Showing posts with label tips cintan cintun. Show all posts
Showing posts with label tips cintan cintun. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Cantiknya Seorang Isteri

semalam kan saya me'lepak' dengan BFF kat gerai dia. jiran sebelah gerai dia jual kain pasang. memang cantek-cantek lah. tapi since memboyot ni, takde la sior nak pikir baju kurung ke kebaya ke sebab tau tak muat kan. plus, stok kain pasang ada lagi yang tak terbuat. so, saya just tengok gitu-gitu je kainnya.


satu masa datang sorang lelaki ni. macam biasa la mulut peniaga harus manis kan. akak ni kata lah,


ha Mr.X, meh la beli kain pasang untuk isteri buat baju raya nanti. cantik-cantik kain ni. kalau isteri Mr.X pakai mesti cantik.


gitu la lebih kurang ayatnya. pastu boleh pulak Mr.X ni jawab gini,


alah, bini aku bukan cantik sangat pon nak pakai baju-baju macam ni.


kitorang yang dengar ni tergamam kejap. perlu ke seorang suami berkata begitu tentang isteri yang telah melahirkan zuriatnya sendiri? walaupun isteri ko tak berapa 'cantik' pon, tak perlu rasanya berkata begitu di depan orang ramai.


apa maksud sebenar cantiknya seorang isteri di mata suami sebenarnya? cantik di wajah? cantik bentuk badan? cantik budi bahasa? bab ni kita sebagai seorang isteri kena tanya pihak suami la kot. tapi sebelum tu kena tengok cermin dulu la ye, tengok diri sendiri cantik ke tidak? hihi.


sebab apa? kang kalau tetibe ko tanya kat hasben,


yang yang, you rasa I ni cantik tak?


kalau ko bebetul cantik takpe. tapi kalau stok cantik bila mekap je cam akak ni (heh?), ada yang dapat jawapan perli -perli gitu. sebab kita harapkan dia puji kita cantik, tapi japgi kang dia tak jawab apa yang kita harapkan, ko jugek yang makan hati. cemno tuh?


alah, I kawen dengan you bukan sebab cantik ke tidak, I suka you manja-manja gitu.


tapi ko boleh pulak jawab,


you tak jawab soalan I pon kan? I cantik ke tak?


tak ke laki ko terpaksa jawab,


cantik.


terus ko senyum kan? haha.


so, soal cantik ke tidak ni tak sepatutnya jadi persoalan dalam berpacaran. sebab, itu kan kerja Allah? Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, so tak perlu kita bersungguh-sungguh cari pasangan yang hensem giler @ jelita amat. kan?



tetibe teringat cerita a friend of mine yang hasbennya suka tengok perempuan cantik@cute & ntah cemana satu hari dia terjumpa collection gambar perempuan-perempuan cantik@cute tu. kawan saya ni punya la kecik hati, sampai dia kol saya menangis-nangis tanya saya dia tak cukup cantik ke?



time tu saya tak kawen lagi, tetiba jadik takut nak kawen. dia memang cantik, putih gebu kalah saya putihnya. (alahai kawan, aku tau kau tak baca blog aku sebab busy tapi aku buat pengajaran cerita ko ni ek? hehe) puas saya pujuk dia, saya kata la tak tanya ke kenapa dia simpan gambar-gambar tu? manatau tu ex-gf ke, bestfren ke? (tapi dalam hati saya pon membara gak ape kes ko dah kawen tapi ko still simpan gambar perempuan lain? sian bini kau tau!) dia kata dia takut nak tanya, sebab nanti dia takut gaduh. oh my, memandangkan time tu saya pon tak kawen lagi, so bagi nasihat gitu-gitu je lah. taknak la masuk campur sangat hal rumahtangga orang ni, takut nanti giliran saya kawen nanti terkena benda yang sama. nauzubillah!



sekarang saya dah lost contact dengan kawan tu, tak tau apa cerita rumahtangga dia. nak tanya kang, kepoh pulak kan. hmm. so doa je lah benda-benda macam ni tak jadi dalam rumahtangga saya. amiinn.



moral of the story, cantik ke tidak seseorang isteri, suami ada maksudnya yang tersendiri. sebab dia sendiri dah setuju untuk sehidup semati dengan kita kan. tapi mampu ke ko nak tanya hasben ko, bang bang, saya cantik tang mana? hehe..

Tuesday, November 23, 2010

Kekasih Gelap @ Kekasih Lama @ Cinta Pandang Pertama..

oh mintak mahap ye ter emo sikit sebab baru lepas layan drama TV1 pasal orang dah kawen tapi hasben buat hal bila jumpa kekasih lama..ini memang mendatangkan marah! haha..tak pasal-pasal dapat dosa mengutuk pelakon tu..kikiki..

perlu ke kembali ke kehidupan lama? tak bukan dari jalan gelap kembali ke jalan yang lurus..bukan bukan itu..maksud saya dulu sebelum kawen bercinta dengan orang lain tapi tup tup kawen dengan orang lain..oh ini tak kira situasi yang pompuan cun melecun atau lelaki ganteng macho etc. ye..sebabnye? kan pepatah ada kata, cinta itu buta..buta sebab bila dapat si gadis yang tak cun & hot pun dikatakan jelita bak bidadari kan? apala nasib orang tak cun..ingat, Allah jadikan manusia berpasang-pasangan..ada lelaki ada perempuan..so tak kisah la bercinta bagai nak rak 10 tahun dari bangku sekolah sekalipon, tapi kalau Allah kata itu bukan jodoh kau, so that's it! terima hakikat ko akan kawen dengan orang lain..

