Sunday, July 4, 2010

Can We Have Bank Of Hollywood Malaysia Version?

aiyoh! I just watched Bank Of Hollywood on E! channel..oh my goodness! can we have this reality show in Malaysia too? if yes, I will be the one who ask for RM20K for my IVF..(so that no need to eat those pills ok!)


ok fine mesti korang tercangak-cangak apekebenda Bank Of Hollywood nih kan? rancangan ni ada 4 panels whom called BANKERS (ni orang kaya yang pemurah)..so sesape yang nak ape2, just merayu & mintak je depan bankers tu semua..xkiralah ko nak jadi penyanyi ke, nak bukak kedai ke ape ke..asalkan ko dapat 3 YES daripada 4 bankers, maknanya ko akan dapat apa yang ko mintak..

best gile kan? oh haruslah ada audition sebelum nak mintak2 ni kan..

hmmm...no comment but still wondering how rich they are to give others? hohoho..

any malaysian wanna give away your money? I just need some to clean up my ovaries so that I can pregnant~

Thursday, July 1, 2010

World Cup 2010~

as u know, World Cup will be ended soon..

oh sayalah orang pertama di dunia yang akan bersyukur sangat-sangat sebab tak perlu la berebut remote dengan suami nak tengok tv..since kami baru hidup berdua, xmampu lagi lah nak beli tv lagi satu sebab nanti masing-masing dengan dunia masing-masing..cukup-cukuplah sorang dengan laptop sorang dengan pc ngadap facebook sebelum tido..hihi..

so far, saya xde lah kecik hati bila suami ngadap bola..pandai-pandai lah saya buat keje lain ~ kemas apa yang patot atau tido dulu..huhu..& kalau saya nak tengok tv sangat-sangat pon saya buat trick~letak baju selambak depan tv dengan niat akan lipat baju depan tv sambil tengok tv..hihi..it works ok! tapi bila dengar sorakan dari rumah orang lain cepat-cepat dia capai remote untuk tukar channel bola kejap..adeh!

apa yang saya tau sekarang diorang xde game sebab dah abis game dalam group ek? lega la jugak 2 malam ni..haha..

soalan bonus : kenapa orang lelaki suka sangat tengok bola ek?
jawapan bonus : sebab pompuan suka tengok reality show!

ok fine, seri 1-1..

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

Hikmah Doa Antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita rasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita..

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Wednesday, June 30, 2010

Misi Kek Batik~

wahahaha..semalam a friend of mine kasi makan kek batik..ala, yang ada biskut merie kat dalam tu..ya hampun mak sodap ee lak ai! terus google resepi kek batik & nak terai la buat sendirik..sodap xsodap lain cite..nak tengok ado ghoman ko x..hehe..klu jadi bleh bisnes nih kan kan kan? (mimpi lah weh!) ok kita tengok nnt jadi ke x ek..

Wednesday, June 23, 2010

Itu Namanya Jodoh!

malam ni terrrajin sangat la pulak nak update blog..ok this time nak cakap pasal jodoh pulak..

tak tak saya bukan pakar cinta tapi saya cerita berdasarkan pengalaman hidup selama 27 tahun yang lepas..
ok saya kasi situation ek. penah tak korang pegi shopping mall ke restaurant ke yang banyak sangat couple dating2? penah tak korang mengata couple tu physically? i mean, ngata diorang tak padan lah, awek hot tapi boyfren tak hensem lalu menyimpulkan bahawa si awek mempunyai taste yang gagal..haha..ataupon boyfren hensem gilak macam fahrin (eh fahrin hensem ke? hehe) tapi bila tengok awek, ya ampon! penah tak penah tak?

eleh, jangan tipu ye..mesti penah punye! kita manusia biasa lah~

saya selalu bumped dengan situation sebegitu yang membuatkan saya berfikir-fikir bahawa Allah itu Maha Adil & Maha Bijaksana..sebab ape? sebab kalau dua2 hensem & jelita bergaya, yang stok muka ala kadar tu cane? dalam Quran pon Allah dah janjikan kejadian manusia adalah berpasang-pasangan..so tak perlu beriya2 cari pasangan yang hensem2 @ jelita bergaya ye sebab belum tentu kebahagiaan mengiringi kehenseman@kejelitaan tersebut..

kenyataannya memang manusia suka akan keindahan, tapi bila tak fikir panjang, itulah punca berlakunya penceraian..bila bini dah sedia jelita, mata lelaki lain pon terbulat sama bila tengok si isteri..masa ni sang syaitan memainkan peranan & akhirnya keluarlah ayat sebegini, "saya rasa dah tak bahagia bersama abang. lepaskanlah saya"..(ayat dalam tv ye!)

saya pernah dengar pengakuan seorang rakan lelaki yang nakal (suka kacau perempuan & gemar memainkan perasaan perempuan), "ko tengok je aku camni (nakal) tapi bila aku nak kawen nanti, confirm aku cari yang bertudung & ada ciri2 seorang isteri & ibu yang baik". saya tergamam sekejap. kalau macam ni lah gayanya, lelaki memang tau bezakan fungsi GIRLFRIEND & ISTERI!

ok dari satu segi status pulak, kalau yang keje profesional tu memang akan kawen dengan orang profesional jugak..contohnye engineer kawen ngan doctor, takpon lawyer kawen dengan accountant..contoh lain plak cleaner dengan jaga, kerani dengan p.a.r dll..nampak dengan jelas maksud perkataan SEKUFU di situ..maknanya tiada jurang status kehidupan antara suami & isteri..gaji lebih kurang je & boleh kata saling faham memahami kedudukan kewangan satu sama lain..

tapi Allah kan Maha Adil..hanya manusia terpilih sahaja yang akan Dia uji dengan cara, anak Dato' kawen dengan anak petani..lalu jadilah konflik status peribadi masing..bila si anak petani nak balik kampung, kalau anak Dato' tak nak, maybe keluarga petani akan dipinggirkan & berlarutlah kisah derhaka Si Tanggang hingga ke hujung generasi..hmm..nauzubillah..

kita perlu ingat, Allah akan pastikan apa yang ada kita, hanya yang TERBAIK sahaja..apa jua jenis kekurangan yang berlaku, percayalah, Allah hanya mahu menduga kita supaya kita lebih dekat denganNya..lumrah manusia akan meminta-minta bila berada di dalam kesusahan iaitu dengan cara berdoa apabila kita mahukan sesuatu..ketika itulah solat 5 waktu dikerjakan dengan penuh semangat & berharap agar doanya dimakbulkan..

apa yang terbaik itu datangnya daripada Allah di atas sana & yang buruk itu datang dari kelemahan saya selaku hambaNya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...