Monday, August 15, 2011

Congrats Lady Mira!!

kalau korang baca entry saya yang dolu-dolu mesti korang tau betapa 'seksanya' jiwa raga saya dan suami berusaha untuk mengandung. yelah, lepas dapat tau saya ada cyst kat both ovaries & rahim saya terbalik, life macam gelap kejap. plus suami pon ada problem dengan sperm count, kitorang pasrah.


pastu puas la berubat sana sini. moden, tradisional, makan pil berkoyan-koyan, minum susu kambing dua kali sehari, pegi berurut macam-macam lagi. doc suruh makan itu, kitorang makan. suruh makan ini, kitorang makan. pastu orang cakap minum air rebusan buah zuriat, puas la mencari buah tu. siap kirim-kirim dengan sesape nak gi Mekah. pastu dah dapat nak mendapatkan isi dalam masyaAllah, kena pakai lesung batu. pastu bila minum rasanya Allah je yang tahu.


pastu orang kata buat tauge guna kacang hijau. saya buat. orang suruh rebus kacang hijau & minum air rebusan. saya minum. semua saya buat sebab nak anak. sebab dah tak tahan sangat dengan soalan-soalan orang sengal yang sebok je.


merancang ke?

eh, badan nampak dah naik la. ada isi ke?

bila lagi nak ada isi ni?


soalan-soalan macam ni adalah sangat annoying tahu!!!


doc tak cadangkan buat iui/ivf sebab kitorang baru kawen setahun jagung. so usaha la mana yang boleh.


usaha dengan jumpa orang alim pon kitorang try jugak. kitorang dinasihatkan buat sunat taubat, sunat Dhuha & ada a few zikir yang kena amalkan untuk tempoh-tempoh tertentu & ada spesifik doa lepas solat. (tetibe tak ingat letak kat mana. nanti kalau jumpa saya tepek kat sini k!)


pastu jumpa orang yang ada experience yang sama & dapat mengandung, banyak nasihatkan saya supaya tak stress, jangan fikirkan sangat masalah. tapi nak buat macamana, saya ada 9 akal. kalau tak fikir yang ini, fikir yang itu. end up, sendiri yang stress kan? lagipun salah satu faktor kerja saya yang sangat stress, sampai weekend pon kena kerja. last-last saya resign. lepas resign memang legaaaaaaa. tapi stress jugak sebab takdak duit. huhu.


tapi Allah kan Maha Berkuasa. saya dapat kerja kat Seremban. so terpaksa la tinggal berjauhan dengan suami for 3 months. dia kat Putrajaya, saya kat Seremban. memadu kasih weekend je la. dugaan terhebat sepanjang perkahwinan saya rasa. tapi melalui dugaan tu lah, saya akhirnya mengandung.


-------


sekarang, saya dah mengandung 31 minggu. Alhamdulillah. nikmat yang tak terhingga.




saya tahu awak lagi 'menderita' dari saya sebelum ni. saya selalu update awak punya cycle. baca je lah walaupun tak paham apa dpui sume tu. tapi saya tahu awak sangat cekal. awak sangat tabah. dan akhirnya, segala pengorbanan & ketabahan hati awak tu berbaloi-baloi dengan berita gembira ni kan? (jap jap nak amek tisu lap air mata T_T)


semoga dengan berita gembira ini, buat awak semakin tabah untuk mengendong kandungan untuk 9bulan akan datang. saya doakan awak diberi kekuatan untuk menghadapi segala jenis alahan setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari selama 9bulan nanti.


jaga diri ye! apapon, TAHNIAH~

7 response:

Lady Mira said...

Thank you amirah... sgt terharu :)

youramirah said...

no probs. anything deal with ttc buat saya sebak tau. & saya doakan sesiapa yang ttc ni boleh conceive in anyway. Allah kan ada. just be +ve aje. btw, take care tau, esp the 1st 3months. sgt2 kritikal.

so lepas ni boleh baca entry psl pregnancy pulak. excited!

Farah Liyana said...

congrate korang berdua. tetibe kite plak cam tacing2 ~_T

SyaidaFH said...

Congrats to ladies.

Alhamdulillah. Happy for both of you. Hope dr cerita korang ni dpt buat syaida lg semangat nk lalui apa yg korang dh lalui...*nk nangis*

youramirah said...

farah : tacing kan? klu dah kawen lagi tacing ok. huhu

syaida : jgn sedeh2. Lady Mira tu dah kawen lebih 4 thn ok! ni baru dia berjaya. kuatkan semangat, baca pengalaman orang lain maybe dapat tolong kuatkan semangat. it's not only you in the circle. ada org lain gak yg faced the same problem. be strong k! (ok tetibe sebak gak~)

Capt Alias RMAF said...

Tahniah Mirah, Semoga anak itu menjadi anak yang soleh dan mendoiakan ibu bapanya. amin

Lady Mira said...

ameen capt alias.

Post a Comment

just say it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...