Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Hadiah Sabar

selalu kita dengar, kalau jadi something, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu. aku selalu dapat nasihat macam ni. contoh bab anak. mungkin (aku cakap mungkin sebab hanya Allah yang tahu) hidup aku yang tak stabil sekarang jadi sebab kenapa aku tak dapat anak lagi.

bayangkan kalau aku ada anak dalam waktu-waktu aku duduk berjauhan dengan suami, dengan gaji yang cukup-cukup bayar hutang, tak semewah dulu, dengan kerja yang stress. maybe aku tak dapat bring up anak aku dengan life yang sepatutnya dia dapat. ataupun aku akan menagih simpati ahli keluarga untuk menyara hidup anak itu. mungkin itu sebabnya.

lepas resign last Oct 2010, banyak interview yang ku attend. aku dapat 3 out of 7. my husband selalu kata rezeki interview aku murah. tapi tang interview je lah. haha. sebab market aku dalam education. so ipts sekarang ni kalau tak speaking, alamatnya ko akan masuk longkang.

ok sekarang aku dah kerja kat ipts yang kikis-duit-orang-sampai-muflis. ye lah, bila student-student tu grad, diorang automatically dah ada hutang sekurang-kurangnya RM83k dengan PTPTN@bank@MARA. muda-muda dah muflis. kesian.

so aku taknak terlibat dalam persekitaran yang tak sihat ni sampai bila-bila. within that time, aku ada pegi interview jugak. and on last friday, aku dapat berita gembira berganda-ganda.

berita pertama di pagi hari, aku berjaya mendapat kerja sebagai penolong pendaftar di ipts yang belum establish. bila sebut nama ipts tu, orang tak tau. kening diorang bercantum. tapi kelebihannya, jarak tempat kerja dengan rumah hanya beza 2 stesen LRT sahaja.

berita kedua aku terima di petang hari, sebelum punch card. aku dapat kerja sebagai PA pada timbalan vc di ipts yang dah establish. tak payah iklan kat tv, orang dah tau kolej tu. bas melambak-lambak, iklan besar-besaran setiap minggu di paper. gaji lebih mahal dari yang pertama. tapi kelemahannya, tempat kerja berada jauh 26km dari rumah!!

lepas tu, aku dalam dilema. bila dalam dilema ni, jawapannya istikharah la kan. dan keputusan dari istikharah tersebut, berita kedua. tapi ada lagi yang aku risau.

masa kerja aku 9pagi sampai 6petang. suamiku 8.30pagi-5.30petang. so kami akan keluar rumah pukul 8 seperti sebelum ini tapi macamana pulak time balik nanti? sebab kitorang hanya ada 1 kereta, aku akan ambil suami selepas 6 atau selepas 6.30 atau selepas 7. tahu je lah jam kat loke yew tu macamana kan? so sekali lagi aku dalam dilema.

boleh tak aku counter back pasal gaji dengan berita pertama? punca semata-mata kerana jarak tempat kerja.

atau, aku perlu berkorban masa dan tenaga demi kerjaya yang lebih terjamin?

perlu sekali lagi istikharah nampaknya.

any opinion kawan-kawan?


Friday, February 18, 2011

Back To Normal

since Dec 2010, I've been separated from my husband because I have to work at Mantin, NS while he is still working at KL. sudahnya jadi weekend husband-wife lah kan. banyak betul dugaannya bila tak melekat berdua ni. ye lah, I mean I tak nampak dia, dia tak nampak I. masa awal-awal dulu memang rindu merindu nangis menangis tu biasalah ye, sebab kalau dulu tetiap malam nak tido harus peluk dia dulu pastu bila pagi sorang dah telungkup sorang dah senget ke tepi. haha.
so by the time of that, I still looking for another job that suits me better in terms of the location. I have going through lots of interviews and finally I have been offered to a new job, which is nearer from our house in KL. nak tau betapa dekatnya? alah beza 2 station LRT aje!!!! best kan?
I got the news just now, and have informed my 2 colleagues, Lit & Diana about the joy. bila diorang baca emel tu memasing dah bergonjeng, menggeletis macam beruk dapat bunga. haha. of course they are happy for me, because they also wanted to resign but need to find another job first la kan?
I have to report duty on 1st March 2011, as an assistant registrar at the ipts near pj. haha, bunyik gempak kan? of course still in education field but I am not going to liaise with students anymore. wihuuu. tapi of course kena hadap registrar la pulak. hmm. life is never easy kan?
ok then, tu je berita gembira nak kasi tau. boboi.

