Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Mati Itu Pasti

baru terima berita kematian nenek saudara sebelah hasben yang sempat kami ziarahi semalam. ekceli dari semalam lagi hati jadi serba salah & tak sedap sebab berada dalam suasana yang 'tak sihat'. maksud saya, nenek tu dah terlantar 3 minggu atas katil saje. & semalam dia ada cakap,


pak imam dah ada kat luar. nanti dia masuk.


maksudnya sendiri paham-paham la kan? pastu malam tadi saya bermimpi berada di kalangan jenazah-jenazah yang saya tahu salah seorang daripada jenazah itu orang yang saya kenal. siap tagging no.18 lagi. Al-Fathihah saya tak putus-putus dalam mimpi tu.


bangun pagi rasa macam nak cakap pada hasben tapi macam tak sampai hati pulak. tup-tup, sign yang saya terima daripada mimpi malam tadi ternyata benar-benar berlaku. tadi hasben kol bagitau dia OTW balik dengan my FIL. selalu bab berjalan ni saya mesti nak mengekor sekali tapi this time saya rasa dengan keadaan mengandung ni rasanya tak sesuai untuk saya berada dalam situasi tu.


apa pun, Al-Fatihah untuk puan.


sesungguhnya mati itu pasti. dah ready?

Friday, December 3, 2010

Ini Pakwe Saya


hehe..right of this pic is my beloved *pakwe*..no no no, bukan pakwe a.k.a boyfriend ye, tapi itulah atok saya..kat kampung, *pakwe* dipendekkan daripada perkataan *pak tua*..hehe hanya orang-orang melaka sahaja yang memahami..

pakwe saya orang kampung je..seorang penoreh getah, bapa kepada 14 orang anak..ibu saya anak ketiga dari 14 & she is the only daughter yang berjaya ke menara gading..yang lain biasa-biasa sahaja..zaman dulu family pakwe hidup susah..ibu perlu jaga adik-adik yang ramai & struggle dalam kesusahan..& sebab itulah lahirnya pepatah, *bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian* dan sekarang nah, dapat lah kami adik beradik hidup senang tak seperti apa yang ibu alami dulu..

dalam ramai-ramai anak, ibu boleh dikategorikan sebagai feveret pakwe..apa-apa keputusan melibatkan keluarga, pakwe akan minta pendapat ibu..mungkin sebab ibu graduan UM & pakwe sangat sangat sangat berbangga dengan ibu..sampaikan kalau bercerita dengan kami cucu-cucu ni, pakwe suka cerita pasal ibu dapat belajar tinggi-tinggi..bukan setakat UM sahaja, ibu juga dapat tawaran belajar di luar negara..tapi memandangkan hidup susah, adik beradik ramai, makwe tak izinkan ibu terbang ke luar negara..so harapan pada cucu-cucunye lah..huhu..

tahun 1996/1997, ibu sekali lagi dapat tawaran ke Illinois, US..kali ni makwe & pakwe menyokong penuh tindakan ibu untuk melanjutkan pelajaran..tapi apakan daya, pada ketika itu ekonomi dunia jatuh..PM tak benarkan rakyat Malaysia ke luar negara sebab beri kesan pada ekonomi negara..sekali lagi, harapan berkubur di situ sahaja..

walaupun ibu tak ke luar negara, ibu tetap kesayangan pakwe & makwe..kalau tak balik kampung lebih 2 minggu tu mesti ada yang menelefon bagi pihak pakwe & makwe..tandanya apa kalau bukan kesayangan kan? hehe..sebab sekarang pakwe & makwe dah tak sihat sangat..tak perlu bekerja pon duit simpanan ada..(kagum dengan cara hidup pakwe)..ye lah, orang dulu-dulu suka kerja kuat..Jawa Bugis la katakan..hehe..(kantoi i keturunan Jawa!)

bila saya melarang pakwe ke kebun, katanya, "aku gi menoreh tu sebab nak berpeluh.. duk umah ni lesu-lesu badan" haa, beza tak dengan kita ni..asal cuti je, memerap kat umah..sudahnye gemok macam saya! haha..sebab tu selalu kena marah jangan makan banyak bila balik kampung..hihi..sape suruh masak asam pedas sedap2 kan? nak pulak ada ikan goreng..pehhhh, tak payah sayur pon takpe sebab saya tak makan sayur..wakaka..

ok by the way, nak mintak tolong ni..tolong doakan pakwe & makwe saya sihat walafiat ye, supaya panjang la umur diorang hendaknya..amiiinnnn...

(rindu nak balik kampung!!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...