Showing posts with label papa my love. Show all posts
Showing posts with label papa my love. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Rindu Dia


semalam Dia bagitau kita, Dia kena pegi kursus 3 hari.
start Jumaat sampai Ahad, kat Kajang.
ye, Kajang sahaja. tak jauh.
tapi Dia kena tido sana since aktiviti malam pon ada.
plus nak berulang KL pon jalan dah kena block bagai.
kita pasrah.

kita kan tak biasa kena tinggal sorang-sorang ni.
lagipun dalam perut ni dah 6 bulan.
kita jadi sensitif, kita jadi ngada-ngada.
(ni pon menaip sambil meleleh air mata)

sekarang dah pukul 2.45 pagi, tapi kita tak boleh tido pon.
sebab selalu Dia ada peluk kita.
tapi malam ni Dia takde. kita tido bukak lampu bagai.
saje penuhkan katil dengan bantal 5 biji.

hari ni dah masuk Sabtu, tapi belum siang lagi.
esok pagi nak jumpa BFF, tapi tak tau la all day long ke hapa.
sebab KL kan ada BERSIH tu.
so tengok je la kalau boleh menempek dengan diorang.

nak pegi rumah PIL kat Putrajaya, jalan kena block.
tak sanggup nak redah la.
nak balik Seremban naik tren, keadaan perut tak mengizinkan.
jadiknya duduk di rumah sajalah.

kalau ada Dia kan best.
boleh duduk rumah lama-lama, bergolek depan tv sama-sama.
tapi Dia takde, kita sedih.
kita tak tau kenapa sedih sampai boleh menangis tersedu-sedu macam ni.
sebab kita, rindu Dia.
(kesat air mata sikit)

kalau Dia baca ni, kita nak Dia tau,
Mama & Baby waiting for you.
(cepat sikit Ahad please!!)


Friday, December 3, 2010

Finally He Is A Year Older!

ok 2 December ialah semalam..(matilah kena ketuk dengan cikgu BM sebab tatabahasa tunggang langgang).. konon semalam mau kasi surprise bagai pada birthday boy tapi beliau tak kerja la pulak! so cemane nak prepare all those surprises kan? haha..so ikut aje lah flow of the day..

as usual, when it turns to a special day to both of us, memang tak leh expect ape yang dia nak buat..macam our last (baru 1st actually! haha) anniversary, I was looked & almost booked dinner for two at a hotel nearby, tapi dia sudah ada plan di minda untuk makan-makan di tempat yang ada nice view..yesza, Taman Tasik Titiwangsa! but somehow, the food is also nice plus the view is very the cantek lip lap lip lap with the breezy air from the tasik itself~

so semalam dapat buat cupcake yang tak berapa nak surprise lah kan sebab dia ada kat rumah..but before that he took me to amek angin di luar rumah (tau tak betapa heaven-nye keluar dari rumah setelah berhari-hari duduk saja di rumah menghantar suami ke kerja di pintu rumah dan menunggu hingga pukul 6 & makan bersama-sama), tengok wayang cerita *AKU TAK BODOH*..not bad, nanti lah saya review pasal movie tu yek!


wah siap ada stoberi kan? tapi cup kocik la plak ha..bantai je lah..tp tu stok semalam dik non! harini birthday boy request nak makan *sedap2* so i think cam best je nk implement idea romantik datuk k - kasi celup itu stoberi sama coklat..wihuuuuu..


tengok tu muka tak bersalah dia makan cupcake dalam kereta kan? semalam ada kenduri kat putrajaya, so that's why we can't have makan-makan sedap semalam..tapi takpe, since harini hari jumaat & esok hari bercanda-candi, saya mahu sepah-sepahkan dapur untuk main masak-masak! resepi apakah? tungguuuuuuu...

Monday, November 22, 2010

His Birthday Is Coming!

grrr, sekarang baru rasa nak pengsan bila pikir surprise apa nak kasi kat husband sebab RM tak kepuk-kepuk macam dulu..rasakan!

I got a Carlo Rino handbag on my birthday last 19th June from him..and I wore it yesterday..pastu tetibe sadis saya belek-belek handbag tu sambil cakap;

mama tak dapat nak kasi hadiah besday papa nanti..
(sebab dah miskin kan?)

pastu dia jawab;

alah, kasih sayang mama dah cukup dah untuk papa..

weh gile emo bila husband cakap camtu weh! seb baik time tu dalam tren orang tengah ramai..kalau tak mau ada adegan peluk cium di situ..wuwuwuwu..

ok rasa mau masak special-special & buat kek sendiri best tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...