Monday, January 10, 2011

Is that true Facebook will close down on 15th March 2011?

haaaa, kalau betol lah FB nak tutup 15032011 nanti, kompom traffic friendster & myspace makin mencanak-canak naik!!

taktau la betol ke tidak? ke founder FB dah kering idea? ke dah cukup kaya? ke dah malas nak observe performance FB?

dan punah harapan aku nak meniaga online..satu2nya marketing strategy yang sonang baitu main tag2 orang je kat FB! adeh, friendster leh tag2 orang ke ek?

whatever pong, kalau FB ditutup 15032011 nanti, tak sempat la aku nak nayang rumah baru, baby baru, body kurus baru..hahahaha

AJL 25


hadoi confirm jadi topik hotttt bila si ana raffali menang AJL 25 ngalahkan sume top singer e.g. FT, stacy, bunkface, API, hujan, dan yang paling orang sakit hati bila YUNA tak menang!!! bukan nak mempertikaikan keputusan juri2 profesional tapi memang dah terbukti yang other singer is more deserve to win than her lah!

nampak sangat ramai yang puas hati bila she had been announced to be Juara AJL! haha tak caye korang tengok le status fren korang kat FB..most of them terkujut camno leh si ana raffali kalahkan FT & YUNA!!!

ah, aku still bukan peminat any AJL 25 finalist' but yet hope that either Yuna or FT menang based on their vocal & performance on live telecast..kalau korang perati & dengar balik suara dia nyanyi, tak strong & dah semput halfway pon!! hmm..kompom kuar paper punyelah nanti ni..

sia-sia shahir kena tampar dengan nasha aziz..
sia-sia faizal tahir bawak naik ramai pelakon atas pentas..
sia-sia jugak faizal tahir basah lencun..
sia-sia tomok joget ala2 korea..
sia-sia hafiz kena tembak..

apapon, tu la namanya hiburan..takde kena mengena dengan aku pon..sikit pon tak memberi wang tambahan~

ok sudah, nak tido esok kerja..babai

Sunday, January 9, 2011

Bawang Naik Harga

hari ni dalam paper ada keluar berita pasal harga bawang naik sampai RM5.60 di Melaka! woot woot woot! orang-orang Melaka boikot lah jangan makan bawang boleh? jadi vegetarian sekejap sampai harga bawang turun balik..haha..boleh ke gitu??

baru je tengahari tadi gi Family Store@Sikamat, Seremban beli bawang besar..tapi tu pon dah mahal gile bile sebungkus bawang besar (average ada la 5-6 biji) dijual dengan RM5.11! tapi harga sekilo murah sket la dari yang dijual di Melaka = RM4.50 sekilo..jauh benar ke Melaka-Seremban sampai beza harga bawang bleh naik sampai RM1.10! hmm..tetibe rasa macam nak cari pokok bawang nak tanam sendiri belakang rumah..jimat sket kan? tapi ada ke jual kat nurseri?? macam takde je..huhu

manalah rakyat tak marah kalau bila harga minyak naik je, harga groceries pon mendadak-dadak naik..tak taulah pihak mana yang nak dipersalahkan, ntah tukang ngantor ke, ntah tukang borong ke, ntah tukang jual ke kan..tapi yang pasti kalau sume peringkat pon nak naik harga, yang parah ialah pengguna akhir! (tetibe rasa macam tribunal pengguna ye tak?)

Monday, January 3, 2011

Home-typed

I am not excited to celebrate any occasion like Merdeka Day or New Year Countdown like others did..maybe because I am not into that kind of 'social' - meaning that hanging around with friends seems like nothing to do better than that..nak kata ai orang kampung ikut sukati lah tapi memang tak suka betol nak keluar malam-malam tengok bunga api bagai..pada ai, yang jakun tengok bunga api tu la orang kampung..hehe..(sukati la ai nak tulis apa, ni blog ai ok!)

even since married ni ai tak pernah halang hasben nak melepak dengan kawan-kawan dia..tak sior le teman nak ngikutnye..bior le deme nok sembang hei deme kan..(pe kes aku pakai slang perak ni? huhu) pada ai, rumah adalah segala-galanya..kat rumah tu la nak buat macam-macam..makan, tido, mandi, ngemas, masak, rehat sumenye la kat situ kan..so tak ada point lain nak keluar rumah selain dah berhari-hari tak rasa traffic jammed..hihi..

since dapat keje baru ni, ai dah duduk asing dengan hasben ai..dia kat umah mak dia kat putrajaya, ai kat umah mak ai kat seremban..kerja baru? amat membosankan!! dari mula interview teruk, sampai la ke kerja pon teruk jugek! (dah tu pehal dok accept offer tu? - sebab orang sekeliling dah bosan tengok ai duduk rumah je..haha) bayangkan la kome-kome sekalian, teman tak diberi job description langsung pada hari pertama..pulak tu teman yang terhegeh-hegeh mintak keroje pada deme-deme seme..dah tu dikatanya teman ni suke banyak keje..pulak dah! kang kalau teman duduk sesaje kata tak reti bawak diri pulak kan? adoi..

pastu hari kedua teman disuruh duduk di kaunter hea tu ngadap student yang mintak itu ini..abih tu teman dah rasa tak sedap hati..masa 1st day deme kata teman kena handle rekod student, standardkan sume docs yang MQA nak, pulak tu untuk 5k++ students..dah nampak seronok dah nak memunggah fail tapi sudahnye duduk di kaunter khidmat pelanggan pulak..adeh!

ingatkan duduk kat kaunter 2-3 hari je, tapi sampai ke sudah nak masuk 3 minggu ni keje teman duk di kaunter..pada teman, yang duduk di kaunter tu layaknye yang SPM aje, sebab tak menguji skill degree teman langsung selain cabaran berbahasa Inggeris setiap masa..bila student nak result exam, teman key-in no.IC, tekan gambo printer dah kuor resultnye..bila student nak surat confirmation, teman just tukar nama & IC, copy paste print saje..kalau teman tau nak keje macam tu, tak payah teman pinjam duit MARA untuk buat degree..untung MARA convert pada biasiswa sebab teman cerdik sikit, so bayar balik pon sikit je lah..itupon teman liat nak bayar sebab sikit sangat..haha..dasar penghutang memang cenggitu!

so teman rasa memang tak serasi betol keje teman sekarang ni..sudah la duduk berjauhan dengan suami, pulak tu kat tempat kerja sekarang teman sorang je yang Muslim..yang lain amoi, tanggaci saje..teman kabo dekat hasben teman, teman nak resign..baik le teman duk kat KL bela makan minum dia, pastu pegi kursus usahawan ke mana patut kan..hasben teman kata cari keroje lain dulu, memang teman dah cari, rabu ni teman ada intebiu kt bandar sunway, dekat sikit ngan KL kan..so doa-doa la teman dapat keroje sana & tak payah teman rindu-rinduan dengan hasben teman lagi..huhu..

Tuesday, December 28, 2010

Siapa Kata Surirumah Rilek Kat Rumah?

I'm in the cleaning process of my email account..pastu korek la balik emel 7 tahun lepas..tup tup ada banyak gile email kelakar yang dulu dah forwarded to my group..

so email ni satu kisah pasal pengorbanan isteri di rumah..hasben complaint penat pegi keje & nak rilek2 kat rumah saje..so sila baca..hihi

~MAT SI ISTERI~

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. Satu malam ~~~~ Mat berdoa,

"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.

Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,

"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,

"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh..Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya..

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...