Beberapa hari lepas, saya ternampak seorang pemandu perempuan mengeluarkan jari di tepi tingkap menjentik abu rokok..itu pemandangan biasa di KL saya rasa sebab dah banyak kali terserempak dengan perempuan yang breakfast dengan rokok di pagi hari..
ok that's not the issue now sebab yang saya nampak kali ni WANITA ISLAM BERTUDUNG ok! adoiyai, tepuk dahi sendiri bila nampak perempuan tu..speechless terus!
perempuan tu nampak muda, maybe in my age..(ecewah nak claim diri muda ok! hihi) & dia dengan perempuan bertudung di sebelah yang saya xpasti merokok atau tidak..the point is, dia x sedar apa yang dia buat tu boleh merosakkan masa depan dia jika dia mengandung! & sekarang dia telah berjaya merendahkan martabat dan maruah perempuan Islam bertudung bila tanpa segan silu merokok di khalayak ramai!
Alhamdulillah selama saya hidup 27 tahun ni, kawan2 & orang2 sekeliling saya tiada yang merokok..sebabnya suami saya pon tak merokok, so bila saya nampak perempuan merokok ni memang saya tak boleh terima!!!
ok saya bukan pegawai perubatan yang tahu those effects for woman..so sekarang sila klik link ni untuk tau How Does Smoking Effect Pregnant Woman..nasihat saya, udah-udahlah tu, cukup-cukuplah lelaki je yang merokok..hilang terus keayuan & ke'lemah-lembut'an bidadari syurga~
kat sini pon ada artikel pasal keburukan merokok ni..untuk si isteri, sila print & masukkan dalam envelope & letak dalam beg kerja suami ye~
