Sunday, February 20, 2011

Hadiah Sabar

selalu kita dengar, kalau jadi something, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu. aku selalu dapat nasihat macam ni. contoh bab anak. mungkin (aku cakap mungkin sebab hanya Allah yang tahu) hidup aku yang tak stabil sekarang jadi sebab kenapa aku tak dapat anak lagi.

bayangkan kalau aku ada anak dalam waktu-waktu aku duduk berjauhan dengan suami, dengan gaji yang cukup-cukup bayar hutang, tak semewah dulu, dengan kerja yang stress. maybe aku tak dapat bring up anak aku dengan life yang sepatutnya dia dapat. ataupun aku akan menagih simpati ahli keluarga untuk menyara hidup anak itu. mungkin itu sebabnya.

lepas resign last Oct 2010, banyak interview yang ku attend. aku dapat 3 out of 7. my husband selalu kata rezeki interview aku murah. tapi tang interview je lah. haha. sebab market aku dalam education. so ipts sekarang ni kalau tak speaking, alamatnya ko akan masuk longkang.

ok sekarang aku dah kerja kat ipts yang kikis-duit-orang-sampai-muflis. ye lah, bila student-student tu grad, diorang automatically dah ada hutang sekurang-kurangnya RM83k dengan PTPTN@bank@MARA. muda-muda dah muflis. kesian.

so aku taknak terlibat dalam persekitaran yang tak sihat ni sampai bila-bila. within that time, aku ada pegi interview jugak. and on last friday, aku dapat berita gembira berganda-ganda.

berita pertama di pagi hari, aku berjaya mendapat kerja sebagai penolong pendaftar di ipts yang belum establish. bila sebut nama ipts tu, orang tak tau. kening diorang bercantum. tapi kelebihannya, jarak tempat kerja dengan rumah hanya beza 2 stesen LRT sahaja.

berita kedua aku terima di petang hari, sebelum punch card. aku dapat kerja sebagai PA pada timbalan vc di ipts yang dah establish. tak payah iklan kat tv, orang dah tau kolej tu. bas melambak-lambak, iklan besar-besaran setiap minggu di paper. gaji lebih mahal dari yang pertama. tapi kelemahannya, tempat kerja berada jauh 26km dari rumah!!

lepas tu, aku dalam dilema. bila dalam dilema ni, jawapannya istikharah la kan. dan keputusan dari istikharah tersebut, berita kedua. tapi ada lagi yang aku risau.

masa kerja aku 9pagi sampai 6petang. suamiku 8.30pagi-5.30petang. so kami akan keluar rumah pukul 8 seperti sebelum ini tapi macamana pulak time balik nanti? sebab kitorang hanya ada 1 kereta, aku akan ambil suami selepas 6 atau selepas 6.30 atau selepas 7. tahu je lah jam kat loke yew tu macamana kan? so sekali lagi aku dalam dilema.

boleh tak aku counter back pasal gaji dengan berita pertama? punca semata-mata kerana jarak tempat kerja.

atau, aku perlu berkorban masa dan tenaga demi kerjaya yang lebih terjamin?

perlu sekali lagi istikharah nampaknya.

any opinion kawan-kawan?


4 response:

azimahjais said...

apa kata bagi suami bawak kete. tapi amirah sampai tempat keje awal giler lah

youramirah said...

takdenye kak jimah oit, dia kata ni la pengorbanan namanya. maybe ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan?

berita terbaru said...

sabar ya mbak,.,

Berita Terbaru said...

sabar adalah sebagian dari pada iman

Post a Comment

just say it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...