Showing posts with label perihal lelaki. Show all posts
Showing posts with label perihal lelaki. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Tak Malu

kejadian berlaku lunch time tadik. turun agak lambat sikit mengenangkan cik saintis sibuk menggodek tikus di makmal beliau. kitorang tiba cafe lebih kurang 1.30 tengahari. work station saya betul-betul sebelah tingkap, so dengar la dah azan 2 kali. harini kan jumaat. ok ingat dalam kepala, dah azan 2 kali. saje nak tengok kat cafe 'lelaki-lelaki berbaju melayu' yang sibuk makan time lelaki-lelaki lain jalan laju-laju ke masjid untuk solat jumaat.


hokey, dah sampai cafe mata saya dah nampak ada sekumpulan lelaki-lelaki yang dimaksudkan tadi. hadoi la cik abang, azan dah dua kali dah. takkan nak tunggu imam dah angkat takbir baru nak lepaskan sudu garfu? serius spesis takleh buat calon suami tau!


bila dah pilih-pilih makanan, cik saintis tanya nak duk mana. saya saje spot kat meja sebaris dengan lelaki-lelaki itu. pastu dah letak pinggan, saje buat-buat tengok jam. dah 1.40 ye! pastu pas 5 minit camtu, perasan ada yang bangun. tapi boleh pulak tinggal lagi 2 orang lelaki ini masih berselera menghadap kuetiaw goreng. hai la cik abang, camni ke nak pimpin keluarga?


saya takde la cakap lelebih, takut nanti berbalik pada ahli keluarga sendiri. nauzubillah! tapi, kot iye pon ko tanak gi solat jumaat, gi la menyorok dalam tandas boleh? ini tak, sendiri bikin malu la bang!

Wednesday, June 9, 2010

Tabiat Lelaki..

Semalam cuaca kat office ni dah macam kat Alaska..cuma tak bertukar jadi beruang kutub je lagi..hehe..bila dah sejuk-sejuk ni, organ pundi kencing pulak rajin benar memproses bahan kumuhan..pastu nak jadi cerita yang relate dengan tajuk kat atas tu, saya bergegas pegi toilet..tu tanda dah tak tahan sangat sebab malas jalan gi toilet..huhu..pastu bleh pulak ada brader sorang ni tegur dari belakang..

"mira jalan macam anak dara lah.."

dalam hati rasa macam ape masalah ko aku jalan terkepit-kepit macam anak dara plak? sedangkan aku dah tak tahan nak kencing!

so lagi sekali nak relate dengan tajuk kat atas tu, memang dah tabiat lelaki ek suka tengok pompuan jalan? by tengok pompuan jalan je ko dah tau ada dara ke x? wah, ilmu yang sangat hebat nih! no wonder ramai lelaki suka tengok pompuan jalan kan..

ok ada cerita lain pulak..zaman study dulu merupakan zaman peralihan saya dari bertudung labuh ke bertudung bawal..(don't ask me why i'm changed!) saya akan berbaju kurung/berjubah bila ke kuliah & time ko-k je pakai seluar..(plus kalau pegi mydin nak beli stok makan & toilettries!) time tu saya couple dengan classmate who is my lovely husband now, dia kata dulu budak laki suka cakap pasal punggung saya yang besar bila saya pakai seluar..nah, terang-terangan lelaki skodeng cikibambam i kan? padahal seluar yang saya pakai tak pernah la ketat sebab tak selesa..haih lelaki lelaki..

tetiba risau husband i ada tabiat macam tu ke tak ek? oh nauzubillah..tanak tanak tanak..tak baik tak baik~

ok ada lagi satu cerita pasal lelaki suka tengok kaki pompuan..nak jadi cerita, ada student datang office untuk hantar assignment..seksi meksi orangnye..pakai skirt paras lutut..yang peliknye, officemate lelaki ni boleh pulak kata, "cantik kaki dia kurus je"..padahal bini kat rumah kurus jugak! teringin nak tanya pernah puji kaki bini ko ke tak? so kesimpulannye best sangat ke kaki kurus di mata lelaki? tolong jawab sikit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...