Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Amalan Suami Isteri Untuk Hamil

hari ni saya nak share amalan saya & suami sebagai salah satu usaha untuk dapatkan anak. dapat amalan ni bila consult dengan salah sorang ustaz kat Seremban.

sebelum tu ustaz tu 'scan' saya & suami kot-kot la ada 'benda' menempel kat badan kitorang yang membuatkan saya tak dapat hamil. rupa-rupanya dalam keluarga saya ada history saka, so kat saya ada la bertapa 'benda-benda' ni tapi takde lah sampai bermaharajalela. ala-ala menumpang gitu. so bila ustaz dah clearkan, 'scan' husband pulak, alhamdulillah dia takde apa-apa. so tiba masanya untuk ustaz tu turunkan ilmu untuk dapatkan zuriat.

firstly, benda basic. solat 5 waktu jangan tinggal. cuba untuk solat di awal waktu.

secondly, lakukan solat sunat dhuha. saya percaya ramai antara kita tau solat dhuha untuk dimurahkan rezeki. so time ni la kita nak mintak rezeki kita, dalam bentuk 'zuriat'. ada banyakkkkk sangat kelebihan solat dhuha ni, tak tertaip pulak rasanya. further info boleh check SINI. rajin-rajin la google ye pasal solat dhuha ni. nak best, gi MPH, beli buku pasal solat sunat dhuha. ada banyakkkkkkk. nak seribu daya kan?

tapi ustaz ni kata, buat 2 rakaat pun dah memadai. so dalam rakaat pertama, baca SURAH DHUHA. dalam rakaat kedua, baca SURAH AL-IKHLAS. pastu dalam sujud akhir, baca doa berikut dalam hati (sila hafal ye!) :

YA ALLAH YA TUHANKU, LINDUNGILAH AKU DARI KAUM-KAUM YANG ZALIM DAN LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

YA ALLAH YA TUHANKU, KURNIAKANLAH AKU KESIHATAN YANG SEMPURNA. BERSIHKANLAH DAN BUANGKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DALAM TUBUH BADANKU.

BUKAKANLAH PINTU REZEKIKU YA ALLAH DAN MURAHKANLAH REZEKIKU. AKU JUGA BENAR-BENAR BERMOHON PADAMU YA ALLAH, KAU KURNIAKANLAH AKU ZURIAT YANG SEMPURNA DAN JADIKANLAH MEREKA SUATU HARI NANTI INSAN YANG TAAT DENGAN PERINTAHMU.

(BOLEH TAMBAH DENGAN PERMINTAAN YANG LAIN)

YA ALLAH YA TUHANKU, MAKBULKANLAH SEGALA PERMINTAAN-PERMINTAAN DAN HAJAT-HAJATKU INI. HANYA KEPADA ENGKAULAH AKU BERMOHON DAN KEPADA ENGKAU JUALAH AKU BERSERAH.

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

* doa yang sama dibaca ketika akhir sujud akhir solat dhuha, selepas solat dhuha, sujud akhir solat hajat & selepas solat hajat.

thirdly, lakukan solat hajat selepas pukul 12 malam. baca doa yang sama seperti di atas.

fourthly, selepas solat Asar, baca ayat seribu dinar 70kali non-stop. maksud non-stop, kalau confuse dah baca berapa, ulang balik sampai tepat & yakin bacaan 70 kali. bagi saya, beli counter tasbih yang tekan-tekan ada nombor tu senang sikit. sekali baca, tekan. kat mydin ada jual kat bahagian pakaian & peralatan solat. dalam kotak warna hijau. harga dalam RM8.90 kot. rupanya macam ni.
tak pun, kalau takde masa nak gi beli, amek notepad, tulis kat situ je, senang!

oh ini ayat seribu dinar ye.


ok, semua amalan-amalan ni perlu dilakukan berturutan selama 41 hari termasuk hari period. tapi waktu period, perlu sentiasa zikir,

sekurang-kurangnya 300kali sehari. dinasihatkan juga untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

pesan saya, kalau dah habis 41 hari, tak rugi kalau kita teruskan amalan ni. dapat pahala lagi. lagipun ini hanyalah sebagai salah satu usaha. kita perlu yakin Allah akan bantu kita. rezeki Allah luas, tak semestinya kita takde zuriat, Allah tak sayang kita. Allah bagi kita rezeki dalam bentuk yang lain. apapun, tak salah meminta rezeki daripada Allah. kan itu salah satu cara kita dekatkan diri dengan Allah, betul tak? semoga segala usaha kita, diberkati oleh-Nya. Amiinnnn.

Thursday, July 1, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

Hikmah Doa Antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita rasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita..

