dapat S&P ke belum sebab adik ipar dia dah dapat..kat mana silap ni pon tak tau la..

tup tup harini tergerak hati nak call office SPNB (since sales person SPNB tak boleh harap)..tanya punya tanya, staf tu boleh cakap cenggini;

"Pasal projek kat Teluk Gong tu, kontraktor dah tarik diri. So sekarang ni management belom decide apa-apa pasal projek tu. Sama ada projek tu diteruskan atau tak belum diputuskan lagi."

WTF! ko boleh cakap tak tau diteruskan atau tak? pastu saya tanya lagi ada kemungkinan tak projek tu tak diteruskan?

"Memang ada kemungkinan projek tu tak diteruskan. Kalau betul tak diteruskan, kita akan pulang balik duit yang puan dah bayar la."

ewah ewah sedapnye mulut ko berbicara ye..ini bukan masalah pulang duit, ini masalah aku nak rumah sendiri la sengal!!!! hadoi, tanpa ragu-ragu terus saya call banker & cerita kat dia apa yang dengar dari staff SPNB tu..& dia pon dengan ala2 mulut ternganga (kot!), memang terkejut badak la macamana SPNB yang well-known developer bagus, milik penuh Kementerian Kewangan lagi, boleh jadi macam ni? memang tak masuk akal! patot la dua kali saya pegi site visit, xnampak pon celah mana naik rumahnye..jangan cakap tiang, paku & simen pon tak nampak! ini memang betul-betul mengecewakan!

so sekarang ni pon saya mati kutu tak tau nak buat apa..just mengharapkan MD SPNB boleh fikir dengan waras supaya projek Teluk Gong tu diteruskan sebab rumah ko dah sold out beb! orang nak beli, orang nak kasi duit, takkan ko tak nak buat keje??

Wednesday, July 14, 2010

Ok Saya Faham Maksud Hikmah..

betul-betul saya dah faham maksud hikmah di sebalik sesuatu..kalau uols baca entry yang ni mesti korang faham maksud disebalik 'hikmah' tu..apa yang saya alami sekarang memang betul2 magic lah~

dear diary, I wanna confess now ~ my husband & I finally bought our own house! Alhamdulillah..one step ahead in marriage even don't have our own child..takpe takpe..Allah Maha Besar kan? Allah tau apa yang terbaik untuk kita..I mean, mungkin Allah nak kami stabil dulu serba serbi~financial, career, mentally & physically..

& now I know why..=)

Monday, July 12, 2010

Pink Oh Pink!

memang kaler pink jadi kegilaan saya dari zaman belajar sampai sekarang..satu isu yang tak berapa nak besar ialah, harus tak kalau sape yang suka kaler pink, semestinya mempunyai keperibadian yang lemah lembut & sopan santun bagai? bukan nak kata diri sendiri berlagak jantan, tapi memandangkan saya anak sulung dalam family, saya sedikit 'kental' dari perempuan biasa..I mean 'kental' dalaman ok! haha..tapi kekadang terzahir jugak kekentalan ni e.g. ekspresi muka garang tanpa disedari & tidak begitu lembut dalam berkata2 a.k.a outspoken..tapi kekadang, saya jugak boleh jadi sangat 'kememeh' (tapi xde la nak tukar nama jadik memey ok! =D)..'kememeh' dalam loghat orang johor/melaka = cembeng/lembik/kuat nangis/ngada2 dan sewaktu dengannya..hehe..dah tua2 ni pon, kalau kena tegur dengan bos sikit, i jadi sebak you! pastu nangis lah ape lagi..haha..sampai bos ingat saya anak bongsu..potong betul mood nak kena marah~ hehe..

kalau dulu ibu abah nak belikan apa2, sikit2 nak kaler pink..xkisah la pink camne pon, asalkan pink! & bila dah keje ni ya ampun, lagilah senang nak memilih...sikit2 pink, sikit2 pink..sampai well-known pinky lah~ hihi..(psst, hadiah kawen dapat 5sets of bedsheet & all in PINK!) whoaaaa, harus dibalas dengan pink jugeklah bila diorang kawen nanti okeh!

hmm..sekarang sudah boleh berangan untuk mendeko-deko rumah sendiri dengan warna pink! (harus dari sekarang dah gedik2 dengan husband nak itu ini pink..hehe) okeh mari cuci mata dengan pink kegemaran saya!!















 




woossshhhh...agak2 boleh direalisasikan tak nanti? ok wait & see..
(tapi umah siap 2012!)

poof! asap berangan dah pecah~ back to work!

pictures courtesy from Deko Bersama Eric dan Vantage.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...