Showing posts with label resign. Show all posts
Showing posts with label resign. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Hadiah Sabar

selalu kita dengar, kalau jadi something, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu. aku selalu dapat nasihat macam ni. contoh bab anak. mungkin (aku cakap mungkin sebab hanya Allah yang tahu) hidup aku yang tak stabil sekarang jadi sebab kenapa aku tak dapat anak lagi.

bayangkan kalau aku ada anak dalam waktu-waktu aku duduk berjauhan dengan suami, dengan gaji yang cukup-cukup bayar hutang, tak semewah dulu, dengan kerja yang stress. maybe aku tak dapat bring up anak aku dengan life yang sepatutnya dia dapat. ataupun aku akan menagih simpati ahli keluarga untuk menyara hidup anak itu. mungkin itu sebabnya.

lepas resign last Oct 2010, banyak interview yang ku attend. aku dapat 3 out of 7. my husband selalu kata rezeki interview aku murah. tapi tang interview je lah. haha. sebab market aku dalam education. so ipts sekarang ni kalau tak speaking, alamatnya ko akan masuk longkang.

ok sekarang aku dah kerja kat ipts yang kikis-duit-orang-sampai-muflis. ye lah, bila student-student tu grad, diorang automatically dah ada hutang sekurang-kurangnya RM83k dengan PTPTN@bank@MARA. muda-muda dah muflis. kesian.

so aku taknak terlibat dalam persekitaran yang tak sihat ni sampai bila-bila. within that time, aku ada pegi interview jugak. and on last friday, aku dapat berita gembira berganda-ganda.

berita pertama di pagi hari, aku berjaya mendapat kerja sebagai penolong pendaftar di ipts yang belum establish. bila sebut nama ipts tu, orang tak tau. kening diorang bercantum. tapi kelebihannya, jarak tempat kerja dengan rumah hanya beza 2 stesen LRT sahaja.

berita kedua aku terima di petang hari, sebelum punch card. aku dapat kerja sebagai PA pada timbalan vc di ipts yang dah establish. tak payah iklan kat tv, orang dah tau kolej tu. bas melambak-lambak, iklan besar-besaran setiap minggu di paper. gaji lebih mahal dari yang pertama. tapi kelemahannya, tempat kerja berada jauh 26km dari rumah!!

lepas tu, aku dalam dilema. bila dalam dilema ni, jawapannya istikharah la kan. dan keputusan dari istikharah tersebut, berita kedua. tapi ada lagi yang aku risau.

masa kerja aku 9pagi sampai 6petang. suamiku 8.30pagi-5.30petang. so kami akan keluar rumah pukul 8 seperti sebelum ini tapi macamana pulak time balik nanti? sebab kitorang hanya ada 1 kereta, aku akan ambil suami selepas 6 atau selepas 6.30 atau selepas 7. tahu je lah jam kat loke yew tu macamana kan? so sekali lagi aku dalam dilema.

boleh tak aku counter back pasal gaji dengan berita pertama? punca semata-mata kerana jarak tempat kerja.

atau, aku perlu berkorban masa dan tenaga demi kerjaya yang lebih terjamin?

perlu sekali lagi istikharah nampaknya.

any opinion kawan-kawan?


Friday, November 12, 2010

Ye Akhirnya Saya Resign Jua..

oh yeah akhirnya saya resign jua setelah menghadapi stress sekian lama..hmm..bukan mudah nak buat keputusan sebegini..lagi-lagi bila perlu fikirkan hati & perasaan orang sekeliling..nanti kata kita membelakangkan diorang pulak kan..huhu..

harini dah 12 November 2010 sedangkan saya resign 1 November lepas..weh dah 2 minggu rupenye I jadi surirumah ok! hehe..seronok memang seronok..duk pikir keperluan diri sendiri & suami aje..tak payah pikir masalah orang lain..tak payah mengadap kerenah orang lain..tak payah pikir macamana nak buat ini, nak buat itu..

tapi itulah, ada yang kata saya degil..degil asyik ikutkan sangat emosi diri..hmm..selama ni saya dah cuba sabarkan hati & kuatkan semangat..tapi sesungguhnya saya ni insan yang lemah..tak mampu untuk bertahan lebih lama & akhirnya tertulislah jua surat perletakan jawatan itu..huhu..

hmm..bila dipikir2kan, saya pon ada komitmen sendiri yang perlu dilunaskan..kalau nak bergantung harap je kat suami, alamatnya kurus la dia..hehe..so sekarang saya sibuk mengupdate resume, apply sana-sini, tak kisah kerja apa, asalkan tidak kembali ke dunia sebelumnya..

sesungguhnya saya tahu, saya kini sedang diuji oleh-Nya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...