Wednesday, October 6, 2010

Ini Serius!

ok bila saya tulis serius maknanya ini memang betul-betul serius..

serius jeles tengok kawan-kawan bergambar dengan perut buncit & pegang baby siap dengan caption "My Precious Gem"..

rasa macam saya manusia dari planet lain!! 

& why I'm still don't have that opportunity to hold my own child?

btw anniversary path ticker kat sebelah kata saya dah kawen 1 year, 4 months, 1 day..

akibat jeles = sedih ='(

Tuesday, October 5, 2010

When You Want Two, Allah Just Give You One..

ok pasrah..selama ini saya kejar dua perkara dalam masa yang sama, but end of the day, Allah hanya benarkan saya untuk dapatkan satu sahaja..

saya ambil remeh tanggungjawab sebagai isteri..tatkala hujung minggu sepatutnya saya habiskan masa bersama suami tapi saya ralit dengan dunia yang saya pilih-menjadi seorang pelajar..satu-satunya hari cuti yang saya ada tapi saya bahagikan dengan buku, teman belajar & sibuk mendapatkan ilmu dari pensyarah..

dan juga saya pandang ringan tanggungjawab sebagai anak..kadang-kadang termimpi-mimpikan ibu/abah tanda rindu tapi saya diamkan saja..selagi boleh tak mahu dianggap anak ibu/anak abah yang manja walaupun dah bersuami dan punya keluarga sendiri..

tak lupa tanggungjawab saya sebagai rakan..saya tak sama macam orang lain yang tak sabar untuk genjoy bila tiba hujung minggu..boleh lepak & jalan-jalan & tengok wayang bersama-sama macam zaman kolej dulu..lagi-lagi selepas berkahwin, saya bataskan diri untuk tidak aktif dengan aktiviti sosial di luar bersama rakan risau kalau nanti lupa diri sudah bergelar isteri..

hmmm..saya bukan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan, malah bersyukur dengan takdir ini..Allah sedang memberi tunjuk ajar supaya saya bersabar dengan dugaan hidup..

so officially, I'm letting off the title of 'student' because Allah says I'm not strong enough to do two things at one time..hanya Dia sahaja yang mampu mengatur kehidupan kita kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..

Thursday, September 30, 2010

Surrounded by Preggies!


ah, dah seminggu lebih surrounded by preggy woman..pastu a friend of mine (of course that preggy) suh laga-lagakan perut buncit dia dgn perut 'buncit' I..apekah? dia kata orang tua-tua kata, kalau orang mengandung laga perut dengan orang lum mengandung insyaAllah kalau diizinkan Allah, aura buncit tersebut berpindah perut..tapi xtau lah sejauh mana kebenarannya kan?

so pas daripada tu, bila I nampak orang mengandung je rasa macam nak hulur perut ni supaya berlaga dengan perut beliau..haha..

tapi, baru perasan la kan, dah 3-4 hari asyik terserempak dengan mak buyung je..tu yang geram tu! huhu..

moral of the story, kawan preggy I si noradila ismail yang jadi mangsa laga perut..haha..sorry del!

Wednesday, September 8, 2010

Again & Again~

saya hanyalah manusia biasa..yang pernah berjanji untuk tidak lagi cemburu dengan kelahiran cahayamata..but again, harini memang terasa sangatlah akan sunyinya tanpa kehadiran si kecil..

tak..saya tak mempertikaikan qada' & qadar Allah..tapi sesungguhnya hati kembali tersentuh bila ahli keluarga suami berkumpul di rumah mertua & SIL ralit dengan anak masing2..saya? setakat menumpang kasih sayang anak buah saje lah yang mampu..nama pun anak buah, xleh la nak sayang lebih2 sebab anak orang kan..

tapi hati kecil ni asyik tersentuh saje bila tengok husband main2 & mesra2 dengan anak buah..masa tu selalu terfikir, kan best kalau ada anak sendiri..xpayah tumpang manja dengan anak orang..huhu

oh saya dah nangis..jap nk amik tisu jap yek~

ok sambung..tinggal 2 hari je lagi nak balik kampung..oh azab ok kalau balik kampung bila kena jawab soalan ni, "nak tunggu apa lagi ni?" "tak payah la nak rancang2.." "dah ada isi belom?"

stress ok bila kat kampung kena mandi dengan soalan2 ni..cuba la tanya, "baju raya kaler ape?" "along dah kurus la sekarang"..hehe..bajet nak soalan indah2 pegi la duduk pulau indah..(tunggu la 2012 aku pindah pulau indah betul2!)

sebab cyst, aku jadi rendah diri..
sebab cyst, aku takut nak operate..
bukan apa, takut ajal sampai waktu itu..
dan tinggallah suamiku tanpa zuriat..
tapi, ajal maut kan kerja Allah mira,
ye saya tau ajal maut di tangan Allah..
tapi ya Allah,
aku redha kalau ini takdir untukku..
cuma aku mohon agar diberi kekuatan yang berpanjangan untuk menempuh hari2 mendatang..
dan aku juga bermohon padamu ya Allah,
kekalkanlah jodohku bersama suamiku,
dan berkatilah kasih sayang antara kami hingga hembusan nafas terakhir..
amiinn..

Ejaan Yang Menjengkelkan..

eewww, walaupun saya bukanlah seorang guru bahasa, tapi saya cukup geli sampai rasa menyampah bila baca komen2 & status di FB bila diorang eja perkataan yang mudah dieja, bertukar menjadi jelik & pelik.. xtau la sape yang cipta perkataan2 ni..

ye ke : yer kew
itu : itew
je : jew
cool : kewl
orang : owang
dia : dye
sedih : sedey
yang (sayang) : yunk
hai : hye
tau : taw
gedik : gewdik

oh sangat geli menaip perkataan-perkataan yang kononnya kewl itew.. tapi u all jangan kata i gewdik taw sebab dyeowang kata bila tulis macam ni nampak kewl ok! hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...