Thursday, December 9, 2010

The Worst Interview Ever!!

huhu memang buat sakit hati je tau! semalam saya dipanggil untuk 2nd stage interview kat salah satu kolej kat Mantin, NS..(korang cariklah kolej ape ada kat Mantin yek!)

1st stage haritu last week, dapat tau ada 2nd stage bila abis je interview tu, orang HR tu kata tunggu jap ye..rasa pelik tak? selalu pas interview kan kita pepandai la balik sendiri kan? tapi ni siap kena tunggu la pulak..ok pastu orang HR tu keluar & bagitau saya dah sukses 1st interview & kena tunggu 2nd interview haritu jugak! OMG, ibu abah adik anak buah ada kat luar kolej tunggu saya abis interview okeh! (diorang amek saya kat KTM Seremban and drive me there sebab pas inteview abah nak daftarkan anak buah saya sekolah darjah 1) plus, orang HR tu kata interview will be after 5pm (time tu baru kul4pm ok!) sebab the management will be free on that time but, she said," you need to wait longer until 6.30 pm or 7.00pm because I have to check whether they free or not"..

I'm shocked anyway sebab dia boleh tahan saya macam tu sedangkan dia sendiri pon tak sure management free ke tak..buatnye tak free, tak ke sia-sia aku jadi tunggul kat situ kan? so, I decided to came over again when the management are free to the interview & I also asked her (the HR girl) to call me to confirm the date & time for the new 2nd interview..

finally last Friday the HR girl called me & asked me to come again on Wednesday, 8/12/2010 at 5.00pm..fine saya kena balik Seremban & my hasben suruh tido je kat sana sebab tak nak rush penat-penat turun naik komuter..

when the day has come, which is yesterday, saya arrived Seremban around 4.15pm tapi balik rumah dulu sebab nak perform Asar plus nak rehat-rehat dulu..then at 4.45pm, saya & ibu off to Mantin..only two of us sebab; abah-meeting, adik-ada kelas, anak buah-balik rumah nenek sana..then we arrived Mantin by 5.15 sebab hujan, jalan basah so takleh drift lah..hehe..kalau tak 15mins dah sampai ok!

sampai je kt reception kolej tu, receptionist dah takde! oh lupe pulak office hour diorang sampai 4.30pm je..so, saya mingle around kat situ dengan harapan the HR girl akan muncul dengan tetibe..haha..& harapan tu dimakbulkan oleh-Nya bila the HR girl keluar dari office & sebut nama saya..hehe..selamat!! memang hari tu hari interview sebab saya nampak ada lebih kurang 4-5 orang dalam office tu..but I am not allowed to be in sebab "seat dalam dah penuh lah..you tunggu luar ye!"

saya dah bagitau siap-siap pada ibu saya that this time will be longer..maximum to 7.00pm..ibu kata takpe, kita cuba untuk dapat kerja tu..(baik kan ibu saya? hehe..lebiu ibu!) tapi tunggu punye tunggu, pukul 6.15 dah genap sejam saya tunggu tapi tak dipanggil-panggil lagi..pastu 7.15 pon sama tak dipanggil untuk masuk lagi..dah maghrib dah, ibu nak perform maghrib tapi tak tau surau kat mana..so ibu tanya pak guard kat situ kat mana surau & ibu leaves me alone at 7.30pm..

however, I have been called to be in the office at 7.40pm..akhirnye! tapi, tu baru masuk dalam office ok belum masuk bilik interview! huhu..sabar je lah..dah la mengorbankan waktu maghrib..(ya Allah, ampunkan aku!) kat dalam office, saya disuruh tunggu di luar bilik panel interview..sangkaan meleset bila yang menginterview hanyalah seorang sahaja, di meja kerjanya, yang merupakan seorang Pengarah Eksekutif, seorang wanita, berbangsa sepet..

