Sunday, February 20, 2011

Manusia Memang Tak Pernah Kenal Erti Puas

huh. emo pulak tetiba. tapi bila pikir balik, hidup ni memang macam roda. so, kalau kita pernah cakap pasal sesuatu, in future kita pulak yang akan berhadapan dengan situasi tu.

situasinya sangat klise.

bila dah graduate, dah ada ijazah dalam tangan, bila purata umur graduan 23 hingga 24 tahun, orang sekeliling akan tanya;

"bila nak kawen ni? lambat-lambat nanti takut tak laku."

fine. selepas 2-3 tahun bekerja, agak-agak cukup duit untuk kawen (atau mampu buat loan untuk kawen), maka berlangsunglah majlis gilang-gemilang seperti yang orang sekeliling ingin lihat.

tapi selepas itu, orang sekeliling akan tanya pulak;

"bila nak ada anak ni? merancang ke?"

pangggg. kalau aku boleh tampar memang aku nak tampar mulut orang tu. ko ingat senang nak buat anak? kalau buat anak senang macam buat donat, hari-hari aku buat.

(tapi tu dalam situasi aku. sambung dengan situasi orang lain pulak ye.)

fine. lepas sorang anak keluar, orang sekeliling pon tanya lagi;

"bila dia nak dapat adik tu? jangan jarak sangat, nanti manja budak tu!"

kononnya dah keluar 4 anak lepas tu. orang sekeliling tanya lagi;

"takkan 4 anak je?"

ok fine bab anak. pastu anak dah besar sikit. skip 23 tahun terus la ye. agak-agak apa orang sekeliling akan tanya ek?

"bila nak ada menantu ni? teringin aku nak makan nasi minyak ko."

tengok. ilmu pasal benda-benda ni tak perlu dipelajari atau diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. ia akan berlaku sendiri. sebab? kita hanya manusia biasa, yang tak pernah puas dengan apa yang kita ada (mahupun apa yang orang lain ada).

typical human.

0 response:

Post a Comment

just say it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...