Monday, May 16, 2011

Guardian Warehouse Sale

IS BACK!!




kesahnye semalam akak pegi Summit USJ, saje nak meneman hasben berjalan-jalan. pastu singgah la kejap Guardian nak beli stretch mark lotion konon, pastu dah meraba-raba dalam Guardian tu, budak sales tu sapa akak,

"cari ape kak?"


pas akak explain nak lotion untuk stretch mark bla bla, dia tunjuk la tempatnye. asal nak beli cap Pureen, tapi dah jumpe banyak cap la pulek kat situ. pastu tanya kat dia,


"selalu orang beli brand apa?"


dia tunjuk cap PALMERS COCOA BUTTER tu. pastu akak dah terkesima kejap. nak beli yang mana satu ni. kat tangan dah pegang cap Pureen ni. pastu sembang-sembang dengan dia, dia boleh kasi statement ni,


"27hb nanti kita ada warehouse sale kat atas. nanti akak datang cuba tengok ada tak brand ni time sale tu. rasanya brand ni ada dalam list sale 27hb nnt. harga time warehouse sale lagi murah kak."


so dengan pantas tangan akak hulur balik kotak Pureen tu kat dia sambil berkata tanpa rasa bersalah,


"kalu camtu ambik la balik. akak tunggu 27hb la yek!"


haha. boleh plak cenggitu kan? akak takde la terdesak sangat nak pakai stretch mark lotion tu tapi sebagai langkah berjaga-jaga, haruslah ada sebotol. kang sembang dengan member pasal stretch mark ni takde lah akak jakun sangat tak tau kan. haha.


oleh itu kawan2, mari kita ke WAREHOUSE SALE GUARDIAN @ SUMMIT USJ STARTING FROM 27TH MAY UNTIL BILA TAK TAU(budak tu tak cakap pon). HEHE.


c u there!

2 response:

Farah Farly said...

nk g gak la ^^

youramirah said...

hehe..pegi jangan tak pegi..dah gaji time tu kan..hihi

Post a Comment

just say it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...