sementara menunggu, P.A Pengarah Eksekutif ajak saya berborak..dah kawen? dah ada anak? sorry we have to keep you longer..(sib baik ko ada budi bahasa-kalau tak memang nak kena maki lah jawabnye! pekejadah interview malam2 kan?) pastu si P.A ni bukak cerita pasal kerja kat situ..dia kata, dia tak happy kat situ..sebab? tak ada elaun, tak ada bonus, tak ada increment, tak ada company trip, tak ada OT & the most important, tiap-tiap hari kerja sampai malam! OMG, & that is not claimable ok! plus esok dia kena datang kerja macam biasa! adoi kakak, then why you still here? dia kata memang dia nak cari kerja lainni..tak tahan! ye lah, saya yang mendengar ni pon dah rasa seram dah nak kerja kat situ..

(oh lupe pulak nak bagitau candidate sebelum saya tu gadis bermata sepet juga) pastu datang sorang lagi staff (a guy) & kenalkan diri dia sebagai driver pada panel interview saya on the day..both P.A & driver tu sama bangsa dengan saya..si driver ni kata, "pernah datang interview malam-malam macam ni?" haha..saya gelak dulu sebelum geleng kepala..dia kata,"saya bukan nak cakap yang bukan-bukan lah, tapi saya rasa, kalau awak dapat kerja kat sini, awak rasa environment kat sini, kalau tak okey, awak MIA aje lah..diorang tak akan cari awak punye!"

statement pakcik tu buat saya telan air liur ok! rasa macam ada something wrong kat situ..hmm..again, pakcik tu cerita benda yang sama macam yang kakak P.A tu cerita..

finally saya faham yang environment kat situ memang tak bagus..in fact, tengok la gaya panggil interview macam mana kan? interview malam2 ape kes? so unprofessional!

jam dah pukul 8.15pm..henpon kakak P.A dah berdering-dering & saya tau yang called tu her husband..sian kan? pastu pakcik driver tu tanya, yang kat dalam tu candidate ke sedara dia? mesra semacam je..ye lah, boleh gelak-gelak besar bagai..nampak dari luar sebab pintunye berkaca..kalau orang dia memang lama sangat kat dalam tu tapi bila orang kita, kejap macam kelip mata je dah sudah! (agaknya turn saya pon kelip mata kot pakcik?)

at last, tepat 8.40 pm candidate bermata sepet keluar dari bilik Pengarah Eksekutif & perkataan pertama yang keluar dari mulut dia pada saya, "sorry (for being 1hour inside!)" sambil sengih-sengih kerang busuk! pastu saya pon buat dek je sambil masuk dalam pulak..

pastu the Exec Director said, I am hungry right now & I guess so do you..do you mind I eat this? (biskut IKO) and offer the biscuits to me..oh sorry aku tak nak termakan budi ko by eating that biscuits! (lagipun mana tau kan sebelum tu dia ada makan kerbau pendek ke kan? ee tak nak la!) ok then the interview started & she asked me a few questions while eating & munching the biscuits..oh sangat tidak beradab ok! kalau ko dah tau lapar, yang ko nak jugak interview malam-malam ni apasal? adoiyai, sabar je lah!

ok mulut pakcik driver tadi masin betul bila the lady ended the interview session less than 10 mins! gile betol! bila saya keluar pakcik tu kata, selamat!! saya pon sengih je kata selamat..haha..

so total time menunggu untuk di interview ialah 3 jam 25 minit dan tempoh interview hanyalah kurang dari 10 minit! tak paham-paham lagi tandanya tak dapat la aku post tu kentut! hahaha..jangan harap aku nak jejak kolej tu lagi! & aku ucapkan selamat mengkayakan diri sendiri!!!

Monday, November 22, 2010

Craving For Something That Can't Be Eaten..

usually the word crave is use for feels like eating but I'm not..

but now I'm craving for Interview frens! and now I feel enough being fulltime housewife because there is no baby to take care of..hmm..

favourite website to view everyday, for jobseekers like me of course!


and there are so many links in there..so for those whore are jobless like me, have a click(s) ya!

but then, mood menunggu bulan jatuh ke riba pon sampai..tetiap hari mengharap ada HR person call & ask for an interview at their place...arghhhhhhhhhhh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...