kekasih lama saya? oh rasanya tak perlu nak confess kat sini sebab saya ada suami yang begitu menyayangi diri ini meskipun saya mandi lambat bila dah jadi surirumah..wakaka..meskipun tempoh perkenalan yang tak lama macam orang lain, tapi tempoh 4 tahun sebelum bernikah dah cukup bagi orientasi & taklimat awal mengenai diri masing-masing..sebab? bila dah jadi suami isteri & duduk sebumbung baru kita tau behaviour pasangan kita yang sebenar..

well time bercinta tipu la kalau dah cite sume kat pasangan kita kan sebab kalau nak cerita sume kena indah-indah belaka..sume nak wangi-wangi..busuk sikit pon takleh..kena cover beb, lagi-lagi pompuan kan? musti mau jaga hati boyfren kalau tak nanti boyfren tanak kawen dengan kita..hahahaha..

bila dah jadi isteri, cite lama musti mau kasi lupa..jangan bukak cerita langsung even baru lepas terserempak dengan boyfren lama kat pasar malam ke dia add kita kat FB ke..jangan sesekali jangan! sebab? cuba kita bayangkan kalau hasben kita cite kat kita yang dia jumpa girlfren lama dia kat cafe ofis cane? ape kau rasa? rasa mau telan clorox? kau jugak yang rugi sebab nanti hasben kau kawen sama girlfren lama dia? kan?

so, sebelum kawen, atau dengan kata yang lebih tepat sebelum nikah, fikir masak-masak dengan siapa yang bakal anda hidup bersama selama-lamanya..jangan memilih ye adek-adek! sebab ko bagus sangat ke nak hensem guy gaji lebih RM5k padahal ko typist je? oh sorry contoh memang agak kasar ye adek-adek tapi Allah dah pesan, seelok-elok pasangan ialah yang sekufu dengan kita..maksud sekufu = sama taraf dari segala aspek..contoh, kalau adek-adek ada degree, make sure pasangan ada degree, kalau family pasangan orang bandar, make sure family kau pon dari bandar @ tak kampung sangat..bukan apa, kan banyak contoh kat drama TV1 & TV3 dek non! bila si isteri anak orang ada-ada, parents si isteri mahukan apa yang mereka beri kepada anak mereka, si menantu (suami) juga perlu beri perkara yang sama pada si isteri..kalau tak, tu yang jadinye ungkit mengungkit ye adek-adek! zaman bercinta memang sedap mulut berbicara saya janji akan hidup dengan awak tak kira susah atau senang..tapi bila dah kawen kau, apa yang jadik bukan seperti yang diikrarkan..

lagi satu nak kasi tips, jangan sesekali simpan gambar kekasih lama a.k.a sesiapa yang pernah bertakhta di hati anda..nah, kalau pasangan check it out macam mana? ko nak bergaduh laki bini? pastu yang si isteri dah terfikir-fikir nak mintak cerai sebab tak nak tengok lagi muka lelaki yang keparat bila malam nak nak tapi kat hati duk simpan lagi gambar-gambar lama yang boleh memanggil-manggil memori lama & bermain-main dengan emosi itu..so kalau ada simpan sila buang sekarang ye adek-adek!

eh ada lagi satu, zaman dulu-dulu kan kita suka main angkat-angkat dengan budak cute-cute..yang pompuan, nak buat jadi boyfren muda sangat..yang laki, nak buat girlfren dah sedia ada girlfren tak pon budak cute tu dah ada boyfren..nak tambah girlfren tak berani sebab takut kena marah so jalan selamat angkatlah mereka menjadi adik angkat..zaman sekolah saya dulu pakai istilah 'kedek'..so bila nampak budak baru form 1 baru masuk, berlumba-lumba nak cop si adek menjadi adek angkat..at last terangkat betul adek ko tu bila boyfren ko kebas adik kedek ko sebab adek kedek ko lagi cute kan? wahaha..

so lagi sekali diingatkan, bila dah kawen, buang semua angkat-angkat tu..nak buat hape? kalau betul la takde feel yang beriya sangat dok ingat kat adek tu tanya dah makan ke belom?, harini belajar ape? ko rasa buang masa tak nak jaga benda2 tu sume sedangkan masing-masing dah ada life sendiri..yang pompuan dah ada suami, yang lelaki dah ada isteri..hoho bila dah kawen adek-adek akan rasa cemburu dengan tu semua..kalau tak caya, kawen lah cepat..hehe..

oh saya begitu emosi dengan jalan cerita drama tu..sampai marahkan hujan sebab drama tergendala sebentar la katakan..wahaha..

p/s : nasihat-nasihat di atas diberikan berdasarkan pembacaan, pengamatan drama swasta dan sedikit pengalaman peribadi rakan-rakan, makcik-pakcik, jiran tetangga, orang kampung..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...