Thursday, February 25, 2010

What Can U Get With RM70?

duit duit duit..kalau dulu zaman sekolah dapat pegang RM10 pun dah cukup banyak dah..tapi bila dah keje ni, kt KL pulak tu, RM10 tu dah macam singgit..laju je peginye..

"yang ni berapa kak?"
"RM9.90"

see, only another 10sen to RM10 kan?? bila ada SALE sana sini, tengok je RM9.90 tak pon RM9.99 tanpa ragu-ragu terus rembat je..hidup kat KL memang macam ni..(bagi saya yang tak berada ni la..(bagi yang shopping beli bawang kt Mercato, Pavilion Bukit Bintang, sila zip mulut & gam mata anda ok!) kalau saya, pantang tau ada SALE kat mana2, saya akan cuba cari helah untuk pegi walaupun sebenarnye bila dah sampai kat sana takde benda yang menarik pon..haha..tapi kePANTANGan tu jadik bila ada duit la..kalau takde duit, bantai lepak tido kat umah je seharian pon takpe..hiiiiiiiiiiii..lumrah hidup orang tak berada memang macam ni..

ok berbalik pada tajuk entry ni, last weekend Sabtu & Ahad saya bekerja di sebelah pagi..so balik keje tu qadha tido sampai ke petang..& husband pon layan sama..(sebab musim panas ni kami berhibernasi dalam bilik aircond aje..~ masak la bil letrik tinggi bulan ni..) disebabkan kami dah banyak tido di sebelah siang, kami ibarat musang bila tibanya malam..tak boleh jadi ni..nak tengok tv, takde cite best..nak layan FB, takde benda menarik, nak layan Na O Mei series kt www.tv3.com.my pon rasa tak best..

cakap kat husband, "pa, kita jalan-jalan nak?"
"mama nak pegi mana?"
alamak, ni yang tak tau ni..tapi bila pikir-pikir, pegi uptown ke downtown ke best gak kan..
"kita pegi uptown nak?", cadang husband.
saya cakap dalam hati, "eh sama la! patut la kita kawen..haha"
"uptown? bukan bukak tengah-tengah malam ke?"
"baru bukak time-time macam ni?" tengok jam kul 9 lebih..

pastu husband saya google map jap, sebab jarang pegi so jalan pon tak familiar sangat..time ni rasa fungsi GARMIN memang hebat!

sampai-sampai kat Uptown Damansara, saya macam terkedu jap tengok ramai gak manusia yang tak tido, segar bugar macam saya..even baby-baby pon ramai ok! sanggup mak bapak diorg tolak stroller malam-malam bersempit-sempit kat situ..hish, tak sanggup saya nak bawak baby kuar malam..

ni first time saya pegi Uptown sepanjang hidup saya..pada saya, konsep Uptown ni macam pasar malam je..cuma buat tengah-tengah malam..memang sesuai benar lah untuk hujung minggu kat bandar kan..

dalam purse ada lebih kurang RM200++..tak plan nak beli apa2..tapi finally, saya 'berjaya' menghabiskan RM70 untuk barang-barang di bawah :

Crocs Alice saiz W7 hanya RM20 sahaja..
sah-sah tak ori kan..ape kes nak berkira..rembat je la..dah la comel..
sila jangan bandingkan kualiti yang ori dengan tiruan sbb lu pikirlah sendiri! =P


selendang plain for daily use..RM5 only each!
sape bleh bet saya blog mana yang ada jual selendang plain camni RM5 selai..
kalau ada, saya sedekah selai kt orang tu..hihi..(jangan la ada..hihi)
sunglass tu plak RM15 only..
bajet bila dah pakai bleh jadi ala2 Nadia Aqilah @ Nabila Huda tak?? hehehe


sling bag LV @ RM25 only..
yang ni lagi sah-sah la tak ori..
sebab yang ori mampuih kalau takde duit 4 angka, jangan mimpi nk dapat..
beli pon sebab cik abang sian tengok saya hangkut handbag mak datin bila kuar umah..

p/s cantik tak table cloth akak?? ala2 english gitu..
RM13.90 only purhased at Parkson Terminal 1, Seremban..

saya peduli hape orang mengata saya pakai barang imitate tapi ada aku kesah?? aku tak mintak duit korang ok! hehe..so total sume barang-barang tadi RM70.00 sahaja..cuba pegi midveli beli barang yang sama bleh dapat ke RM70.00? oh no no..

ok tips untuk duduk di KL jika anda hanya seorang eksekutif muda..berbelanja sejimat mungkin jika boleh..always go for SALE..hihi~


3 response:

sarah-al-idrus said...

huhu..5 benda boleh dpt dgn rm70.hee akak mmg pandai bahagikan duit.sarah ni lah yg lemah.. kdg2 satu benda je leh dpt dgn byk tuu..

youramirah said...

huhu..have to la sarah..akak tgh buat master + treatment dgn pakar sakit puan kt pusrawi..so mmg kena pandai bab2 belanja ni..kalau x, sangap la ternganga nk tunggu gaji hujung bulan..hihi..

btw, akak rasa macam nak share something ngan sarah..nnt akak emel k? tetibe rasa teruja nk dikaunseling..hehe

sarah-al-idrus said...

hehe okey my pleasure nak dgr. huhu yea sometimes kita bukan nak org tolong solvekan masalah kita.its just a matter of sharing and luahkan tu.:)

Post a Comment

just say it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...