Friday, November 12, 2010

Ye Akhirnya Saya Resign Jua..

oh yeah akhirnya saya resign jua setelah menghadapi stress sekian lama..hmm..bukan mudah nak buat keputusan sebegini..lagi-lagi bila perlu fikirkan hati & perasaan orang sekeliling..nanti kata kita membelakangkan diorang pulak kan..huhu..

harini dah 12 November 2010 sedangkan saya resign 1 November lepas..weh dah 2 minggu rupenye I jadi surirumah ok! hehe..seronok memang seronok..duk pikir keperluan diri sendiri & suami aje..tak payah pikir masalah orang lain..tak payah mengadap kerenah orang lain..tak payah pikir macamana nak buat ini, nak buat itu..

tapi itulah, ada yang kata saya degil..degil asyik ikutkan sangat emosi diri..hmm..selama ni saya dah cuba sabarkan hati & kuatkan semangat..tapi sesungguhnya saya ni insan yang lemah..tak mampu untuk bertahan lebih lama & akhirnya tertulislah jua surat perletakan jawatan itu..huhu..

hmm..bila dipikir2kan, saya pon ada komitmen sendiri yang perlu dilunaskan..kalau nak bergantung harap je kat suami, alamatnya kurus la dia..hehe..so sekarang saya sibuk mengupdate resume, apply sana-sini, tak kisah kerja apa, asalkan tidak kembali ke dunia sebelumnya..

sesungguhnya saya tahu, saya kini sedang diuji oleh-Nya..

Friday, October 29, 2010

tak macho lah!

quick update from my pink nokia@kereta..hehe..ALAMAK CAPITAL LETTER PLAK..OK XPE, NI BARU BALIK DARI LOW YATT PLAZA..NAMPAK 1 COUPLE NI VERY LOVING GITU..CIK ABANG DAH MACHO GANAS SERBA HITAM SIAP RANTAI DI LEHER.TAPI GAGAL BILA BAHU KIRI TERSANGKUT HANDBAG AWEK WEH! ADEH, TERBANG DAH MACHO SI ABANG. SAYA TAK PAHAM NAPE PERLU SANG PAKWE NAK SHOW OFF KE TAKE CARE AN YANG MELAMPAU DGN CARA MENYANDANG HANDBAG SANG AWEK? HMM..SELAMAT 100% KOT? HUHU..LUCKY ME DAPAT HUSBAND YANG TAK NAK TOLONG SANGKUT HANDBAG KT BAHU..SAJE I TANAK KASI MALU K..KANG ADA LAK BLOGGER LAIN BLOG PASAL HUSBAND HENSEM BAWAK HANDBAG BINI..HAHA..TATA!

Sunday, October 17, 2010

This Is Not Good!

Beberapa hari lepas, saya ternampak seorang pemandu perempuan mengeluarkan jari di tepi tingkap menjentik abu rokok..itu pemandangan biasa di KL saya rasa sebab dah banyak kali terserempak dengan perempuan yang breakfast dengan rokok di pagi hari..

ok that's not the issue now sebab yang saya nampak kali ni WANITA ISLAM BERTUDUNG ok! adoiyai, tepuk dahi sendiri bila nampak perempuan tu..speechless terus!

perempuan tu nampak muda, maybe in my age..(ecewah nak claim diri muda ok! hihi) & dia dengan perempuan bertudung di sebelah yang saya xpasti merokok atau tidak..the point is, dia x sedar apa yang dia buat tu boleh merosakkan masa depan dia jika dia mengandung! & sekarang dia telah berjaya merendahkan martabat dan maruah perempuan Islam bertudung bila tanpa segan silu merokok di khalayak ramai!

Alhamdulillah selama saya hidup 27 tahun ni, kawan2 & orang2 sekeliling saya tiada yang merokok..sebabnya suami saya pon tak merokok, so bila saya nampak perempuan merokok ni memang saya tak boleh terima!!!

ok saya bukan pegawai perubatan yang tahu those effects for woman..so sekarang sila klik link ni untuk tau How Does Smoking Effect Pregnant Woman..nasihat saya, udah-udahlah tu, cukup-cukuplah lelaki je yang merokok..hilang terus keayuan & ke'lemah-lembut'an bidadari syurga~

kat sini pon ada artikel pasal keburukan merokok ni..untuk si isteri, sila print & masukkan dalam envelope & letak dalam beg kerja suami ye~



Monday, October 11, 2010

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Thursday, October 7, 2010

Memang Anak Ibu & Abah!

sekarang saya dilanda pelbagai masalah..malu nak disclose pada sesiapa tapi syukur alhamdulillah saya mempunyai seorang IBU dan seorang ABAH yang sentiasa dekat di hati & di sisi saya untuk membantu di kala saya berada di dalam kesusahan..

oh bukan bermaksud saya tak berkongsi masalah ni dengan suami ye~ yang saya nak stresskan kat sini ialah relationship seorang anak perempuan dengan ibu & ayah selepas berkahwin..

kadang-kadang saya sendiri rasa nak jumpa family especially ibu & abah every week like I did time anak dara dulu..sibuk mana pun, mesti sikit2 nak balik seremban..tapi bila dah berkeluarga ni, harus fahamlah yang family in-laws pon dah jadi own family..so feeling nak ke putrajaya pon mesti membuak2 macam nak balik seremban lah ye! especially bila dah ada 3 kids in the family, woh memang rasa geram je nak main-main dengan diorang..main sepit baju pon boleh jadi bahan nyanyi ABC ok! hihi..

 haritu ada bagitau abah, "along & lan dah beli rumah dekat Klang". tapi abah jawab, "kenapa jauh sangat? along nak sewakan ek?" uik, nampak tak betapa takutnya abah saya nak kasi saya duk jauh-jauh! huhu..tapi saya jawab la cover balik, "kt area kl mana ada rumah atas tanah yang murah-murah bah. kurang2 RM300k ke atas. kalau gaji along 5 angka boleh la." selamba je saya jawab tapi gelak-gelak lah..

 abahku tercinta~

ibuku tercinta~

by the way, saya tak nak dekat dengan mana2-neither seremban nor putrajaya-just to be fair! supaya nanti saya tak de lah nak merengek2 kat suami sikit2 nak balik seremban and so do him..fair kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...