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Wednesday, June 23, 2010

Itu Namanya Jodoh!

malam ni terrrajin sangat la pulak nak update blog..ok this time nak cakap pasal jodoh pulak..

tak tak saya bukan pakar cinta tapi saya cerita berdasarkan pengalaman hidup selama 27 tahun yang lepas..
ok saya kasi situation ek. penah tak korang pegi shopping mall ke restaurant ke yang banyak sangat couple dating2? penah tak korang mengata couple tu physically? i mean, ngata diorang tak padan lah, awek hot tapi boyfren tak hensem lalu menyimpulkan bahawa si awek mempunyai taste yang gagal..haha..ataupon boyfren hensem gilak macam fahrin (eh fahrin hensem ke? hehe) tapi bila tengok awek, ya ampon! penah tak penah tak?

eleh, jangan tipu ye..mesti penah punye! kita manusia biasa lah~

saya selalu bumped dengan situation sebegitu yang membuatkan saya berfikir-fikir bahawa Allah itu Maha Adil & Maha Bijaksana..sebab ape? sebab kalau dua2 hensem & jelita bergaya, yang stok muka ala kadar tu cane? dalam Quran pon Allah dah janjikan kejadian manusia adalah berpasang-pasangan..so tak perlu beriya2 cari pasangan yang hensem2 @ jelita bergaya ye sebab belum tentu kebahagiaan mengiringi kehenseman@kejelitaan tersebut..

kenyataannya memang manusia suka akan keindahan, tapi bila tak fikir panjang, itulah punca berlakunya penceraian..bila bini dah sedia jelita, mata lelaki lain pon terbulat sama bila tengok si isteri..masa ni sang syaitan memainkan peranan & akhirnya keluarlah ayat sebegini, "saya rasa dah tak bahagia bersama abang. lepaskanlah saya"..(ayat dalam tv ye!)

saya pernah dengar pengakuan seorang rakan lelaki yang nakal (suka kacau perempuan & gemar memainkan perasaan perempuan), "ko tengok je aku camni (nakal) tapi bila aku nak kawen nanti, confirm aku cari yang bertudung & ada ciri2 seorang isteri & ibu yang baik". saya tergamam sekejap. kalau macam ni lah gayanya, lelaki memang tau bezakan fungsi GIRLFRIEND & ISTERI!

ok dari satu segi status pulak, kalau yang keje profesional tu memang akan kawen dengan orang profesional jugak..contohnye engineer kawen ngan doctor, takpon lawyer kawen dengan accountant..contoh lain plak cleaner dengan jaga, kerani dengan p.a.r dll..nampak dengan jelas maksud perkataan SEKUFU di situ..maknanya tiada jurang status kehidupan antara suami & isteri..gaji lebih kurang je & boleh kata saling faham memahami kedudukan kewangan satu sama lain..

tapi Allah kan Maha Adil..hanya manusia terpilih sahaja yang akan Dia uji dengan cara, anak Dato' kawen dengan anak petani..lalu jadilah konflik status peribadi masing..bila si anak petani nak balik kampung, kalau anak Dato' tak nak, maybe keluarga petani akan dipinggirkan & berlarutlah kisah derhaka Si Tanggang hingga ke hujung generasi..hmm..nauzubillah..

kita perlu ingat, Allah akan pastikan apa yang ada kita, hanya yang TERBAIK sahaja..apa jua jenis kekurangan yang berlaku, percayalah, Allah hanya mahu menduga kita supaya kita lebih dekat denganNya..lumrah manusia akan meminta-minta bila berada di dalam kesusahan iaitu dengan cara berdoa apabila kita mahukan sesuatu..ketika itulah solat 5 waktu dikerjakan dengan penuh semangat & berharap agar doanya dimakbulkan..

apa yang terbaik itu datangnya daripada Allah di atas sana & yang buruk itu datang dari kelemahan saya selaku hambaNya..


Tuesday, May 18, 2010

Positive Mind~

baru 5 saat dapat news a friend of mine dah pregnant.. (nikah 6 bulan lepas I ok!) tapi sekarang I dah tak kisah sangat dah & tak jeles sangat bila tau orang lain pregnant..Allah tau apa yang terbaik untuk diri & kehidupan kita kan..

of course, if I list everything, banyak yang lompang sana sini..
semuanya tak stabil lagi..plus dengan working days 6 hari seminggu, makanya memang rehat tak pernah cukup setakat ni..

mungkin korang kata aku gila sebab bangla pon cuti sabtu ahad kan..tapi sebab bangla cuti lah aku kena keje..wakaka..

ok sekarang sudah berjaya menepis anasir-anasir cemburu tengok orang lain pregnant sebab saya tahu Allah Maha Adil & Maha Mengetahui..


mungkin Allah nak kasi chance berkepit 24/7..
atau mungkin Allah nak kasi chance kitorang beli rumah baru..
atau mungkin Allah nak kasi chance kitorang merasa naik kereta Kia Forte baru..
atau mungkin Allah nak kasi chance kitorang langsai hutang dulu..
atau mungkin Allah nak kasi chance kitorang dapat kerja yang stabil..
atau mungkin Allah ada sebab yang tersendiri kenapa kitorang takde anak lagi..

so, now I am positive minded already!! =P

p/s kejap aku, kejap I, kejap saya > teruja dengan ekspresi diri..=)

Thursday, March 4, 2010

Aamiinnn...

seorang rakan saya, juga seorang ustaz menyatakan di Facebook bahawa beliau mendoakan supaya saya dapat mengandung & meminta saya agar mengaminkan doa beliau..

ok mohon belas ihsan anda semua mendoakan perkara yang sama & mengamiinkan doa ustaz tersebut..

aamiinnn..syukran jazilan ya akhi wa akhawat..

Monday, October 26, 2009

Untuk Suamiku..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu

Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu


Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..


Amin,amin Ya Rabbal Allamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...