Tuesday, October 5, 2010

When You Want Two, Allah Just Give You One..

ok pasrah..selama ini saya kejar dua perkara dalam masa yang sama, but end of the day, Allah hanya benarkan saya untuk dapatkan satu sahaja..

saya ambil remeh tanggungjawab sebagai isteri..tatkala hujung minggu sepatutnya saya habiskan masa bersama suami tapi saya ralit dengan dunia yang saya pilih-menjadi seorang pelajar..satu-satunya hari cuti yang saya ada tapi saya bahagikan dengan buku, teman belajar & sibuk mendapatkan ilmu dari pensyarah..

dan juga saya pandang ringan tanggungjawab sebagai anak..kadang-kadang termimpi-mimpikan ibu/abah tanda rindu tapi saya diamkan saja..selagi boleh tak mahu dianggap anak ibu/anak abah yang manja walaupun dah bersuami dan punya keluarga sendiri..

tak lupa tanggungjawab saya sebagai rakan..saya tak sama macam orang lain yang tak sabar untuk genjoy bila tiba hujung minggu..boleh lepak & jalan-jalan & tengok wayang bersama-sama macam zaman kolej dulu..lagi-lagi selepas berkahwin, saya bataskan diri untuk tidak aktif dengan aktiviti sosial di luar bersama rakan risau kalau nanti lupa diri sudah bergelar isteri..

hmmm..saya bukan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan, malah bersyukur dengan takdir ini..Allah sedang memberi tunjuk ajar supaya saya bersabar dengan dugaan hidup..

so officially, I'm letting off the title of 'student' because Allah says I'm not strong enough to do two things at one time..hanya Dia sahaja yang mampu mengatur kehidupan kita kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..

0 response:

Post a Comment

just say it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...